Thursday 20 March 2014

MH370 : PETUNJUK BARU DITEMUI AUSTRALIA... SEGALANYA AKAN TERUNGKAI??



SYDNEY: Dua objek dipercayai mungkin ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berjaya dikesan, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Khamis.
Abbott memberitahu Parlimen mengenai maklumat 'baharu dan boleh dipercayai itu' pada hari ke-13 pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Beliau berkata, pesawat tentera Orion milik tentera udara Australia digerakkan untuk meneliti objek tersebut.

Beliau tidak menyatakan secara terperinci lokasi tersebut tetapi Australia bertanggungjawab untuk melakukan pencarian di selatan Lautan Hindi.
"Pihak berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat berdasarkan imej satelit berkaitan objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

"Berdasarkan analisis pakar mengenai imej itu, dua objek itu mungkin ada kaitan dengan pencarian itu berjaya dikenalpasti," katanya. SUMBER

MARILAH KITA TERUS BERDOA SEMOGA SEGALANYA TERUNGKAI....

No comments:

Post a Comment