Thursday, 28 February 2013

HOT U......!!! BILA sahTIPU NAK SAMAN???


JANJI PAS DAN WANG LESAP DI KETENGAH JAYA-KAMI TUNGGU SAMAN DARI SATIPUL!!!


“Umno semakin terdesak. Fitnah d wujudkn dgn tuduhn bahawa saya sebg bekas Adun 1999-2004, Jsr, Pas caw Ketengah Jaya maupun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate terlibat merembat Rm1.4j duit anak generasi kedua bg Tanah Gen 2 Felda Ktgh jaya.Bahkn Tn Guru Hj Hadi juga d tuduh sama. Saya sudah berbincang & pihak lawyer akn mengambil tindakn saman dlm masa terdekat. “



Petikan di atas adalah yang ditulis oleh Satipul dalam FBnya….. .(sepatut FB Satipul Bahri tapi jadi FB Saipul Bahri…..itu nama sebenar pun mahu tipu juga ke….hahaha)Para pembuat report isu kerajaan Pas seleweng duit janji tanah di Mukim Rassau (Ketengah Jaya) dan Mukim Kuala Paka, sedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan saman pihak Satipul, bekas Adun Paka itu.

Beliau memang terlibat bersama JSR, Tetuan Azman Wan Helmi dan Menteri Besar Haji Hadi waktu itu yang datang membahagikan nombor-nombor lot di Padang Astaka Ketengah Jaya.

Bahkan menurut seorang yang terbabit Fauziah binti Mamat, salah seorang yang terbabit memberitahu temuduga di adakan di Pejabat YB Satipul sendiri ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, no 55, Tebing Tembah, 23100 Paka Dungun pada 1 Julai 2002 jam 11.00 pagi. (sila rujuk lampiran surat panggilan temuduga)Oleh itu, Satipul yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu sekarang ini janganlah sekadar membuat UGUTAN nak saman……SILA KEMUKAN SAMAN SEGERA WAHAI SATIPUL.

Baca seterusnya di SINI

WANITA INI MAKAN ABU MAYAT SUAMINYA KERANA RINDU



KEMATIAN suami tercinta pastinya meninggalkan kesan duka yang cukup mendalam buat para isteri apatah lagi jika lelaki yang selama ini menjadi tempat bermanja dan bergantung hidup pergi dalam keadaan mengejut.

Keadaan ini mungkin berlaku kepada jutaan wanita, namun tidak semua balu kuat untuk berdepan dengan hakikat bahawa suami mereka sudah meninggal dunia.Bagi seorang wanita di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang mahu dikenali sebagai Cassie, 27, berita kematian suaminya, Shawn, 29, akibat serangan mengejut asma akhir tahun lalu seakan menghentikan putaran hidupnya.“Saya amat mencintai suami saya.
Kami mula berjumpa pada tahun 2008. Selepas berkenalan selama beberapa bulan, Shawn melamar saya dan kami berkahwin pada tahun 2009.

“Hidup kami sangat bahagia. Shawn penyayang, lembut, bertanggungjawab dan tidak pernah mengungkit kekurangan yang saya miliki. Dia adalah lelaki terhebat yang pernah saya kenali.“Sayangnya, hayat Shawn tidak lama. Dia meninggal dunia selepas bergelut dengan serangan asma kronik. Saya tidak mampu membayangkan kesakitan yang terpaksa ditanggungnya.“Serangan itu datang tanpa sebarang amaran dan membawa rohnya pergi dalam sekelip mata. Ketika itu, saya berasa lebih separuh daripada jiwa saya melayang. Hidup saya kosong dan bosan,” ujar Casie yang muncul dalam bahagian akhir program realiti televisyen, My Strange Addiction.

Lantaran kerinduan yang mendalam, sebaik sahaja mayat suaminya sempurna dibakar, Casie mula membawa bekas abu mayat suaminya ke mana-mana sahaja.“Saya mahu Shawn sentiasa ada bersama saya.

Setiap hari, saya masih menjalankan rutin seperti mana ketika dia masih hidup.“‘Kami’ pergi menonton wayang, membeli-belah, berjalan di taman dan berehat bersama-sama. Saya juga masih memasak makanan kegemaran Shawn,” katanya.

Dalam asyik mengelek bekas abu mayat suaminya ke mana-mana, berlaku satu peristiwa yang bukan sahaja mengubah pola diet Casie malah menjadikan wanita ini ketagihan teruk.“Saya ‘makan’ suami saya.“Ramai yang ketawa apabila saya berkata begitu, tetapi memang itulah hakikatnya. Saya makan abu mayat suami saya,” kata Casie.

