Monday, 11 April 2011

BIJAK!!!!!!!!!! ANWAR KONAR PASAL JAM OMEGA....TEPIS SOALAN MACAM TEPIS LANGAU DI BAJU



Berulang kali angin tonton video di atas.... Angin sangat-sangat  respek pada Anwar. Soalan tentang jam Omega yang gagal ditunjukkan dapat di tepis macam tu jer....

Hebat !!! Sangat Bijak!!!  Salute !!!!

Belum habis soalan dari wartawan tu, Anwar dah tanya "u dari mana?' wartawan menjawap 8TV, Anwar kemudian mengangguk, senyum...cool saja.....(dalam hati dan otak mesti dah bersediakan????) wartawan meneruskan soalan.......  habis jer soklan Anwar mula bertanya balik "apa kena-mengena jam Omega ni?" wartawan cuba menerangkan maksud soklan, terus di tekan sekali lagi "apa kena mengena jam Omega itu?" diteruskan dengan dakwaan bahawa wartawan yang bertanya telah establish dengan maksud soalan.......

Wow..!!!! dari sini Anwar mula "menyerang" wartawan yang bertanya..... seterusnya  Anwar pula bertanya samada wartawan berani tanya Dato Seri Najib samada beliau ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya tak.. di sini nampak stail biasa Anwar..bila orang kata aku buat salah...mesti kena kaitkan dengan orang lain pun ada buat salah lagi dashsyat..... walaupun wartawan cuba kata "perkara tu tak ada kena mengena dengan isu jam omega"...tekanan ini mungkin dah membuatkan wartawan yang bertanya dah mula menggelabah......dah biasa sangat macam itu....

Lepas tu kata plak media harus honest, tidak harus hipokrit...lepas tu wartawan tak diberi peluang untuk menerangkan maksud soklan.. siap buat andaian soklan wartawan untuk membantu Utusan tulis "ANWAR GAGAL JAWAP" esok..dah kait dengan utusan pulak...

Haaaaa....lepas tu best....dah kecoh sket kan??? Peluang untuk mencari kesilapan soalan jer ler kan????? Dia pun beri ler peluang untuk wartawan bertanya soalan sampai habis....

Okay, cuba dengar betul-betul soklan wartawan ni yer.... soklannya berbunyi.. "SEBELUM INI DATIN SERI WAN AZIZAH KATA ADA JAM OMEGA TU DALAM SIMPANAN...TETAPI SETAKAT INI BELUM LAGI MENYERAHKAN KEPADA POLIS AR...." haaaaaaa soklan belum habis kan????

Masa untuk konar!!!!!....cepat Anwar dapat idea untuk spin kan??? senang jer, tanya balik "BILA POLIS MINTAK?".....tanya lagi skali "BILA YANG POLIS MINTAK??"....wartawan cuba beritahu maksudnya....tapi dah tak dapat dah....Anwar tanya lagi sekali "BILA YANG POLIS MINTAK??" dengan 3 nada...haaaaaaaaa sahabat semua faham kan??? MAsa untuk "menyerang!!!!! Wartawan dah terperangkap dengan soalan... wartawan di tekan "U TANYA POLIS MINTAK"....jawapannya "POLIS TAK MINTAK" simple kan??

Angin sendiri faham maksud wartawan tu bertanya... kalau dah betul  jam Omega tu ada, kan lebih baik serahkan jer pada polis. Tak payah ler tunggu polis mintak. Lepas tu buat PC..Cakap lah lantang-lantang ....."haaaaaa ini dia JAM OMEGA yang dikatakan ada pada si anu atau si anu ....sebenarnya memang jam itu ada dengan saya atau isteri saya. Semua yang digembar gemburkan adalah fitnah semata-mata"....senang....

Konfim lepas tu Sawarak milik PR.....sebab rakyat dah tahu semua ini ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau. nak buat apa berbelit-belit sangat?? Angin tak dengar pun yang wartawan tu kata POLIS MINTAK?? tapi Anwar konar dengan mendakwa wartawan kata "POLIS MINTAK" jawapannya "POLIS TAK MINTAK"....yang angin dengar wartawan tu kata BELUM MENYERAHKAN KEPADA POLIS...tu jer.... 

Wow!!! Hebatkan??? Terlalu hebat  Anwar Ibrahim...memang anugerah buat rakyat penyokong PR..soklan wartawan tu ditepis bagai menepis LANGAU di hujung lengan baju jer.....

Wednesday, 6 April 2011

KASIHAN!!!! JIJAH, KAU BUKAN LAGI ISTERI MITHALI


Jijah,
Kau terpaksa menidakkan yang benar 
Kerana seorang suami,
Walau didepan matamu, itulah sang suami.
masih jua memertahankan musang berbulu ayam
Walau mungkin dalam hatimu
ingin saja kau tembak dia...??

