Monday, 11 April 2011

BIJAK!!!!!!!!!! ANWAR KONAR PASAL JAM OMEGA....TEPIS SOALAN MACAM TEPIS LANGAU DI BAJU



Berulang kali angin tonton video di atas.... Angin sangat-sangat  respek pada Anwar. Soalan tentang jam Omega yang gagal ditunjukkan dapat di tepis macam tu jer....

Hebat !!! Sangat Bijak!!!  Salute !!!!

Belum habis soalan dari wartawan tu, Anwar dah tanya "u dari mana?' wartawan menjawap 8TV, Anwar kemudian mengangguk, senyum...cool saja.....(dalam hati dan otak mesti dah bersediakan????) wartawan meneruskan soalan.......  habis jer soklan Anwar mula bertanya balik "apa kena-mengena jam Omega ni?" wartawan cuba menerangkan maksud soklan, terus di tekan sekali lagi "apa kena mengena jam Omega itu?" diteruskan dengan dakwaan bahawa wartawan yang bertanya telah establish dengan maksud soalan.......

Wow..!!!! dari sini Anwar mula "menyerang" wartawan yang bertanya..... seterusnya  Anwar pula bertanya samada wartawan berani tanya Dato Seri Najib samada beliau ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya tak.. di sini nampak stail biasa Anwar..bila orang kata aku buat salah...mesti kena kaitkan dengan orang lain pun ada buat salah lagi dashsyat..... walaupun wartawan cuba kata "perkara tu tak ada kena mengena dengan isu jam omega"...tekanan ini mungkin dah membuatkan wartawan yang bertanya dah mula menggelabah......dah biasa sangat macam itu....

Lepas tu kata plak media harus honest, tidak harus hipokrit...lepas tu wartawan tak diberi peluang untuk menerangkan maksud soklan.. siap buat andaian soklan wartawan untuk membantu Utusan tulis "ANWAR GAGAL JAWAP" esok..dah kait dengan utusan pulak...

Haaaaa....lepas tu best....dah kecoh sket kan??? Peluang untuk mencari kesilapan soalan jer ler kan????? Dia pun beri ler peluang untuk wartawan bertanya soalan sampai habis....

Okay, cuba dengar betul-betul soklan wartawan ni yer.... soklannya berbunyi.. "SEBELUM INI DATIN SERI WAN AZIZAH KATA ADA JAM OMEGA TU DALAM SIMPANAN...TETAPI SETAKAT INI BELUM LAGI MENYERAHKAN KEPADA POLIS AR...." haaaaaaa soklan belum habis kan????

Masa untuk konar!!!!!....cepat Anwar dapat idea untuk spin kan??? senang jer, tanya balik "BILA POLIS MINTAK?".....tanya lagi skali "BILA YANG POLIS MINTAK??"....wartawan cuba beritahu maksudnya....tapi dah tak dapat dah....Anwar tanya lagi sekali "BILA YANG POLIS MINTAK??" dengan 3 nada...haaaaaaaaa sahabat semua faham kan??? MAsa untuk "menyerang!!!!! Wartawan dah terperangkap dengan soalan... wartawan di tekan "U TANYA POLIS MINTAK"....jawapannya "POLIS TAK MINTAK" simple kan??

Angin sendiri faham maksud wartawan tu bertanya... kalau dah betul  jam Omega tu ada, kan lebih baik serahkan jer pada polis. Tak payah ler tunggu polis mintak. Lepas tu buat PC..Cakap lah lantang-lantang ....."haaaaaa ini dia JAM OMEGA yang dikatakan ada pada si anu atau si anu ....sebenarnya memang jam itu ada dengan saya atau isteri saya. Semua yang digembar gemburkan adalah fitnah semata-mata"....senang....

Konfim lepas tu Sawarak milik PR.....sebab rakyat dah tahu semua ini ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau. nak buat apa berbelit-belit sangat?? Angin tak dengar pun yang wartawan tu kata POLIS MINTAK?? tapi Anwar konar dengan mendakwa wartawan kata "POLIS MINTAK" jawapannya "POLIS TAK MINTAK"....yang angin dengar wartawan tu kata BELUM MENYERAHKAN KEPADA POLIS...tu jer.... 

Wow!!! Hebatkan??? Terlalu hebat  Anwar Ibrahim...memang anugerah buat rakyat penyokong PR..soklan wartawan tu ditepis bagai menepis LANGAU di hujung lengan baju jer.....

Wednesday, 6 April 2011

KASIHAN!!!! JIJAH, KAU BUKAN LAGI ISTERI MITHALI


Jijah,
Kau terpaksa menidakkan yang benar 
Kerana seorang suami,
Walau didepan matamu, itulah sang suami.
masih jua memertahankan musang berbulu ayam
Walau mungkin dalam hatimu
ingin saja kau tembak dia...??

Jijah,
Tidak jijikkah
bila melihat sang suami memeluk
seorang pelacur cina?
Tidak adakah sedikit rasa cemburu
dihatimu Jijah?
atau kau juga ada rahsia?
Penyebab kau terpaksa menyatakan bukan....
kerana bimbang nanti kau pula ditelanjangkan???


Jijah,
Aku tahu kau terpaksa
Cuma aku tidak tahu mengapa kau terpaksa
kerana rata menyatakan, itu suami durjanamu..


Apakah kau masih menaruh harapan,
Untuk menjadi isteri perdana menteri??


Jijah,
Lupakanlah.... 
Kerana selagi kau bersamanya
Selagi itu hidupmu terseksa...
Bukan kerana  orang lain...
Tapi dia memang rakus...
sungguh lincah macam tikus....

Jijah,
Bila ditanya soalan cepumas
jam omega, 1 dalam seribu
kau pun cemas...
mula terkedu, muka dah tak menjadi
lalu marah muka dah merah...

Jijah,
Semua Hamba Allah
Mahukan syurga...
Jangan kau pula menempah neraka..

Kasihan kau jijah.... Kau bukan lagi isteri mithali..