Tabiatnya yang mengundang kehairanan banyak pihak ini bermula apabila Casie mahu memindahkan abu mayat suaminya dari kotak kadbod kepada bekas abu mayat istimewa yang baru dibelinya.

“Ketika saya sedang menuang abu, terdapat debu-debu abu yang jatuh ke atas meja.“Saya sayang hendak membuangnya kerana itu ialah sebahagian daripada jasad suami saya.“Saya hanya mengelap debu tersebut dengan jari yang basah dan menjilatnya berulang kali.“Sungguhpun rasanya seperti telur busuk, pasir dan kertas pasir, saya tidak boleh menolak kehendak hati untuk terus menikmatinya,” katanya.Rutin yang sama dilakukan lima hingga tujuh kali sehari dan selepas dua bulan Daily Mail melaporkan, Casie telah memakan 2.7 kilogram abu mayat suaminya.

Ketagihannya itu mengundang kerisauan keluarganya kerana tabiat luar biasa wanita itu boleh mengancam kesihatannya. Abu mayat dikatakan mempunyai kimia yang boleh membawa kepada masalah psikologi.Dia yang sebelum ini pernah berdepan masalah obesiti kini berjaya mengurangkan 21 kilogram selepas mula memakan abu mayat suaminya.

Risau dengan tabiatnya itu, Casie mendapatkan bantuan pakar terapi untuk mengurangkan ketagihannya terhadap abu Shawn.“Tidur di wad tanpa bekas abu mayat Shawn di sisi adalah perkara yang sukar. Namun, jika terus memakan abu suami, saya takut ia mungkin akan habis dan saya akan kehilangan terus sebahagian daripada jasad Shawn.“Ketakutan itu membuatkan saya kuat untuk berhenti memakan abu mayat suami saya sendiri,” kata Casie.

Wednesday, 27 February 2013

SEMUA SALAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Salam buat semua...

Terlalu banyak yang telah KITA dapat dari kerajaan. Bermacam jenis bantuan dari atap hingga ke BR1M, dari MARA ke TEKUN tak terbilang dek jari apa yang Kerajaan dah berikan. Belum lagi kita cerita pasal subsidi beras, gula, gas, minyak masak dan macam macam lagi . Eh ! Lupa PETROL tu subsidi tau...

Tapi KITA sebagai manusia sememangnya tidak akan cukup dengan apa yang ada. Angin tak kata pada siapa siapa tapi KITA KITA lah yang selalu merungut tidak berpuas hati dengan apa yang Kerajaan berikan.

Begitulah  KITA, KITA akan salahkan kerajaan dalam banyak hal. Sehingga kadang kadang tersepak batu pun, kita salahkan kerajaan.

Dibawah Angin sertakan sms dari seorang sahabat yang menceritakan bagaimana KITA selalu salahkan kerajaan walaupun sebenarnya kita yang salah...

Jom enjoy!!

1. Kita bawak kereta kurang ajar, potong que sana sini, bawak di lorong kecemasan, drive laju 200km/h - Bila kena saman - BLAME THE GOVT.

2. Waktu sekolah GOVT bg subsidi yuran,pinjaman buku teks, RMT tp waktu belajar ponteng sekolah. Tak dpt masuk universiti - BLAME THE GOVT.

3. Malas bekerja & Bila menganggur tk mampu beli DUCATI - BLAME THE GOVT.

4. Tokey restoran jual makanan Mahal tp restoran masak tak sedap, tisu tak der, sinki bocor, toilet bau haprak. Balik Cirit birit - BLAME THE GOVT.

5. Kita buang sampah suka hati tok nenek. Tong sampah ada, tapi buat tokong. Pampers anak selit celah pokok bunga, tin milo buang dalam tasik, bungkus nasi campak dalam laut. - Pelancung tak datang - BLAME THE GOVT.

6. Kita benci Cina sbb Cina blh beli rumah besar, India kita maki, Benggali kita kutuk - Konon kita lagi bagus - tapi kita malas kerja - BLAME THE GOVT.

7. Kita suka bodek, kita bodek YB, kita bodek Ketua Pengarah, Kita bodek YDP, kita bodek CEO.. tapi syarikat kita buat longkang pun senget, pekerja semua malas, pasang curtain pun jatuh. - Tak dapat projek - BLAME THE GOVT.

