Wednesday, 19 December 2012

AMANAT HADI YANG PERLU DI TARIK BALIK


Mungkin ada diantara kita yang masih belum lahir ketika amanat ini dilafazkan oleh Haji Hadi yang berbunyi:

 

  "SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMANYA UMNO, KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA IA NAMA BARISAN NASIONAL, KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH. MENGEKALKAN UNDANG2 PENJAJAH,  MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKAL PERATURAN INILAH, OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA, OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG BERLAWAN DENGAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA2 SEKELIAN, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD DAN KALAU KITA BERLAWAN DENGAN PUOK-PUOK NI DAN KITA MATI KERANA JAYA BERLAWAN NI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM"

Amanat yang menaikkan semangat umat islam PAS untuk menentang kerajaan seperti yang berlaku di Memali.

Angin petik beberapa ayat yang ditulis di dalam blog pro PAS antaranya:

"Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)."
 "Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud .........."
"Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau.. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid."- CINA ISLAM


Akhirnya Ibrahim Libya telah meninggal didalam kejadian tersebut. Maka mulalah mereka menyatakan bahawa yang meninggal dalam kejadian itu seramai 14 orang adalah syahid. Haji Hadi sendiri di dalam ceramah beliau menyatakan bahawa   ulamak-ulamak PAS negeri Kedah bersetuju  14 orang sahabat mereka yang mati dalam kejadian ini adalah SYAHID. Mereka syahid mereka berjuang menegak PERJUANGAN ISLAM di MALAYSIA. Perjuangan ISLAM ala PAS yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin mereka seperti HAJI HADI sendiri dan NIK AZIZ. Mereka dikebumikan kononnya sebagai syuhada'.Dikapankan dengan pakaiannya yang berdarah dan dikebumikan dengan tidak disembahyangkan.


Sungguh menyedihkan apabila didalam muktamar PAS pada 5 June 2011 iaitu selepas 26 tahun kejadian MEMALI, Presiden PAS ini, HAJI HADI menyebut bahawa :  
alyarham ibrahim libya..bagaimana dengan mati beliau???
“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.
Ya, Haji Hadi mengatakan bahawa Al Quran tidak menyebut negara islam sebaliknya menyebut negara berkebajikan. 
Apakah ini tidak menimbulkan pertanyaan dikalangan ahli PAS sendiri? Betapa mereka ditipu selama ini. Dan apa pula hukumnya pengkebumian Allahyarham Ibrahim Libya serta 13 lagi kawannya yang tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan itu??? Mereka mati kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. Mereka berjuang kerana perjuangan PAS yang kononnya memperjuangkan negara islam?? 
tetapi kini perjuangan itu dikatakan tidak ada dalam alquran. Apakah mereka benar-benar syahid?? Jika tidak, apakah kubur mereka perlu digali dan mereka perlu dimandikan dan disembayangkan semula?? Siapa yang perlu bertanggungjawab dengan pengkebumian mereka?? siapa yang akan menanggung dosa kerana tidak memandikan dan menyembahyangkan mereka?? siapa yang akan menjawap di akhirat kelak?? 

JIKA BENAR KEMATIAN MEREKA HANYALAH KEMATIAN YANG SIA-SIA, BUKANKAH BERAT TANGGUNGAN YANG PERLU DIPIKUL OLEH HAJI HADI?? SEMPATKAH HAJI HADI MEMOHON MAAF KEPADA KELUARGA ARWAH DAN MEMYEMPURNAKAN SEMULA JENAZAH ARWAH??

Dan lagi apabila kita mengamati amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa "...... KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH. MENGEKALKAN UNDANG2 PENJAJAH,  MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKAL PERATURAN INILAH, OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA....."pernyataan ini jika kini telah ditunggang terbalikkan. 

Buktinya aji Haji sendiri yang memyetujui apa yang terkadung didalam buku jingga. antara lain didalam buku tersebut semua parti didalam PR bersetuju kononnya mempertahankan perlembagaan Malaysia. So, bukankah Haji Hadi sendiri setuju mengekalkan perlembagaan dan undang-undang penjajah.
Maka bukankah Haji Hadi sendiri perlu ditentang???PAS sendiri perlu ditentang???  Bukankah mereka perlu dilawan??? Dan kalau mati dalam berlawan dengan mereka, mati itu boleh dianggap mati syahid???

Buat semua pembaca, percayalah apa yang diperjuangkan oleh PAS kini, hanya perjuangan untuk mendapat kuasa, perjuangan untuk mencari keuntungan. Kita tidak tahu keuntungan itu untuk siapa, jika keuntungan itu buat rakyat alhamdulillah tetapi jika keuntungan itu hanya untuk kaum kerabat, maka itu sangat merugikan kerana kini kita sedang menikmati segalanya. kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional semuanya ada. Apalagi yang kita mahu??? Apakah yang mengharapkan bulan jatuh keriba??? dan mengharapakan sesuatu yang tidak pasti??

1 comment:

  1. Kita harap Allah ampun dosa Hadi yang telah memecahbelahkan rakyat serta usaha gila mengkafirkan ummat Melayu.....

    Dosa dengan orang Melayu dia kena minta ampun sorang-sorang.... bukan atas pentas beri ceramah macam orang gila.

    ReplyDelete