Monday, 4 April 2011

CONFIRM!!!! SIAPAKAH INI??? MESTI LETAK JAWATAN

Sah!!! Tengok betul2 siapakah ini....kalau betul dia.....


Dia mesti letak jawatan!!!!




Letak Jawatan!!!!

Lagi cerita di sini

Sunday, 3 April 2011

MENUNJUK!!!! MODEL RM PAS....

Suatu petang ketika duduk-duduk minum di sebuah kedai kopi berhanpiran rumah, ada ler seorang hamba ALLAH datang mendekati lalu menarik kerusi di hadapanku. Memulakan ceritam mengatakan betapa orang UMNO ni kuat sombong, bila buat derma sket mula panggil semua akhbar-akhbar konon nak beritahu dialah yang bagi derma.

Aku senyum jer..malas nak gaduh-gaduh... tapi sempat jugak le kata ke hamba ALLAH ni "Biasanya gitu ler orang PAS cik ooooiiiii....kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih".. Melenting ler plak dia tu. Ish memang set PAS macam tu, kata ke orang tak per, kalau orang kata ke dia mula merah telinga. Dia bertegas kata orang PAS tak macam tu....kalau dia pandai marah.... aku pun ada  angin jugak, aku cakap ler aku pernah tengok kat blog YB PAS yang sentiasa menjadi model RM bila bagi derma. Mana taknya siap susun lagi RM-RM macam kipas...kemudian ada saje juru photo tukang ambik gambar...

Tak caya????? Lu tengok sendirilah....

Dipersembahkan....Model RM!!!!





Hang pa kenal ke siapa ni??? Takkan tak kenal model RM ni... namanya Shaari Shungib Adun Hulu Kelang. Satu yang menyedihkan ialah dia ni suka jadi model bila beri bantuan kepada puak-puak PAS jer kot sebab masa berlaku satu kebakaran di Taman Seri Keramat tahun lepas dia ni datang tapi datang buat lawa jer.... mungkin mangsa kebakaran tu orang UMNO kot.... (BERITA SELANJUTNYA DI SINI ) tu ler...susah dia orang...nak berkhidmat hanya untuk puak PAS jer....tak macam UMNO, tak kira parti janji rakyat Malaysia, semua dapat kemudahan sama rata....

Angin nak mintak ler kawan-kawan pikior betul-betul untuk PRU13 ni... pilihlah parti yang boleh memberi perkhidmatan terbaik untuk kesemua rakyat....  

P/S: ANGIN TETAP BERSAMA BARISAN NASIONAL DULU KINI DAN SELAMANYA..

Friday, 1 April 2011

MUNAFIK!!!! YB ADUN BUKIT PAYONG MENIPU LAGI.


Pembohong yang baru masuk ahli grup pembohong bersiri Teremgganu
YB ADUN BUKIT PAYONG merangkap Ketua Pemuda PAS Mohd Nor Bin Hamzah. sememangnya sah kaki penipu, pembohong. Baru-baru ini dia jugaklah yang cuba membohong rakyat dengan mengata dia tidak mengenali lelaki yang ditangkap kerana khalwat tetapi apabila sepupunya tampil membuat pengakuan barulah penipu ini terhegeh-hegeh mengaku bahawa dia kenal lelaki itu yang merupakan bapa saudaranya.

Pada 29Mac yang lalu, dia menipu lagi. Angin telah download ceramah penipu ini melalui buletinonline radio. Angin ada dengar dari download tersebut penipu ini menyebut "KETUA BAHAGIAN UMNO KUALA TERENGGANU, DIA NGAKU, DIA TEPEK (tampal) "DAP GANTI PAS" kemudian diikuti oleh perkataan "BODO"... apa yang menyedihkan selepas menipu, dia kembali membaca ayat Al-quran pula.

Nampaknya YB Penipu ini masih tak serik dengan apa yang berlaku beberapa minggu lalu apabila terpaksa membuat kenyataan membenarkan bahawa orang yang ditangkap itu adalah bapa saudaranya.

Angin telah menghubungi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh melalui email dan beliau telah memberi respon bahawa ini adalah suatu pembohongan dan fitnah yang dasyhat.


Berikut adalah komen Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.


"ini satu pembohongan & lumrah Pas utk mencari markah politik murahan dengan melempar dan menjaja fitnah. Barangkali dia sedang berusaha dengan gigih dan keras untuk mengikut jejak langkah sabahat2nya yang lain di dalam "kelab pembohong bersiri". Saya mencabar dia untuk menyatakan bila dan di mana saya berkata demikian & kalau gagal (dan saya tahu dia akan gagal) bersedialah untuk menghadapi tindakan undang2".
 
Tunggu pembongkaran penipu ini dalam artikel dalam datang....!!!!

JAHAT!!! TIPU DAYA PAS...SENGAJA CARI MASALAH UNTUK MELABELKAN KERAJAAN ZALIM

 Pada dua malam lepas iaitu 29 Mac 2011 di MTD Batu Buruk. PAS sekali lagi telah mengadakan ceramah mereka. Beberapa rakan telah bersama-sama mendengar nyanyian lagu sumbang PAS pada malam itu.

Apa yang ingin Angin katakan ialah betapa PAS sebenarnya berniat jahat dengan melakukan sesuatu konon atas perjuangan, kemudian apabila pihak polis bertindak kerana kebodohan mereka, mulalah mereka menyalak menyatakan kerajaan sebagai zalim.

Ketua pemuda PAS yang kaki pembohong (seperti artikel sebelum ini, mengaku tidak mengenali bapa saudara sendiri) iaitu ADUN Bukit Payong Mohd Nor bin Hamzah dalam ceramah beliau pada malam tersebut telah membangkitkan peristiwa 10 tahun yang lalu di Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Antara lain beliau berkata" Umno perlu diganti kerana yang ada pada UMNO ialah "Zalim". Beliau juga menyebut antara lain kezaliman UMNO ialah tragedi di Jalan Sultan Mahmud apabila ada penyokong PAS yang terkena tembakan.