8. Kita tk blh berbahasa inggeris tp jd cikgu matematik & sains. Bila govt perkenalkan dasr PPSMI , Kita kantoi tk blh ckp org putih dan kata GOVT gadai bahasa melayu bla bla bla. Murid yg rugi - BLAME THE GOVT

HOT!!! SKANDAL BALAK PAS vs SUZANNA PART 2

 Salam buat semua....
JIKA BERANI SILA DATO’ MUSTAFA ALI SETIAUSAHA AGUNG PAS NAFIKAN...INILAH SALAH SATU SKANDAL BALAK YANG PALING GLAMOUR DI MASA PAS MEMERINTAH TERENGGANU KERANA MELIBATKAN SEORANG GADIS YANG JADI DENAK KEPADA KRONI PEMIMPIN PAS...
Suzana binti Embong.....yang memiliki syarikat Berkat Timber Trading telah mendapat kawasan BALAK TANPA TENDER dari Kerajaan Pas Terengganu.
Haji Hadi yang merupakan Menteri Besar dan Pengerusi Yayasan Terengganu ketika itu cuba BERBOHONG dengan mengatakan pemberian kawasan balak kepada Suzana Embong oleh Yayasan Terengganu adalah mengikut tender dan gadis berkenaan waktu itu menawarkan harga paling tinggi.
“Kerajaan Pas lebih mementingkan nilai tender yang tinggi.....” katanya kepada wartawan.
Tetapi hakikat sebenarnya diberitahu oleh sumber dalaman Yayasan Terengganu sendiri kawasan balak di Merang Setiu yang diberikan kepada Suzana diberi tanpa tender, kononnya atas dasar pelaburan.
Sedangkan kata sumber dalam itu, istilah pelaburan tidak pernah wujud dalam peraturan kewangan Yayasan Terengganu kerana peraturan yang sebenar menyebut mana-mana tawaran yang melebihi RM200 ribu hendaklah melalui proses tender terbuka.
Tetapi Exco Kanan waktu itu Dato’ Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas sekarang) yang menjadi Pengerusi Pelaburan Yayasan Terengganu telah menggunakan kuasa vetonya memberikan kawasan itu kepada Suzana.
Suzana sebenarnya merupakan gadis pekerja syraikat milik Cina  yang diperalatkan oleh Cina  Wakaf Tapai itu yang merupakan kroni Mustaffa Ali.
Wakaf Tapai adalah terletak dalam kawasan yang diwakili Mustafa Ali waktu itu iaitu Dun Pengkalan Berangan.
Haji Hadi sememang tunduk kepada Mustaffa Ali kerana walaupun Haji Menteri Besar, tetapi semua orang tahu yang melaksanakan peranan kerajaan negeri adalah Dato’ Mustaffa Ali.
terima kasih : SINI

PANAS!!! BENDERA PAS KOYAK DI KUALA TERENGGANU???

Salam buat semua...



Parlimen Kuala Terengganu biasa menjadi perhatian pemerhati politik setiap kali datangnya pilihanraya. Dikatakan kawasan ini sering bertukar tangan sejak beberapa pilihanraya sebelum ini.

Kali terakhir ialah apabila pilihanraya kecil P036 diadakan pada Mac 2009 setelah penyandangnya Dato Razali Ismail dari Parti Barisan Nasional meninggal dunia.
 
Kemenangan ini adalah kemenangan peribadi bukan kemenangan untuk RAKYAT

Pilihanraya Kecil itu dimenangi pula oleh PAS melalui wakilnya Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Semasa menerima keputusan itu, ada pengundi begitu bergembira. Mereka solah-olah berpuashati kerana dapat menjatuhkan Barisan Nasional disini. Mereka bertakbir, pasukan bermotor dengan berbaju hijau meraikannya  mengelilingi bandar Kuala Terengganu. Tidak kurang yang sengaja melakukan provokasi, melalui jalan dihadapan rumah calon Barisan Nasional Dato' Wan Ahmad Farid dengan deruman kuat bunyi motosikal masing-masing.

Namun kegembiraan itu rupanya hanya sementara. Selepas 6 bulan, pengundi mula sedar mereka tersilap memilih parti. Ada diantara mereka yang ditemui menyatakan kekesalan kerana memilih PAS. Bagi mereka ternyata PAS tidak mampu memberi apa-apa bantuan kepada rakyat yang memilih parti itu.

Bila menang dia hanya tidur

Memang betul dari pengamatan penulis, wakil rakyat Kuala Terengganu yang juga ADUN Wakaf Mempelam, langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai YB. Malah dikatakan tidak turun menjenguk rakyat.