Jijah,
Tidak jijikkah
bila melihat sang suami memeluk
seorang pelacur cina?
Tidak adakah sedikit rasa cemburu
dihatimu Jijah?
atau kau juga ada rahsia?
Penyebab kau terpaksa menyatakan bukan....
kerana bimbang nanti kau pula ditelanjangkan???


Jijah,
Aku tahu kau terpaksa
Cuma aku tidak tahu mengapa kau terpaksa
kerana rata menyatakan, itu suami durjanamu..


Apakah kau masih menaruh harapan,
Untuk menjadi isteri perdana menteri??


Jijah,
Lupakanlah.... 
Kerana selagi kau bersamanya
Selagi itu hidupmu terseksa...
Bukan kerana  orang lain...
Tapi dia memang rakus...
sungguh lincah macam tikus....

Jijah,
Bila ditanya soalan cepumas
jam omega, 1 dalam seribu
kau pun cemas...
mula terkedu, muka dah tak menjadi
lalu marah muka dah merah...

Jijah,
Semua Hamba Allah
Mahukan syurga...
Jangan kau pula menempah neraka..

Kasihan kau jijah.... Kau bukan lagi isteri mithali..







Monday, 4 April 2011

CONFIRM!!!! SIAPAKAH INI??? MESTI LETAK JAWATAN

Sah!!! Tengok betul2 siapakah ini....kalau betul dia.....


Dia mesti letak jawatan!!!!




Letak Jawatan!!!!

Lagi cerita di sini

Sunday, 3 April 2011

MENUNJUK!!!! MODEL RM PAS....

Suatu petang ketika duduk-duduk minum di sebuah kedai kopi berhanpiran rumah, ada ler seorang hamba ALLAH datang mendekati lalu menarik kerusi di hadapanku. Memulakan ceritam mengatakan betapa orang UMNO ni kuat sombong, bila buat derma sket mula panggil semua akhbar-akhbar konon nak beritahu dialah yang bagi derma.

Aku senyum jer..malas nak gaduh-gaduh... tapi sempat jugak le kata ke hamba ALLAH ni "Biasanya gitu ler orang PAS cik ooooiiiii....kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih".. Melenting ler plak dia tu. Ish memang set PAS macam tu, kata ke orang tak per, kalau orang kata ke dia mula merah telinga. Dia bertegas kata orang PAS tak macam tu....kalau dia pandai marah.... aku pun ada  angin jugak, aku cakap ler aku pernah tengok kat blog YB PAS yang sentiasa menjadi model RM bila bagi derma. Mana taknya siap susun lagi RM-RM macam kipas...kemudian ada saje juru photo tukang ambik gambar...

Tak caya????? Lu tengok sendirilah....

Dipersembahkan....Model RM!!!!





Hang pa kenal ke siapa ni??? Takkan tak kenal model RM ni... namanya Shaari Shungib Adun Hulu Kelang. Satu yang menyedihkan ialah dia ni suka jadi model bila beri bantuan kepada puak-puak PAS jer kot sebab masa berlaku satu kebakaran di Taman Seri Keramat tahun lepas dia ni datang tapi datang buat lawa jer.... mungkin mangsa kebakaran tu orang UMNO kot.... (BERITA SELANJUTNYA DI SINI ) tu ler...susah dia orang...nak berkhidmat hanya untuk puak PAS jer....tak macam UMNO, tak kira parti janji rakyat Malaysia, semua dapat kemudahan sama rata....

Angin nak mintak ler kawan-kawan pikior betul-betul untuk PRU13 ni... pilihlah parti yang boleh memberi perkhidmatan terbaik untuk kesemua rakyat....  

P/S: ANGIN TETAP BERSAMA BARISAN NASIONAL DULU KINI DAN SELAMANYA..

Friday, 1 April 2011

MUNAFIK!!!! YB ADUN BUKIT PAYONG MENIPU LAGI.


Pembohong yang baru masuk ahli grup pembohong bersiri Teremgganu
YB ADUN BUKIT PAYONG merangkap Ketua Pemuda PAS Mohd Nor Bin Hamzah. sememangnya sah kaki penipu, pembohong. Baru-baru ini dia jugaklah yang cuba membohong rakyat dengan mengata dia tidak mengenali lelaki yang ditangkap kerana khalwat tetapi apabila sepupunya tampil membuat pengakuan barulah penipu ini terhegeh-hegeh mengaku bahawa dia kenal lelaki itu yang merupakan bapa saudaranya.

Pada 29Mac yang lalu, dia menipu lagi. Angin telah download ceramah penipu ini melalui buletinonline radio. Angin ada dengar dari download tersebut penipu ini menyebut "KETUA BAHAGIAN UMNO KUALA TERENGGANU, DIA NGAKU, DIA TEPEK (tampal) "DAP GANTI PAS" kemudian diikuti oleh perkataan "BODO"... apa yang menyedihkan selepas menipu, dia kembali membaca ayat Al-quran pula.