Wanita Hilang Jati Diri kerana PAS
Namun apa yang ingin Angin bawakan ialah PAS sengaja melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undanng. Angin masih ingat ketika kejadian itu berlaku polis telah meminta mereka bersurai tetapi mereka berdegil. Mereka mahu menunjukkan bahawa merekalah hero.


Sedangkan jika mereka bersurai dengan aman segala kejadian buruk tidak akan berlaku. Angin juga masih ingat kerana kedegilan dan  api kejahatan merekalah, sehingga seorang anak muda sanggup membakar jalur gemilang.

Inilah kejadian yang paling tidak dapat dilupakan.... Hilang Rasa Sayang pada negara...
Sebenarnya pada Angin, PAS sanggup melakukan apa saja untuk mendapat simpati, PAS sanggup mengadai nyawa penyokongnya untuk menaikkan semangat mereka. Jika ada yang mati lagi PAS suka kerana makin mencanaklah naik rankingnya nanti.


Pernah angin terbaca beberapa komen yang mencadangkan agar  penyokong turun ke jalanraya. Bahkan dalam ceramah 2 malam lepas juga mereka mencanangkan agar rakyat turun ke jalanraya sebelum pilihanraya umum 13 diadakan iaitu pada Mei 2011 yang dinama BERSIH II.

Antara yang pernah angin baca....komen-komen dari mereka yang berniat jahat adalah seperti dibawah:



Angin pasti jika nanti pihak polis bertindak PAS akan kembali menyalak menyalahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan zalim. PAS lakukan ini semata-mata untuk mendapat simpati rakyat.

Angin amat berharap agar rakan-rakan tidak terus ditipu oleh makhluk ALLAH jenis sebegini ini. Mereka sengaja melakukan sesuatu yang memudaratkan nyawa dan negara semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka dan keinginan mereka untuk terus duduk di kerusi empuk. Angin nak tanya ketika kejadian di JALAN SULTAN MAHMUD dan BERSIH I, di mana orang-orang yang mencanangkan kebangkitan ini? Apakah mereka sama-sama dibarisan hadapan atau telah lari lesak patat untuk menyelamatkan diri dari pedih gas dan air yang dilepaskan oleh pihak berkuasa???

Fikir-fikirkan...jangan terus menjadi kuda tunggangan untuk memusnahkan keselesaan dan kedamaian negara yang tercinta ini....

Tuesday, 29 March 2011

GEMPAR!!!! MAT SABU SAMBAR 40% DERMA JIHAD?????

Kali ini Angin nak bercerita tentang derma jihad yang selalu dibuat oleh pemimpin PAS ketika ceramah-ceramah atau yang pernah di lihat di penamaan calon Tenang tempoh hari.

Kalau difikir-fikir banyak soklan yang boleh diaju tentang derma jihad ini. Kenapa sebenarnya derma tersebut dibuat??? Kemana perginya??? Derma Jihad untuk PRU13 pun ada khabarnya tapi.....

Sebelum diteruskan, marilah kita fikirkan pengorbanan sahabat-sahabat rasulullah seperti Abu Bakar,Umar dan Uthman Affan, sebelum beliau memasuki islam, 

Uthman bin Affan dikenal sebagai pedagang besar dan dan terpandang. Kekayaannya melimpah ruah. Dia memeluk islam atas ajakan Abu Bakar as-Siddiq. Tapi sebelum beliau memeluk islam terdapat satu peristiwa yang menyebabkan Uthman bin Affan memeluk islam. Diriwayatkan pula bahawa ketika beristirehat di Gurun Sahara yang luas dalam satu perjalanan pulang dari Syria. Uthman dikejutkann dengan satu suara dengan kata-kata seruan, “wahai manusia yang lena! Bangkitlah! Ahmad (senama dengan Muhammad) sudah pun tiba di makkah!”. Sekembalinya, Uthman segera mendapatkan Abu Bakar, yang terkenal dengan kearifannya dalam bidang ta’bir mimpi; dan dengan segera Abu Bakar membawanya untuk menemui Rasulullah s.a.w.

Setelah memeluk islam, dengan penuh kerelaan dia MENYERAHKAN SEBAHAGIAN BESAR HARTANYA bagi kepentingan perjuangan islam. Sebagai contoh, pada saat terjadi perangan Tabuk melawan kerajaan Byzantium, Rasulullash s.a.w sebagai ketua pemerintahan dan panglima pasukan merasa kekurangan dana dan makanan untuk mempertahankan diri daripada serangan pasukan musuh. Masalah tersebut dikemukakan oleh Muhammad s.a.w ke hadapan para sahabatnya. Hal ini di tangani secara serius oleh para sahabat. Abu Bakar telah menyumbangkan 4000 dinar iaitu seluruh harta kekayaannya, Umar setengah hartanya, sementara Uthman Affan menanggung sepertiga pembiayaan dan dana perang seperti perbelanjaan 10,000 tentera, 1000 ekor unta, 50 ekor kuda, dan 1000 Dinar (kepingan wang emas) bagi maksud memperhebat kelengkapan pertemputan. Sehubugan dengan itu, rasulullah s.a.w. berkata, “sesudah ini, apa yang dilakukan oleh Uthman, tidak lagi mendatangkan mudarat ke atas dirinya.

Begitulah hebatnya sahabat membantu Rasulullah untuk memertabatkan ISLAM. Apalagi sahabat tahu Rasulullah sendiri tidak berharta. Kerana itu mereka sanggup menghabiskan harta benda mereka kerana rasulullah.


Hah!!! Berbalik kepada perjuangan ISLAM PAS, Setiap kali ceramah atau penamaan calon adalah disediakan tong-tong atau plastik atas nama derma jihad. 


Jika di zaman Rasulullah, sahabat membantu kerana Rasulullah sendiri seorang yang sederhana, hari ini penyokong PAS MEMBANTU ORANG YANG SUDAH KAYA. Derma jihad apa ke jadah angin tak tahu.. pemimpin PAS bukannya hidup bersederhana seperti Rasulullah untuk diberikan derma jihad.