Pernah berlaku kejadian kebakaran di Kg Wakaf Mempelam, Wakil Rakyat ini langsung tidak datang bertanya khabar. Begitu juga jika ada kematian beliau langsung tak nampak batang hidung.
Sebenarnya keadaan ini bukan saja berlaku di Wakaf Mempelam tetapi juga berlaku di 2 DUN lagi yang dimenangi PAS iaitu Batu Buruk dan Ladang.
Kini pilihanraya datang lagi, barulah mereka yang bergelar wakil rakyat dari PAS muncul entah dari gua mana, menunjukkan diri. Mereka mula memberi senyum kepada rakyat. Wahid endut dilihat berada di suatu tempat untuk berbincang tentang Pangsapuri Ladang Gemilang. Dia juga dilihat hadir berceramah di Kg Wakaf Mempelam.

Namun rakyat sudah muak melihat perilaku mereka yang hanya berlakon sempurna ketika musim pilihanraya. Rakyat tak ingin ditipu lagi. Buktinya kini berkibaran bendera Barisan Nasional diseluruh Kuala Terengganu. Mengalahkan bendera PAS. Anak muda telah mula keluar dengan bersemangat memasang bendera Barisan. Ada dikalangan mereka pada tahun 2009 membantu PAS memasang bendera bulan tapi kali ini mereka bersama Barisan Nasional.

Begitu juga program-program Salam Sayang anjuran wanita, ramai muslimah PAS (Boleh dikatakan bekas muslimah) hadir disetiap program di seluruh parlimen ini.

Angin yakin sepenuh hati dengan komitment pemimpin Barisan Nasional selama bertahun membantu rakyat tanpa jemu, rakyat akan membalas jasa mereka dengan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini.    

Apalagi bila Angin terbaca komen penulis di dalam Sinar Harian yang mengatakan bahawa gelombang biru melanda dun ladang iaitu salah satu dun dalam parlimen Kuala Terengganu. Bagi Angin bukan sahaja Ladang tetapi seluruh PARLIMEN KUALA TERENGGANU AKAN DIMENANGI BARISAN NASIONAL dalam PRU13 nanti. 
Insyaallah...  


   

SUBHANALLAH!!!! MASJID JERTEH TERENGGANU TIDAK DITENGGELAMI BANJIR

Salam buat semua..



Allah Maha Kaya..Subhanallah..Rumah Allah selamat dari d masuki air..Masjid Bandar Jerteh, Terengganu. Terima Kasih kepada pengirim gambar ini yang ingin d kenali sebagai Abe Zie sahaja.

Kepada Nik Aziz..mulut kena jaga..mung celupar..Allah turun bala dan orang tak bersalah pun terkena bala juga..baca gak hadis dan wahyu Allah tu...mung nak aakj tolong tulis sini ke atau mung nak belek kitab semula ?

Jangan jadikan diri kita bahan kejian..bahan mengundang rasa benci manusia..bahan ejekan dan bahan fitnah !!
 
Baca seterusnya di SINI

Tuesday, 26 February 2013

FUH!! WANITA PUNGGUNG PALING BESAR DIDUNIA



.

Los Angeles: Mikel Ruffinelli tidak segan mempamerkan pinggulnya, yang terbesar di dunia dengan ukur lilit lebih 244 sentimeter.Dalam keadaan sedemikian, ibu empat anak itu terpaksa bergelut untuk memasuki pintu dan memerlukan dua tempat duduk ketika menaiki pesawat.

Mikel, 39, yang seberat 190 kilogram (kg) terpaksa memandu trak kerana tidak muat untuk masuk ke dalam kereta. Dia juga memerlukan sebuah kerusi yang kuat untuk duduk dan berehat di dalam rumah.

Bagaimanapun, wanita itu yang hanya mempunyai berat 63kg ketika berusia belasan tahun, bangga dengan bentuk tubuhnya. Dia tidak mempunyai rancangan untuk menurunkan berat badan meskipun sering diejek.

“Ke mana saja saya pergi, pinggul saya akan menjadi tumpuan. Ada yang mengejek dan ada yang memuji. Apabila saya berjalan di jalan raya, saya boleh mendengar bunyi klik kamera telefon dan orang akan mentertawakan saya.

“Saya pernah terdengar orang sekeliling berkata, ‘Tengok pinggulnya yang besar.’Ada orang menyangka saya menjalani pembedahan untuk membesarkan pinggul saya. Tetapi, ia sebenarnya asli. Mungkin ia kesan daripada mempunyai empat anak. Tetapi keluarga saya memang berpinggul besar,” kata wanita itu.