Nampaknya YB Penipu ini masih tak serik dengan apa yang berlaku beberapa minggu lalu apabila terpaksa membuat kenyataan membenarkan bahawa orang yang ditangkap itu adalah bapa saudaranya.

Angin telah menghubungi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh melalui email dan beliau telah memberi respon bahawa ini adalah suatu pembohongan dan fitnah yang dasyhat.


Berikut adalah komen Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.


"ini satu pembohongan & lumrah Pas utk mencari markah politik murahan dengan melempar dan menjaja fitnah. Barangkali dia sedang berusaha dengan gigih dan keras untuk mengikut jejak langkah sabahat2nya yang lain di dalam "kelab pembohong bersiri". Saya mencabar dia untuk menyatakan bila dan di mana saya berkata demikian & kalau gagal (dan saya tahu dia akan gagal) bersedialah untuk menghadapi tindakan undang2".
 
Tunggu pembongkaran penipu ini dalam artikel dalam datang....!!!!

JAHAT!!! TIPU DAYA PAS...SENGAJA CARI MASALAH UNTUK MELABELKAN KERAJAAN ZALIM

 Pada dua malam lepas iaitu 29 Mac 2011 di MTD Batu Buruk. PAS sekali lagi telah mengadakan ceramah mereka. Beberapa rakan telah bersama-sama mendengar nyanyian lagu sumbang PAS pada malam itu.

Apa yang ingin Angin katakan ialah betapa PAS sebenarnya berniat jahat dengan melakukan sesuatu konon atas perjuangan, kemudian apabila pihak polis bertindak kerana kebodohan mereka, mulalah mereka menyalak menyatakan kerajaan sebagai zalim.

Ketua pemuda PAS yang kaki pembohong (seperti artikel sebelum ini, mengaku tidak mengenali bapa saudara sendiri) iaitu ADUN Bukit Payong Mohd Nor bin Hamzah dalam ceramah beliau pada malam tersebut telah membangkitkan peristiwa 10 tahun yang lalu di Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Antara lain beliau berkata" Umno perlu diganti kerana yang ada pada UMNO ialah "Zalim". Beliau juga menyebut antara lain kezaliman UMNO ialah tragedi di Jalan Sultan Mahmud apabila ada penyokong PAS yang terkena tembakan.

Wanita Hilang Jati Diri kerana PAS
Namun apa yang ingin Angin bawakan ialah PAS sengaja melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undanng. Angin masih ingat ketika kejadian itu berlaku polis telah meminta mereka bersurai tetapi mereka berdegil. Mereka mahu menunjukkan bahawa merekalah hero.


Sedangkan jika mereka bersurai dengan aman segala kejadian buruk tidak akan berlaku. Angin juga masih ingat kerana kedegilan dan  api kejahatan merekalah, sehingga seorang anak muda sanggup membakar jalur gemilang.

Inilah kejadian yang paling tidak dapat dilupakan.... Hilang Rasa Sayang pada negara...
Sebenarnya pada Angin, PAS sanggup melakukan apa saja untuk mendapat simpati, PAS sanggup mengadai nyawa penyokongnya untuk menaikkan semangat mereka. Jika ada yang mati lagi PAS suka kerana makin mencanaklah naik rankingnya nanti.


Pernah angin terbaca beberapa komen yang mencadangkan agar  penyokong turun ke jalanraya. Bahkan dalam ceramah 2 malam lepas juga mereka mencanangkan agar rakyat turun ke jalanraya sebelum pilihanraya umum 13 diadakan iaitu pada Mei 2011 yang dinama BERSIH II.

Antara yang pernah angin baca....komen-komen dari mereka yang berniat jahat adalah seperti dibawah:



Angin pasti jika nanti pihak polis bertindak PAS akan kembali menyalak menyalahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan zalim. PAS lakukan ini semata-mata untuk mendapat simpati rakyat.

Angin amat berharap agar rakan-rakan tidak terus ditipu oleh makhluk ALLAH jenis sebegini ini. Mereka sengaja melakukan sesuatu yang memudaratkan nyawa dan negara semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka dan keinginan mereka untuk terus duduk di kerusi empuk. Angin nak tanya ketika kejadian di JALAN SULTAN MAHMUD dan BERSIH I, di mana orang-orang yang mencanangkan kebangkitan ini? Apakah mereka sama-sama dibarisan hadapan atau telah lari lesak patat untuk menyelamatkan diri dari pedih gas dan air yang dilepaskan oleh pihak berkuasa???

Fikir-fikirkan...jangan terus menjadi kuda tunggangan untuk memusnahkan keselesaan dan kedamaian negara yang tercinta ini....