Sebagai contoh, Nik Aziz... biarpun rumah beliau sendiri nampaknya sama seperti orang kebanyakkan tetapi menantunya kaya raya, harta melimpah ruah. Kenapa menantunya bukan orang pertama memberikan harta benda yang ada untuk perjuangan ISLAM??? Kenapa Nik Abduh makin kaya???

bESAR TAK RUMAH MP K. TERENGGANU NI.....KALAU JUAL DUDUK JER KAT RUMAH KECIL KAN BAGUS
NI KITA TENGOK BAHAGIAN DEPANNYA PLAK
Begitu juga dengan MP Kuala Terengganu, rumah tersergam indah di Seberang Baruh. Mengapa MP ini tidak jual jer rumah ni dan hidup dengan lebih sederhana macam para sahabat rasulullah , apakah beliau sanggup berkorban untuk kononnya memperjuangkan ISLAM??
DARI DALAM RUMAH NI DAH MEWAH....SO TAK NAK BERJIHAD KE??
Cuba tengok pula rumah pesuruh jaya PAS Selangor ini, beliau mungkin kaya sebelum "terjerumus" ke dalam lembah PAS tetapi persoalannya bukankah elok beliau menjadi orang pertama yang membuat derma jihad??

wAH BESARNYA KERETA MAT SABU...KENAPA DIA TAK JUAL DAN BAUT DERMA JIHAD??

Tengok saja kereta yang digunakan oleh Mat Sabu, kenapa tak jual jer kereta besar tu untuk menderma jihad??


Masalahnya kenapa penyokong PAS tidak nampak semua ini? Mengapa tidak dibandingkan perjuangan ISLAM para sahabat dengan perjuangan ISLAM yang dibawa oleh pemimpin PAS hari ini. Mengapa penyokong PAS jadi begitu "kronik" sehingga buta mata dan hatinya. Mengapa pula pemimpin PAS menjadi lembu kenyang, setiap bulan "masyuk" tetapi mengutip derma dari penyokong mereka yang sebahagiannya jauh lebih miskin.


Untuk akhirnya, angin ingin mengajak penyokong PAS agar merenng seketika dan berfikir di mana sebenarnya perjuangan ISLAM yang dibawa oleh pemimpin mereka. Apakah selama ini mereka hanya diambil kesempatan kerana ketaksuban mereka kepada sebuah Parti yang terang-terang hanya mengambil kesempatan diatas ke"kronik"an mereka.


TEPUK AMAI-AMAI, BELALANG KUPU-KUPU, PENYOKONG PAS DERMA RAMAI-RAMAI, PEMIMPIN PAS BOLEH BUAT RUMAH BATU.....

MASIHKAH KAU INGAT!!!! AMANAT HAJI HADI




Masihkah kau ingat  pada amanat yang dibuat di banggol peradong pada tahun 7 April 1981.

Masihkah kau ingat kerana amanat inilah habis porak peranda perpaduan antara orang melayu islam di Terengganu? Sehingga suami isteri bergaduh dalam satu rumah, penyokong PAS tidak makan sembelihan orang UMNO,  suatu pertunangan diputuskan, seorang anak menderhaka kepada ibubapanya dan berbagai lagi kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Yang paling sedih apabila berlaku sembahyang 2 imam dalam satu masjid.


Angin masih ingat kerana amanat inilah arwah bapa saudara angin tidak membenarkan anaknya (sepupu angin) datang ke rumah sepupunya. Kerana amanat inilah hubungan keluarga kami menjadi renggang disebabkan arwah memang seorang penyokong "kronik" PAS.

Namun angin terfikir juga apakah Haji Hadi tak makan ayam yang dibeli dari pasar ketika itu. Kalau makan, Haji Hadi tahu ke ayam tu di sembelih oleh siapa? atau apakah Haji Hadi sendiri tidak hadir ke undangan majlis perkhawinan orang UMNO?? Kalau tak hadir maknanya Haji Hadi sudah tidak melakukan satu tuntutan dalam ISLAM iaitu menghadiri undangan sesama ISLAM???
Sebagai contoh PAS suatu ketika berceramah dan membuat kempen supaya tidak boikot UTUSAN MALAYSIA, tetapi angin masih ingat ketika berkempen di Merlimau, Haji Hadi membaca UTUSAN MALAYSIA DI KHALAYAK RAMAI!!!
Tengok betul-betul Haji Hadi baca surat khabar apa????
Itulah salah satu contoh bagaimana pemimpin PAS ini membodoh-bodohkan pengikutnya. Mungkin mereka tidak sedar ini semua, mereka tidak sedar mereka ditipu "buta". Kerana tidak mahu penyokong mendapat informasi sebenar, mereka sanggup buat kempen supaya boikot.
Kita berbalik kepada Amanat Haji Hadi, sekali fikir betapa besarnya dosa seorang manusia memutuskan perhubungan sesama ISLAM. Bagaimana dengan amanat ini?? Sucikah Haji Hadi??

Sekejap tadi angin bertemu seorang sahabat. Beliau mendedahkan bahawa beliau ada bukti bagaimana ketika PAS memerintah Terengganu hampir RM1JUTA dilarikan oleh pemimpin PAS macam tu sahaja. Angin akan cuba mendapatkan bukti tersebut kita tunggu saja..sampai masa mesti dapat...
Akhirnya marilah sama-sama renung, apakah PAS begitu suci?? atau hanya sekadar sebuah parti untuk mengenyangkan perut sendiri. Buktinya ditempat angin, MPnya PAS, 3 DUN dimenangi PAS tapi habuk pun tarak!! Setiap bulan mereka "masyuk" tapi penyokong apa dapat? kenapa ditipu dengan perkataan "jihad" dan 'ISLAM"???...tapi akhirnya mereka kenyang... rakyat yang menyokong???? macam lagu yang disebut sahabt tadi....angin tujukan khas pada penyokong PAS yang mengeluarkan peluh sampai ke celah "telur"
"TEPUK AMAI-AMAI, BELALANG KUPU-KUPU, PENYOKONG PAS KERJA RAMAI-RAMAI, YB PAS BUAT RUMAH BATU"


Tuesday, 22 March 2011

VIDEO SEX!!!!!! REKAYARSA UNTUK MENJATUHKAN NAJIB???