Mikel bersaiz normal seperti kanak-kanak biasa ketika remaja. Malah ketika berusia awal 20-an, berat badannya hanya 82kg.Tetapi, pada usia 22, beratnya bertambah 25kg selepas melahirkan anak pertama, Andrew, yang kini 18. Selepas anak kedua, Destynee, 13, Autumn, lapan dan Justyce, tujuh, dilahirkan, beratnya meningkat mendadak dan pinggulnya terus membesar.

Meskipun dengan bentuk tubuhnya, Mikel hanya setinggi 195 sentimeter dan lilit pinggangnya pula 102 sentimeter.Mikel dari Los Angeles mengaku berdepan dengan kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian akibat saiznya itu.

“Saya perlu membeli tiket untuk dua tempat duduk setiap kali menaiki pesawat atau kereta api kerana tak muat.Ia sudah tentu mahal. Saya sanggup memandu trak daripada menaiki pengangkutan awam kerana ia cukup besar untuk saya.

Untuk berjalan menerusi ruang yang sempit juga menjadi masalah utama. Saya juga terpaksa mengiring untuk memasuki pintu masuk. Saya tidak boleh menutup pintu bilik air kerana pinggul saya tersekat.Pernah berlaku satu kejadian di mana saya tersepit dalam bilik air dan tidak berdaya untuk keluar,” katanya.

Namun, wanita itu masih dapat menyertai kegiatan keluarga seperti rutin untuk menyihatkan tubuh di rumah dan bersiar-siar di taman atau tepi pantai. “Mencari pakaian yang sesuai untuk bahagian bawah tubuh menjadi satu cabaran. Saya juga terpaksa menempah khas semua pakaian dalam saya waktu ini,” katanya. - Daily Mail

ANWAR SUDAH TIDAK RELEVAN - HASSAN ALI



Isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat ditakdirkan menawan Putrajaya terus dibincang. Nada perbincangan kelihatan semakin hangat dan goyah. Rakyat yang tidak menyokong Pakatan Rakyat pun turut memberi perhatian kepada isu yang masih belum ada penyelesaian yang melibatkan jawatan nombor satu itu.Rata-ratanya rakyat samada penyokong Pakatan atau penyokong BN ataupun mereka yang berada di atas pagar dilihat memberi perhatian istimewa kepada isu ini kerana yang terlibat ialah manusia yang namanya Anwar Ibrahim.

Sebut sahaja Anwar Ibrahim berbagai imej akan terpancar dan hampir semuanya menjurus kepada negatif untuk dirinya, negatif untuk Pakatan dan malapetaka untuk Negara. Tiada siapa yang memiliki akal yang siuman dapat menerima seorang Perdana Menteri dengan imej yang berpecah-pecah dan sehingga kini dari dirinya sendiri, dari partinya dan daripada Pakatan sendiri belum kelihatan ada usaha membersihkan arang yang tercalar di sana sini pada muka Anwar Ibrahim.

 Kebanyakan kita bersetuju bahawa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan latar belakang sosio budaya yang beranika dan kekuatan tatasusila masih ampuh dalam kehidupan sebahagian rakyat, maka mana-mana individu yang tidak dapat memenuhi prasyarat-prasyarat ini sudah tentu tidak diberi ruang dan tempat oleh majoriti rakyat negara ini. Rakyat Malaysia boleh memilih dengan menggunakan kriteria masing-masing seorang Perdana Menteri yang benar-benar menjadi kebanggaan bukan sahaja di kalangan Melayu Islam, dikalangan orang Cina orang India dan suku kaum

 Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Bahkan dengan sistem demokrasi yang diamalkan, siapa sahaja yang mempunyai kelayakan boleh bersama-sama menentukan bakal Perdana Menteri melalui undi yang mereka berikan.Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kelmarin terdapat usaha untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai penyandang jawatan Perdana Menteri. Pimpinan utama DAP dan PKR cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan endorsement untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tetapi atas respons yang seolah-olah kaku daripada perwakilan di tambah pula dengan posisi PAS terhadap isu ini yang sudah diketahui lebih awal maka percubaan “memasarkan” Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri gagal sama sekali.Pada masa yang sama PAS kelihatan tidak terpanggil untuk membincangkan soal tersebut lantaran PAS melalui Majlis Syura Ulama dikatakan telah membuat keputusan tidak bersetuju menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri. Rasional PAS mudah ditelah.

