"SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA
NAMANYA UMNO, KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA IA NAMA
BARISAN NASIONAL, KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN
PERLEMBAGAAN PENJAJAH. MENGEKALKAN UNDANG2 PENJAJAH, MENGEKALKAN
PERATURAN KAFIR, MENGEKAL PERATURAN INILAH, OLEH KERANA ITULAH KITA
MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA, OLEH KERANA
ITULAH KITA BERJUANG BERLAWAN DENGAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA2
SEKELIAN, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA
KITA ADALAH JIHAD DAN KALAU KITA BERLAWAN DENGAN PUOK-PUOK NI DAN KITA
MATI KERANA JAYA BERLAWAN NI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA
ADALAH MATI ISLAM"
Amanat yang menaikkan semangat umat islam PAS untuk menentang kerajaan seperti yang berlaku di Memali.
Angin petik beberapa ayat yang ditulis di dalam blog pro PAS antaranya:
"Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman
di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam
sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak
pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi
penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan
Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)."
"Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya
atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud .........."
"Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov
1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh
bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan
anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau.. Antara
lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid.
Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak
menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi
mempertahankan As-Syahid."- CINA ISLAM
Akhirnya Ibrahim Libya telah meninggal didalam kejadian tersebut. Maka
mulalah mereka menyatakan bahawa yang meninggal dalam kejadian itu
seramai 14 orang adalah syahid. Haji Hadi sendiri di dalam ceramah
beliau menyatakan bahawa ulamak-ulamak PAS negeri Kedah bersetuju 14
orang sahabat mereka yang mati dalam kejadian ini adalah SYAHID. Mereka
syahid mereka berjuang menegak PERJUANGAN ISLAM di MALAYSIA. Perjuangan
ISLAM ala PAS yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin mereka seperti HAJI
HADI sendiri dan NIK AZIZ. Mereka
dikebumikan kononnya sebagai syuhada'.Dikapankan dengan pakaiannya yang
berdarah dan dikebumikan dengan tidak disembahyangkan.
Sungguh menyedihkan apabila
didalam muktamar PAS pada 5 June 2011 iaitu selepas 26 tahun kejadian
MEMALI, Presiden PAS ini, HAJI HADI menyebut bahawa :
alyarham ibrahim libya..bagaimana dengan mati beliau??? |
“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak
laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara
berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia
sebut negara berkebajikan”.
Ya, Haji Hadi mengatakan bahawa Al Quran tidak menyebut negara islam sebaliknya menyebut negara berkebajikan.
Apakah ini tidak menimbulkan
pertanyaan dikalangan ahli PAS sendiri? Betapa mereka ditipu selama ini.
Dan apa pula hukumnya pengkebumian Allahyarham Ibrahim Libya serta 13
lagi kawannya yang tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan itu???
Mereka mati kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. Mereka berjuang
kerana perjuangan PAS yang kononnya memperjuangkan negara islam??
tetapi kini perjuangan itu
dikatakan tidak ada dalam alquran. Apakah mereka benar-benar syahid??
Jika tidak, apakah kubur mereka perlu digali dan mereka perlu dimandikan
dan disembayangkan semula?? Siapa yang perlu bertanggungjawab dengan
pengkebumian mereka?? siapa yang akan menanggung dosa kerana tidak
memandikan dan menyembahyangkan mereka?? siapa yang akan menjawap di
akhirat kelak??
JIKA BENAR KEMATIAN MEREKA
HANYALAH KEMATIAN YANG SIA-SIA, BUKANKAH BERAT TANGGUNGAN YANG PERLU
DIPIKUL OLEH HAJI HADI?? SEMPATKAH HAJI HADI MEMOHON MAAF KEPADA
KELUARGA ARWAH DAN MEMYEMPURNAKAN SEMULA JENAZAH ARWAH??
Dan lagi apabila kita mengamati amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa "...... KITA
MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH.
MENGEKALKAN UNDANG2 PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKAL
PERATURAN INILAH, OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA....."pernyataan ini jika kini telah ditunggang terbalikkan.
Buktinya aji Haji sendiri yang
memyetujui apa yang terkadung didalam buku jingga. antara lain didalam
buku tersebut semua parti didalam PR bersetuju kononnya
mempertahankan perlembagaan Malaysia. So, bukankah Haji Hadi sendiri
setuju mengekalkan perlembagaan dan undang-undang penjajah.
Maka bukankah Haji Hadi sendiri
perlu ditentang???PAS sendiri perlu ditentang??? Bukankah mereka perlu
dilawan??? Dan kalau mati dalam berlawan dengan mereka, mati itu boleh
dianggap mati syahid???
Buat
semua pembaca, percayalah apa yang diperjuangkan oleh PAS kini, hanya
perjuangan untuk mendapat kuasa, perjuangan untuk mencari keuntungan.
Kita tidak tahu keuntungan itu untuk siapa, jika keuntungan itu buat
rakyat alhamdulillah tetapi jika keuntungan itu hanya untuk kaum
kerabat, maka itu sangat merugikan kerana kini kita sedang menikmati
segalanya. kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional
semuanya ada. Apalagi yang kita mahu??? Apakah yang mengharapkan bulan
jatuh keriba??? dan mengharapakan sesuatu yang tidak pasti??