Licik!!! Licin!!! Hebat!!! Tepukan gemuruh buat pelakon terbaik abad ini.......

Banyak soalan sudah terjawap..... apakah video itu adalah rekaan musuh Anwar untuk menjatuhkan beliau atau rekaan Anwar untuk menjatuhkan musuh????

Lihat sahaja apa yang Dato' Nalla dedahkan.... bahkan Dato' Nalla berani cabar Anwar, Nalla kata Anwar memang kaki perempuan, jantan pun dia rembat. Nalla kata dia yang supply betina pada Anwar. Nalla kata dia yang bawak Shamsidar (bini Azmin) untuk Anwar melempiaskan nafsu jahanamnya. 

KENAPA SEHINGGA KINI ANWAR TIDAK MEMBUAT LAPORAN POLIS?? KENAPA ANWAR TAK KATA NALLA MEMFITNAHNYA. KENAPA ANWAR TERKEDU SEHINGGA KE HARI INI??? APAKAH MEMANG BENAR ANWAR SEPERTI YANG DIDAKWA DATO' NALLA?

MACAM-MACAM YANG UMMI DEDAHKAN...TAK REPORT PUN...DAKWAAN UMMI BETUL KE ????
Kita lihat pula apa yang Ummi Hafilda dedahkan, saya sendiri pernah mendengar pendedahan Ummi di Merlimau. Ummi menggelarkan Anwar sebagai Al-Sheikh Al-Anwar Al-juburin walaupun bukan Ummi orang yang mula-mula membuat gelaran itu. Ummi dedahkan dari mana harta yang diperolehi oleh Shamsidar, Ummi dedahkan tentang Sex Shamsidar dan Anwar. Ummi dedahkan no. plat kereta yang membawa Shamsidar ke tempat Anwar menunggu. Ummi dedahkan tentang wang rasuah berkotak-kotak ketika Anwar melawan Allahyarham Tun Ghaffar..... banyak lagi yang didedahkan Ummi. 

KENAPA ANWAR BERDIAM DIRI???, KENAPA AZMIN DIAM????KENAPA SHAMSIDAR TERKEDU??? KENAPA ANWAR TIDAK BERGEGAS MEMBUAT LAPORAN POLIS??? KENAPA TAK BUAT PC???
CEPAT-CEPAT BUAT PC....MACAM ADA APA-APA JE???
Kini semuanya semakin jelas.... apabila berita tentang Video Sex tersebar semalam, kenapa pula Anwar cepat-cepat mengambil peluang untuk mengadakan PC??? Kenapa Anwar tergesa-gesa membuat laporan polis???? Apakah Anwar sudah menonton video tersebut?? Bukankah orang yang menganjurkan pertunjukkan video iaitu Dato T hanya menjemput beberapa wartawam untuk menonton video 18sx percuma???

Kali ini macam Anwar dah tahu semuanya??? Seperti segalanya dah dirancang plak??? Semalam cerita keluar, semalam buat PC, pagi ini tergesa-gesa terus buat laporan polis.

Sebenarnya siapa dalang dalam semua Drama King terbaru ini?? Musuh politik Anwar??? Atau Anwar sendiri yang lakukan untuk musuh politiknya???
APAKAH ANWAR SEDANG MENGALIH PERHATIAN RAKYAT DARI KES LIWATNYA???
Atau apakah video itu dibuat untuk mengalih tajuk cerita 18sx yang lebih dashyat iaitu kes liwat yang sedang berjalan?? Apakah Anwar cuba mendapatkan persepsi baru dari rakyat bahawa Anwar bersih dari segala noda dan dosa??? atau ingin keluar dari masalah DNA yang telah mengegarkan bumi Malaysia minggu lalu apabila rakyat membuat piket-piket mendesak beliau menyerah DNA secara sukarela???

Angin Laut China Selatan ingin mengajak sahabat pembaca menilai apa perkara pokok disebalik segala drama king yang berlangsung sekarang..... apa sebenarnya muslihat disebalik sekeping Video 18sx ini....

Mari kita fikirkan.....

sumber : rakyattranung


AWAS!!!! ADA ULAR DALAM SEMAK!!!

Hari ini dua perkara besar berlaku. Di Sarawak DUN Undangan Negeri Dibubarkan. Bermakna dalam tempoh 60 hari pilihanaya negeri Sarawak akan diadakan.

Namun berita besar itu bagaikan tenggelam dengan cerita 18sx tentang seorang pemimpin pembangkang.
Masa ni wartawan tengah tunggu giliran menonton video 18sx....... sumber malaysiakini

Bermula pada jam 1.15 tengahari saya menerima link ini ---->disini. 


Posting artikel tersebut dibuat dalam pada jam 12.31 tengahari

Selepas itu saya terus mengikuti perkembangan cerita 18sx ini. Lepas satu blog ke satu blog yang lain mula menceritakan cbrita 18sx paling hangat di abad ini. Angin Laut China Selatan pun tumpang sekaki. Kalah cerita pada tahun 2007. 

Pada jam lebih kurang 4.00 petang dikhabarkan PC yang akan diadakan pada jam 5.00 petang oleh Ketua Pembangkang yang digantung 6 bulan. ANWAR IBRAHIM.