Sebagai sebuah parti Islam sudah tentu Anwar Ibrahim gagal memenuhi prasyarat parti Islam itu untuk melayakkannya menjadi Perdana Menteri.Kalau kita semak ke belakang sejarah melantik Perdana Menteri diperingkat awalnya hampir tidak menghadapi masalah. Tidak ada gelombang, tidak ada ribut dan tidak kelihatan tanda-tanda wujudnya gelora. Apa yang disaksikan hari ini berbeza sekali.

Rakyat daripada berbagai kedudukan dan latarbelakang telah mara ke hadapan menyatakan pendirian mereka berhubung dengan siapa yang sepatutnya duduk di kerusi Perdana Menteri seandainya Pakatan menawan Putrajaya. Tinjauan yang telah dibuat sekian lamanya di seluruh negara menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim bukan calonnya. Anwar Ibrahim tidak layak.

Anwar Ibrahim akan menimbulkan aib di mata dunia dan pemilihan Anwar Ibrahim akan dilihat sebagai kebaculan rakyat Negara ini memilih seorang manusia yang dari segi moral mengamalkan prinsip membujur lalu melintah patah. Dari segi agama pula fahaman pluralisme agama dan Islam liberal kini dipenuhi dengan tanda soal yang beliau sendiri pun tidak mampu menghujah balik kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Indikasi penolakan terhadap Anwar Ibrahim menjadi semakin menyeluruh.

Ulasan-ulasan, pandangan-pandangan, observasi-observasi dan kajian-kajian yang dibuat oleh para intelektual samada yang mewakili NGO-NGO Islam yang terkemuka telah menambahyakinkan rakyat bahawa tidak ada gunanya mana-mana pihak termasuk DAP dan PKR menghabiskan masa memberikan berbagai alasan untuk terus menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

 Apapun yang hendak dilakukan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu Islam tidak mempunyai apa-apa hujah lagi bila neraca moral dan agama digunakan untuk dijadikan kriteria asas menentukan siapa Perdana Menteri. PAS kelihatan seolah-olah baru sedar bahawa dari lamunan mereka majoriti orang Melayu yang bakal menjadi pengundi mereka menolak Anwar Ibrahim.

Seingat saya, sewaktu saya didalam PAS, saya adalah di antara pimpinan Pas yang dari awal-awal lagi mencadangkan supaya Perdana Menteri Malaysia mesti datang daripada jalur kepimpinan PAS. Bahkan saya telah menamakan Presiden PAS Ust Hadi Awang sebagai calon yang paling layak jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Dengan tidak perlu memanjang hujah, letakkan dua gambar insan ini dihadapan kita. Kita yakin secara naluri dan ditambah dengan bisikan dhamir yang cintakan kebenaran, gambar Anwar Ibrahim akan menjadi malap dan terus gelap.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian supaya rakyat Melayu Islam tidak kelihatan begitu naïve terhadap apa yang berlaku dalam isu Perdana Menteri Pakatan itu. Di satu sudut ada sedikit kelegaan di hati kalangan ahli dan penyokong PAS bila Parti islam itu dilihat menolak Anwar Ibrahim. Penolakan terhadap Anwar Ibrahim seperti yang disebutkan sebelum ini timbul dengan agak tiba-tiba setelah buat sekian lamanya pimpinan tertinggi PAS menyebut melalui lidah mereka sendiri nama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Perubahan yang agak drastik seperti ini perlu dilihat dari kaca mata yang lebih berhati-hati. Dikhuatiri keputusan PAS walaupun tidak menyebut Anwar Ibrahim tetapi sehingga ke hari Konvensyen semalam PAS masih tidak menyebutkan siapakah di antara pemimpin PAS yang layak menyandang jawatan itu.Saya menjangkakan tindakan PAS tidak menamakan sesiapa adalah merupakan satu taktik untuk meraih semula sokongan ahli, penyokong dan masyarakat Islam terhadap PAS dalam PRU ke 13.

Ditakdirkan semuanya berjalan seperti yang distrategikan, PAS akan mengolah semula keputusan parti mengenai calon Perdana Menteri. Saya tidak terperanjat kalau nama Anwar Ibrahim ditimbulkan semula oleh PAS untuk menjadi Perdana Menteri sebagai salah satu daripada percaturan politik terutama dalam situasi dimana PAS memenangi jumlah kerusi yang paling kecil dalam Pakatan Rakyat tersebut. Saya juga berkeyakinan DAP dan PKR akan terus meremehkan dan memperkecilkan PAS seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini. Keputusan pilihanraya yang tidak memihak kepada PAS akan menjadikan Parti Islam itu tidak lebih seperti melukut ditepi gantang sekadar untuk mencukupkan korum sahaja.

