Monday 28 October 2013

#PRKN20 SG LIMAU : PAS MULA MAIN KASAR, HALAU JENTERA WANITA BERKEMPEN


Inilah lelaki upahan PAS untuk menakutkan jentera wanita

Kawasan ‘paling hitam’ bagi BN di DUN Sungai Limau adalah Peti Undi Bukit Choras.

Cabaran buat jentera BN Terengganu ialah apabila diberi kepercayaan oleh BN Kedah untuk ‘masuk’ ke kubu PAS, dimana kira-kira 80 peratus penduduknya adalah PAS.Dengan dua lokaliti iaitu Kg. Bukit Choras dan Kg. Tualang, BN mendapat 81 undi pada PRU 13 yang lalu dan PAS memperolehi 461 undi.

Kelibat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Munyiddin Yassin yang menembusi kawasan ‘sawah dan pondok’ di kawasan itu beberapa hari lalu telah membuatkan PAS tidak senang duduk.

Mungkin ‘terkejut beruk’ dengan warga beberapa sekolah pondok yang menyambut TPM dan MB, Dato’ Mukhriz Mahathir, PAS mula bergerak lebih agresif untuk mempertahankan ‘kota’ mereka.

Petang semalam, kesannya mula dirasai oleh jentera Jalinan Rakyat Wanita UMNO Terengganu apabila turun menziarahi rumah pengundi di Kg. Tualang.

Kehadiran Wanita UMNO yang bermula dengan Salam disambut dengan tindakan ‘tutup pintu’ dan suara-suara seperti ‘tak payah mai lah’ dan ‘tak payah kempen lah’.

Adakah ini gaya ‘demokrasi’ yang disuburkan oleh PAS di DUN Sungai Limau?

 Berceramah berdegar-degar  tetapi menolak untuk berjabat tangan dengan UMNO, tak ‘gentlewoman’ langsung.

Lebih memeranjatkan petang semalam, Wanita UMNO telah didatangi oleh seorang lelaki penyokong PAS dan menghalau kumpulan itu supaya keluar dari kampung itu.

“Jika ada lagi yang lain, bawa keluar semua” – itu antara ungkapan yang diterima Wanita UMNO yang berhadapan pengikut PAS yang begitu jauh dengan gambaran politik sebenar.

Sampai bila orang kampung akan terus ‘dikurung’ sebegini? Sampai bila PAS mahu bermain politik ‘rimba’ yang bersifat purbakala.

Sumber yang Terengganu Today perolehi, penduduk kampung yang tinggalkan PAS menyeberang ke kem BN akan dihina sepanjang jalan dan dipulau jika ada majlis kenduri kendara mahupun kematian.

Inilah sedikit gambaran bagaimana UMNO hidup dalam minoriti, manakala majoritinya adalah PAS. Adakah berlaku perubahan di Bukit Choras pada 4 November nanti?

SUMBER

No comments:

Post a Comment