Bermakna dari mula cerita ini keluar iaitu lebih kurang jam 12.31 tengahari sehingga jam 5.00 petang, hanya lebih kurang 4jam 30minit untuk memanggil pemberita dan membuat PC. 
SEMPAT SENYUM TU.......SENYUM ADA MAKNA TU...........
Didalam PC tu pulak dengan begitu yakin Anwar menafikan orang yang didalam video tu adalah beliau. Dengan yakin juga Anwar memberitahu bahawa pada 21 Feb 2011 beliau bersama isteri dan cucu berada di rumah (Macam pernah dengar alasan tu???) Tengah layan twitter. Lepas tu beliau sempat berseloroh mengatakan orang didalam video tu lebih buncit dari beliau seperti di sini

Soalan:-
1) Kenapa belum apa-apa lagi Anwar sudah buat PC penafian?
2) Anwar berkata beliau belum tengok video tersebut tapi  macamaana  boleh beritahu lelaki didalam video itu lebih buncit dari beliau?
3) Siapa yang memberitahu Anwar lelaki didalam Video itu lebih buncit??? Wartawan harakah kah?? (Kerana tengahari tadi hanya wartawan yang dijemput menonton)
4) Mengapa Anwar yakin sangat video itu dirakam pada 21 feb2011 yang lalu??? Anwar belum tengok kan???
5) Kenapa Anwar beria-ia mengadakan PC dalam masa 5 jam??? Apakah mahu cerita 18sx ini terus dimainkan sehingga rakyat terlupa kepada kes LIWAT dan DNA nya???
6) Benarkah ini lagi satu fitnah UMNO????? atau apakah ini LAKONAN LICIK ANWAR????? 

Apa-apapun mari kita kembali kepada perkara yang lebih penting : RAKYAT MAHU TAHU SIAPA LELAKI "Y" DALAM KES LIWAT SAIFUL BUHKARI. UNTUK MENGENAL PASTI SIAPA LELAKI "Y", DNA AMAT DIPERLUKAN. 

SOKLAN CEPUMAS:-
DNA SIAPAKAH YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYELESAIKAN KES LIWAT TERSEBUT??????

lu pikirlah sendiri!!!!!!

P/S: TADI MASA KECOH ANWAR AKAN MENGADAKAN PC, TERDETIK DI HATI "WOOOOOO HABISLAH BARISAN NASIONAL, ANWAR AKAN BUAT SUMPAH LAKNAT YANG DIA TIDAK PERNAH MELIWAT SAIFUL"....RUPA-RUPANYA NAK MENAFIKAN VIDEO.....SUSPEN JER....MAKNANYA CERITA BELUM HABIS LER...!!! HIIHHHIHHI...

Monday, 21 March 2011

AKHIRNYA.......... MENGAKU JUGA.....


Selepas video pengakuan sepupu beliau, akhirnya YB ADUN PAS Bukit Payong mengakui bahawa lelaki yang terlibat dengan penangkapan khalwat minggu lalau adalah bapa saudaranya. Pengakuan tersebut telah dibuat di dalam blog beliau sendiri.

Sebelum ini beliau telah mengatakan bahawatidak mengenali individu yang ditangkap dalan kes khalwat tersebut seperti sini.

Selepas itu tampil sepupu beliau mengakui bahawa yang tertangkap kerna kes khalwat itu adalah bapa saudara beliau yang juga bapa saudara YB PAS tersebut seperti laporan di sini

Kemudian diikuti pula dengan video pengakuan oleh sepupu dan penduduk kampung seperti di sini

Akhirnya YB PAS Bukit Payong tidak dapat menafikannya lagi. Beliau akhirnya mengakui bahawa yang di tangkap itu adalah bapa saudaranya. Pengakuan tersebut telah dibuat di sini

KATA ANGIN LAUT CHINA SELATAN
Begitulah ceritanya, namun hakikatnya YB PAS dah dapat lagi menafikan bahawa yang ditangkap itu bapa saudaranya, kalau boleh memang dia nak tutup tapi nak buat macamana ,bangkai gajah...... tak kan boleh di tutup dengan daun pisang der....tertanya-tanya jugak, kenapa Haji Hadi yang jadi YB Parlimen kawasan tu senyap saja. Tak mahu komen ke? 

SEX LAGI!!!!!!!! ANUGERAH PELAKON PORNO TERBAEK BERTUKAR TANGAN!!!


Waduh...angin laut china selatan semakin panas.....

Hari ini video seorang pemimpin pembangkang  pula dipertonton kepada media. Siapakah dia? Bermakna Gelaran Pelakon Porno Terbaik telah bertukar tangan.

Video sex yang membabit pemimpin pembangkang bersama seorang wanita yang tidak dikenali telah dipertonton kepada media....

pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.
 
Kita tengok siapa yang kena!!!!!
 
berita lanjut boleh didapati di sini dan sini 
 
 

GEGER!!!! PILOT ANAK TERENGGANU BAWAK ANAK BERANAK MENGERJAKAN UMRAH

Bangga aku jadi anak Terengganu...

Dari sini terus ke jeddah der.... Negeri lain tak buat lagi...ko tak bangga ke jadi anak Terengganu?
Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH subhanahuwata'ala kerana semalam jemaah umrah dari Terengganu telah selamat bertolak ke Jeddah.

Kesemua jemaah tersebut adalah jemaah yang bertuah kerana menerima anugerah dari Kerajaan negeri Terengganu. Jemaah seramai 451 orang ini terdiri dari sebahagian mereka yang bertugas ketika operasi haji tahun lalu manakala selebihnya adalah penjawat awam dan pemimpin masyarakat. Kesemua mereka adalah anak kelahiran Terengganu.

Yang menariknya ialah pilot yang membawa jemaah ini juga adalah seorang anak Terengganu yang berasal dari Besut. Beliau melahirkan rasa bertuah kerana diberi peluang untuk membawa "anak beranak" dari Terengganu terbang terus ke Jeddah untuk mengerjakan umrah.

"Sebagai anak Terengganu, saya merasa begitu "bertuah" kerana  diberi peluang membawa 451 orang "Teganukita" dengan penerbangan MH8324 terus ke tanah suci Mekah". kata Dato' Kapten Mohd Nawawi Awang.

Untuk makluman Terengganu adalah negeri pertama yang menawarkan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu (LTSM) terus ke Jeddah. 

Sementara itu, MAS bercadang untuk mengadakan penerbangan terus dari sini sebanyak 4 kali setahun jika mendapat sambutan.

Nak tahu cerita lanjut di sinun


kata ANGIN LAUT CHINA SELATAN
Alangkah bertuahnya menjadi anak Terengganu,  pemimpinnya sentiasa mahu memberi kemudahan buat rakyatnya. Ahmad Said Menteri Besar Terengganu sentiasa segar dihati rakyat. 