 Akhirnya, isu mengenai Perdana Menteri Pakatan Rakyat sepatutnya tidak perlu dipanjangkan lagi. Tidak ada logiknya mengulang-ulang hujah yang sama terhadap manusia yang sama yang sebahagian besar daripada rekod kewibawaannya telah diketahui di seantero dunia. Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam konteks kepimpinan politik negara. Beliau juga tidak relevan dari segi membincangkan isu politik semasa terutama PRU ke 13.

Rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dan rakyat juga tidak mampu lagi menanggung aib disebabkan masalah moral yang bertimpa-timpa tanpa berkesudahan. Apa yang berlaku kepada dirinya akan dipalitkan kepada majoriti penduduk negara ini yang terdiri daripada penduduk Melayu Islam.Rakyat Malaysia sudah dewasa. Rakyat Malaysia sudah matang dan rakyat Malaysia tidak perlu disogok ke telinga mereka setiap waktu dan masa mengenai Anwar Ibrahim.

Rakyat Malaysia lebih prihatin dan cenderung untuk melihat gambar yang lebih besar tentang kerukunan dan kesejahteraan hidup bersama ahli keluarga dan masyarakat sekitar. Mereka tidak mahu dan serik dilibatkan dengan cerita-cerita yang memualkan. Inilah masanya rakyat perlu bangkit menolak Pakatan Rakyat. Bukti Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu begitu terang dan jelas dihadapan kita terutama dalam konteks siapa bakal menjadi Perdana Menteri.

Kalau isu asas melantik Perdana Menteri tidak selesai, apa isu yang boleh diselesaikan oleh Pakatan Rakyat yang dikatakan akan menjadi peneraju di Putrajaya nanti. Rakyat tidak sepatutnya memperjudikan masa depan negara dengan mengizinkan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Seandainya kita lakukan juga, ertinya kita redha melihat anak bangsa kita menerima bahana daripada ketidakprihatinan kita itu.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI MalaysiaTTDI,
KL26 Februari 2013

TIADA HUDUD DALAM MANIFESTO: BUKTI PAS BOHONG


Salam buat semua...


Sudah bertahun PAS berjuang untuk menjalankan undang-undang hudud di Malaysia. Hudud adalah modal utama PAS sekian lama. Haji Hadi, pernah mengeluarkan amanat agar menolak Barsan Nasional kerana mengekalkan undang-undang inggeris. Amanat yang mengakibatkan berlaku pertumpahan darah di Memali.

Namun apabila memerintah Terengganu pada tahun 1999 - 2004, PAS tidak melaksanakan undang-undang tersebut dan menuding jari kepada Barisan Nasional yang kononnya tidak membenarkan undang-undang tersebut dijalankan.

Walaupun pernah ditanya mengapa tidak melaksanakannya, Hadi menyebut bahawa Hudud hanya 0.00001% kepentingannya.

Tak mengapalah...

Pembangkang menyatakan bahawa peluang mereka memerintah Malaysia telah tiba dalam PRU13 yang semakin hampir ini. Inilah peluang PAS untuk melaksanakan hudud sekiranya Pakatan Rakyat menang. PAS telah ada kuasa ketika itu. Boleh buat apa saja yang diperjuangkan.

Namun belumpun menang, PAS sudah membuktikan bahawa mereka sebenarnya berbohong. Manifesto Pakatan Rakyat semalam langsung tidak menyebut tentang hudud. Bertahun mereka berjuang, akhirnya mereka gagal melaksanakannya walaupun jika mereka menang.

Pembohongan PAS bertahun lamanya kini terserlah. PAS sebenarnya tidak berjuang untuk melaksanakannya. Mereka hanya menggunakan Hudud untuk menarik pengundi dan pastinya boleh menjadikan mereka bergelar Yang Berhormat. Banyak untungnya bila jadi Yang Berhormat. Mereka bukan berjuang untuk ISLAm tetapi sekadar untuk kepentingan mereka sendiri.        

Angin berharap penyokong yang selama ini terlalu taksub dapat melihat pembohongan yang begitu lama ini. Bukalah minda dan hati untuk melihat kebenarannya.

DICEKIK KERANA KELUAR PAS : AJARAN SIAPA??

