Friday, 3 February 2012

PM LAWAT DUN LADANG & BATU BURUK - ANGIN PERUBAHAN MULA TERASA

YAB PM KETIKA BERUCAP DI DEPAN 8000 ORANG RAKYAT DUN BATU BURUK

Alhamdulillah, separuh hari, hari ini angin habiskan dengan menghadiri diri ke program YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang untuk sekian kalinya datang berkunjung ke Parlimen Kuala Terengganu.

Angin rasa bangga kerana pemimpin nombor 1 negara ini sanggup menghabiskan separuh harinya di sini. Bermula dengan solat jumaat di Masjid Almuktafibillah Shah Ladang YAB PM sempat bersalaman dengan ribuan rakyat yang sedia menunggu beiau. Kemudian beliau mengambil kesempatan untuk bersama rakyat dalam majlis Jamuan Rakyat yang diadakan di perkarangan masjid tersebut. Hampir 4000 orang telah hadir bersama YAB PM di situ.

Yang menariknya apabila 2 orang warga emas telah terpilih untuk makan bersama beliau. Dengan linangan airmata seorang pak cik tua mengucapkan terimakasih kepada kerajaan negeri dan YAB PM yang sudi melayan beliau ketika jamuan tersebut.

Perdana Menteri 1 Malaysia ini kemudiannya bersalaman dengan rakyat yang berada di situ. Rata-rata warga Dun Ladang yang ditemui menyatakan rasa terharu dan berterimakasih kepada PM. Turut hadir di dalam Majlis tersebut ialah YAB Dato Seri Menteri Besar, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu serta Timbalannya Datuk Haji Mohd Sabri Bin Alwi serta Dato' Wan Hisham selaku Naib Ketua Bahagian dan keseluruhan pimpinan Bahagian.

Sebelah petangnya pula, lebih kurang jam 4.00 petang YAB PM telah berada di Padang Sekolah Menengah Sri Budiman, dalam DUN Batu Buruk. Di situ beliau telah menyampaikan cek Bantuan Rakyat 1 Malaysia untuk ke empat-empat DUN dalam parlimen Kuala Terengganu.

Di dalam ucapannya aluan Dato' Seri Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan sekiranya DUN Batu Buruk dikembalikan kepada Barisan Nasional dan kerajaan negeri sekarang dikekalkan dalam pilihanraya akan datang Kerajaan Negeri akan membina 1000 buah rumah mesra rakyat di Dun ini. Beliau menyeru kepada rakyat DUN Batu Buruk supaya bo-bo lah pangkah PAS kerana tidak ada apa-apa yang dibuat oleh wakil rakyat PAS walaupun sudah hampir 26 tahun menwan DUN Batu Buruk. Wakil rakyatnya hanya tahu berbohong dan menipu walaupun didalam Dewan Undangan Negeri. 

Dato' Wan Ahmad Farid , Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu pula menegaskan bahawa walaupun sejak tahun 1985 PAS menawan Batu Buruk namun tidak ada apa-apa bantuan yang diberikan kepada rakyat. Wakil PAS akan menjawap kepada rakyat bahawa mereka tidak ada peruntukan untuk pembangunan atau bantuan sekiranya ditanya rakyat. Namun menurut Dato' Wan Farid, ALLAH pernah memberi peluang kepada PAS untuk membuktikan bahawa mereka boleh membantu tetapi semasa memerintah tahun 1999 - 2004, DUN Batu Buruk tetap tiada apa-apa. 
KEMESRAAN PM TIADA BANGDINGAN

Begitulah manusia PAS sebenarnya, tanam tebu ditepi bibir, akhirnya hanya semut yang menghurung bibir itu.

YAB PM pula menyatakan bahawa sebenarnya tak guna memaksa, kalau dah hitam legam bacaannya. Namun mengambil contoh di Parlimen beliau, sekiranya orang-orang yang tengok kita macam nak telah ini dibuat baik, pasti mereka akan berlembut hati. Beliau meminta rakyat merenungkan bagaimana PAS yang sebelum ini memperjuangkan ISLAM kononnya, sanggup melucutkan keahlian YB Dato Hassan Ali yang ikhlas mempertahankan islam. NEGARA ISLAM yang diwar-warkan, akhirnya tidak ada pula didalam Al Quran, yang ada hanya NEGARA BERKEBAJIKAN, sedangkan sekarang pun kerajaan Barisan Nasional lebih BERKEBAJIKAN. Memberi bermacam-macam bantuan. Inilah negara berkebajikan, kebajikan apa lagi yang tidak di terima rakyat. Bahkan negara ini ditadbir dengan penuh ISLAMIK malah lebih ISLAMIK dari apa yang di war-warkan oleh PAS.

Dengan kehadiran yang begitu ramai di ke dua-dua tempat tersebut Angin dapat melihat ada keinginan rakyat untuk berubah. Mengubah nasib mereka. Hampir 8000 ribu orang telah hadir di dun Batu Buruk. Apalagi apabila ke dua-dua wakil rakyat PAS di dun Ladang dan Batu Buruk sebenarnya tidak layak untuk menang. Peluang yang ada dalam pilihanraya akan datang ini pasti akan digunakan oleh rakyat sepenuhnya. Berubah demi masa depan anak cucu kita nanti. Insyaallah Barisan Nasional tidak akan mensia-siakan UNDI RAKYAT. Angin tahu pemimpin Barisan Nasional apabila berjanji, mereka akan tunaikan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini, tidak sampai 3 bulan selepas di bentangkan di Parlimen, kini rakyat telah menerima keuntungannya.

BERBAGAI BANTUAN TELAH DITERIMA RAKYAT

Jangan jadi macam orang kuat PAS dari Kampung Batu 5 Gong Kemunting tadi, siap bertengking pulak dengan Ketua Wanita UMNO yang menegurnya. Mungkin kerana malu orang kuat PAS ni kata BR1M adalah wang rakyat lalu di jawap oleh Ketua Wanita yang tidak kurang hebatnya, katanya memang yang diterima sekarang adalah wang rakyat tapi jika pentadbir negara tidak pandai mengurus seperti ketika PAS memerintah Terengganu, pastinya orang PAS sendiri tidak dapat menikmatinya. Terus orang PAS ni cabut lari... PADAN MUKA.......

JAMUAN RAKYAT DI MASJID LADANG















AYUH KITA BERUBAH KEPADA PARTI YANG LEBIH ISLAMIK.....BARISAN NASIONAL.

No comments:

Post a Comment