Sehingga suatu hari ketika satu program bersama veteran, seorang ibu tua tidak mahu berganjak dari kerusi rodanya kerana terlalu ingin menemui Ahmad Said. Katanya beliau selalu mendengar cerita tentang keperihatinan Menteri Besar ini. Ketika dapat bertemu Ahmad Said, si ibu tua ini menitiskan airmatanya. Hebat Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.
hadiah PAS masa memerintah Terenganu 1999 - 2004
Inilah kerjanya masa diberi peluang memerintah
Semoga semua rakan-rakan pembaca dari Terengganu sedar bahawa tiada lagi parti lain yang mampu memberi khidmat sebaik UMNO/BARISAN NASIONAL. Buktinya rakyat pernah mengubah selera pada tahun 1999-2004, namun rakyat "serik doh weh"......, ketika tsunami gelombang biru menerjah Terengganu, PAS telah tersungkur menjilat "Chok".....kini ketika pilihanraya umum akan datang lagi, PAS tanpa malu menukar slogan mereka kepada PAS GANTI UMNO....weh!!!! sudah-sudahlah...muak la sgt!!!! 
Yang ini baru betul!!!!!! PAS akan dikerandakan pada PRU13

Sunday, 20 March 2011

SADIS!!!! PERTEMUAN MENYAYAT HATI AZMIN DAN UMMI!!!!


Ummi Hafilda, the iron lady of the year telah lama mengisytiharkan perang dengan Al- Sheikh Al-Anwar AL-Juburi (bukan saya yang  gelarkan Ummi yang kata). Abang kandung Ummi sendiri iaitu Azmin yang disifatkan Ummi sebagai"DAYUS" (tak caya baca di sini ).

Akhirnya atas keprihatinan pemimpin-pemimpin parti politik di Malaysia, maka mereka berdua telah diketemukan. Begitu sebak aku rasa......

Malam tadi, maka hadirlah kedua adik-beradik ini di suatu daerah iaitu Jertih. Lalu..... jeng..jeng..jeng...

Apa kes??? Weh!! Ko orang nak tahu Azmin dan Ummi datang ceramah sebelah menyebelah lol. Mereka dibawa oleh parti PAS dan UMNO. 

Sikit punya bagus polis bagi permit untuk ke dua-duanya skali. Adilkan? Hah!! apa lagi, bertemu ler dua beradik tu tapi atas "pelamin" yang berbeza lah.

Kadang-kadang elok jugak, kalau buat ceramah sebelah menyebelah ni...kurang-kurang dapat jugak penyokong kronik PAS dengar penerangan UMNO kan?.. Kalau nak mintak datang gitu-gitu jer mestiler jawapannya tak kan???

Ummi Hafilda semalam yang antara lain mendakwa abangnya itu telah hilang pedoman dan tenggelam dengan janji-janji manis penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 


RAKYAT NAK TAHU CERITA SEBENAR

TAK KIRA LELAKI/WANITA PASTI DATANG..... PKR DAH TEMPAH KERANDA


Lagi berita ceramah serentak di sini

Saturday, 19 March 2011

DASAR PEMBOHONG!!!! PENIPU!!!! HANGIN SELURUH BADAN




Pembohong! Penipu!!! berapa banyak pe, pe, pe dan pe lagi boleh dikatakan pada manusia ning. Cakap sikit punya manis mulut!!!! Dua minggu konon!!!! puih!!! hangin bebenor aku!!!!

Sahabat pembaca sekelian,

Sekali tengok dialah wira, dialah pujaan hati dinda tapi 2 3 4 5 6  kali tengok masyaallah!!!!

Inilah bukti betapa seorang manusia bernama Anwar sebenarnya begitu licik mempermainkan rakyat. Segala janji manis ditaburkan sehingga menitis air liur kalau mendengarnya. Walaupun apa yang terjadi didalam video di atas bukan sebangsa dengan saya tetapi sebenarnya menitis air mata apabila mengenangkan nasib mereka. Mereka ditipu hidup-hidup.

Terkadang terfikir juga, apakah sebenarnya perasaan insan yang bernama Anwar ini jika beliau menonton kembali video di atas? Kenapa dia berdiam diri ketika jentolak mengganas di kampung halaman penduduk yang sebelumnya dia berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu?? Apa sebenarnya perasaan Anwar??? 

Tidakkah Anwar merasa bersalah?? atau tahukah Anwar apa itu perasaan bersalah?? 

Sebenarnya saya tidak mempu untuk menulis apa lagi tentang video ini. Perasaan marah dan benci begitu terasa.

Mengapa sebenarnya semua ini berlaku? Apakah ketika Anwar melafazkan janji-janji itu, dia begitu yakin bahawa DAP akan mendengar cakap atau arahannya? Apakah sebenarnya Anwar juga telah tertipu oleh seorang manusia yang bernama Lim Guan Eng?? atau apakah selama ini Anwar cuma menjadi kudaan DAP untuk mendapat P.Pinang??
Contohnya sekarang, ketika Anwar sedang bertarung menghadapi tuduhan meliwat, tidak ada kedengaran sokongan yang diberikan kepada beliau dari DAP, Karpal Singh hanya menjalankan tugas sebagai peguambela, entah berapa bayaran yang Karpal terima, kita sendiri tidak tahu.... betul tak?

Ingatkah rakan-rakan pembaca kepada dialog MAK DARA dalam filem P. RAMLEE, IBU MERTUAKU......??

" Mengapa kau dijadikan sebagai manusia? Bukankah lebih baik kau dijadikan sebagai hewan???"



PAS BERBOHONG!!!!!! LAGI BUKTI BERKAITAN KHALWAT



LAGI BUKTI VIDEO BERKENAAN PERTALIAN YB PAS BUKIT PAYONG DENGAN HJ MOHD DIN BIN YUSOF YANG DITANGKAP KHALWAT BARU-BARU INI. PERTALIAN INI TELAH DINAFIKAN OLEH YB BERKENAAN.


SO FIKIR-FIKIRKANLAH......

GEMPAR!!!! GELARAN TOK GURU KEPADA NIK AZIZ DITARIK BALIK!!!


Sebenarnya  hal ini dah lama saya fikirkan.....bagaimana dan kenapa sebenarnya MB Kelantan di gelar "Tok Guru". Kadang-kadang terfikir juga apakah kerana gelaran ini maka Nik Aziz begitu digeruni oleh penyokong kronik beliau. Sehingga kadang-kadang beliau seolah-olah begitu ditakuti atau digeruni.Maka malam ini saya telah temui jawapan kepada soalan yang bermain di minda saya.

Semasa duk tengok youtube terpandang saya kepada video di bawah. Rupanya  gelaran itu diberikan supaya mereka dilihat hebat atau digeruni. Mungkin kerana itu yang di kehendaki, itulah yang diterima, apabila sedar pengurniaan itu tidak sesuai maka tukang kurnia menarik balik gelaran itu...tapi mungkin dah terlambat.....





Kadang-kadang saya jadi takut bila gelaran-gelaran sebegini telah menjadikan manusia angkuh dan lupa siapa diri mereka?.Mereka menjadi.... akulah yang benar dan orang lain semua salah.  Mereka boleh mengkafirkan sesiapa sahaja. Sehingga kadang-kadang mereka seolah-olah mengambil alih kerja-kerja yang maha BERKUASA seperti men"syurga"kan penyokong mereka, 


menghalalkan keropok yang dinamakan sedekah dikala orang lain  diharamkan pemberian itu atas alasan rasuah, 



mewajibkan sesuatu yang tidak ada dalam islam .


menukar pendirian bila-bila masa yang dirasa memberi keuntungan.

Bagaimana pula dengan mereka-mereka yang terpengaruh??? Kesian mereka......

LAGI GEMPAK!!!!! KERANA KHALWAT YB PAS TAK MENGAKU SEDARA

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog ini kerana dah 3 hari tak di update. Sibuk sikit der..... Namun terim kasih banyak kepada semua yang memberi sokongan. Terima kasih yang tak terhingga kepada badut rakyat yang banyak memberi semangat. Insyaallah dengan semangat itu saya akan terus menulis.

Sahabatku sekelian, 



2 3 hari ini kecoh jugak di tampat saya bila keluar berita di akhbar tempatan seorang pembantu YB PAS telah di tangkap khalwat. (TAK HABIS-HABIS  PAS = CERITA SEX 18SX). Namun selepas itu YB PAS Bukit Payong iaitu YB Mohd Noor Bin Hamzah telah menyangkal dan menyatakan akan menyaman akhbar tersebut. Kemudian timbul pula cerita sepupu kepada YB PAS Mohd Noor  iaitu  Fazli Ali yang tampil menyatakan bahawa yang tertangkap  iaitu Haji MD Din Bin Jusoh itu adalah bapa saudara beliau.

Dah tu apa kena mengena dengan YB PAS Mohd Noor ini?

Gini, menurut FAZLI ALI, bapa saudara beliau itu adalah juga bapa saudara YB PAS Mohd Noor..

So apa isunya?

Mana taknya, YB PAS Mohd Noor telah menafikan bahawa Haji Din Bin Jusoh ni bukan pegawai yang beliau lantik bahkan beliau tak mempunyai apa-apa pertalian dengan Haji Din. Ketika ditemui YB PAS ni menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengenali Haji Din.

Betul ke dia Pak saudara YB PAS tu?

Kata Fazli (sepupu YB PAS) , emaknya dan Haji Din adalah adik beradik yang jug merupakan emak saudara kepada YB PAS.katanya lagi " INI ISU KELUARGA TETAPI YANG SALAH TETAP SALAH,
YB Mohd Noor sebagai orang berpendidikan agama dan berpegang kepada ajaran ISLAM perlu megnaku dan menerima hakikit.

Kenapa, YB PAS tak mengaku Haji Din Sedara dia ke??

Fazli mengulas laporan akhbar yang memetik kenyataan YB PAS Mohd Noor bahawa beliau tidak mengenali lelaki beranam Md Din itu.

Laporan Akhbar, Sinar Harian Selasa lalu menyatakan  ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah akan memfailkan saman terhadap sebuah akhbar arus persana dan laman blog yang didakwa mengaitkan beliau dengan seorang lelaki yang ditangkap khalwat bersama wanita warga indon.

Dah tu apa kata Fazli lagi?

"saya berharap sesiapa yang mengetahu isu ini hendaklah menerima secara rasional dan mengambil iktibar darinya, Saya adalah sepupu YB Mohd Nor Adun PAS Bukit Bayong dan sia adalah sepupu benar saya sebelah emah dan MAt Din itu adalah bapa saudra kami" katanya sambil meminta YB Adun PAS itu tidak sampai menafikan darah daging sendiri hanya kerana menutup hakikat sebenar.

Anda boleh mengetahui cerita di sini

Komen ANGIN:

BEGITULAH, BILA AMBIL DAUN KELADI NAK TUTUP BANGKAI GAJAH. CAM TU LAH PULOK PAS NING. BILA KENA KE DIA, DIA CARI ALASAN DAN CARI JALAN UNTUK MELEPASKAN DIRI. SAMPAI BAPA SAUDARA PUN DIA TAK MENGAKU. SATU LAGI, INGATLAH BAHAWA TIADA MANUSIA YANG MAKSUM DI DUNIA INI SELEPAS RASULULLAH. ORANG PAS PUN MANUSIA BIASA JUGOK.....SESUNGGUHNYA DI SANA NANTI TIDAK ADA SOALAN, "APA PARTI KAMU?". KEREDHAAN  ITU MILIK ALLAH, AKAN DI BERIKAN KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA. SOKONG PAS BELUM TENTU ISLAM SEBAB RAMAI YANG AKU TENGOK, PAKAI BAJU PAS, BAWAK BENDERA PAS TAPI BILA TENGOK BETUL LA.....  CINA RUPANYA..... BENARLAH KATA SEORANG SAHABAT UMNO TI MELAYU ISLAM, PAS BELUM TENTU ISLAM.

FIKIRLAH!!!!!