 Salam buat semua....



Apabila kita kata penyokong PAS ni samseng dia tak mengaku. Tapi itulah realitinya apabila beberapa orang bekas ahli PAS yang keluar parti dan menjadi ahli UMNO telah diugut. 

Kisah ini berlaku semalam di Bukit Cempedak, Jerong. Di kampung tersebut lebih kurang 81 orang telah keluar parti PAS dan menjadi ahli UMNO sehingga membolehkan satu cawangan baru UMNO ditubuhkan iaitu UMNO Cawangan Bukit Cempedak.
Ikuti petikan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Bertarikh 25.2.2013 jam 9.29 malam. Mangsa bernama Ramly bin Abdullah (53 tahun) merupakan ketua kumpulan bekas ahli PAS yang menyertai UMNO menyatakan bahawa ketika dia bersama keluarga berada di rumah telah didatangi empat orang yang dikenali sebagai Di Pok Loh beserta dua orang adiknya yang dikenali dengan nama Lan dan Man serta seorang lagi suspek bernama Mamat bin Musa (penyokong PAS). 

Suspek telah memanggil mangsa keluar dan telah bertindak memarahi mangsa kerana telah keluar dari PAS dan telah menjadi pengerusi penaja penubuhan cawangan UMNO Bukit Cempedak.
Suspek telah bertindak mencekik leher mangsa dan  mengeluarkan kata-kata ugutan untuk membakar rumah dan membunuh mangsa ekoran perselisihan fahaman parti yang berlaku. 

Kejadian disaksikan oleh isteri dan anak-anak pengadu. Kejadian berlaku ekoran 81 orang ahli PAS dari kampung berkenaan telah keluar dari PAS dan menjadi ahli UMNO pada 4.1.13 di kediaman MB Terengganu. Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan ahli PAS yang lain.

Baca lagi di SINI

MANA BALA SOROK DUIT ALTANTUYA YANG DICURI??

Salam buat semua...


PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.

Malah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.

Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?

Dalam pada itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta Altantuya tidak sampai ke tangannya.

Bala tentu masih ingat pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.

Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.

Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya, menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan Razak Baginda.

Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa tragis ini tidak berlaku.

Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya satu nyawa telah melayang.

Kini Bala kembali semula, bukannya untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya demi memenuhi kehendak politik PR.
 Sumber : Yang Dipertua En Sham - Facebook SINI

TAHNIAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERENGGANU


Salam buat semua....

Jika sebelum ini Raja Bahrin menggunaka isu sewa dan hak penduduk kampung Ladang Tok Pelam yang kini tinggal di Pangsapuri Ladang Gemilang 1 sebagai tiket untuk menjadi YB, kini semuanya dah hancur.


Isu itu juga telah diselesaikan  apabila YAB Menteri Besar Terengganu mengumumkan bahawa Pangsapuri Ladang Gemilang 1 akan menjadi milik penghuni selepas tamat tempoh 3 tahun membayar "sewa" seperti perjanjian asal.








Satu Majlis menandatangani perjanjian sewa beli akan diadakan selepas bulan September iaitu bulan terakhir tempoh 3 tahun itu.



Lebih beruntung ialah jumlah sewa yang dibayar setiap bulan sebanyak RM220.00 (bayaran bulanan RM300.00 tolak maintenance RM80.00) akan dikumpul sebagai bayaran pendahuluan kepada perjanjian sewa beli tersebut.



Maka sebagai Kerajaan Rakyat (Janji Ditepati) segala keluh kesah penduduk selama ini terjawab. Memang suatu ketika dahulu MB Terengganu telah memberi jaminan bahawa rumah di pangsapuri itu akan menjadi milik penghuni satu masa nanti tetapi apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab datang menghasut, mereka menjadi keliru dan marah.








Tapi kini semua penduduk menarik nafas lega. Apalagi harga pasaran satu unit Ladang Gemilang 1 ialah RM150,000 tetapi atas keprihatinan kerajaan subsidi yang diberikan ialah RM75,000. Maka rumah yang begitu selesa itu hanya bernilai RM75,000 sahaja.



Mana ada pangsapuri dalam bandar yang tersergam indah sebegitu dijual dengan harga begitu rendah. HANYA KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERENGGANU yang melakukannya demi rakyat.

ALLAH MARAH PADA HAJI HADI????

Salam buat semua...


Baru-baru ini kecoh bila bumbung stadium runtuh kali ke 2. Banyak yang menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Terengganu.

Maka ramailah pencacai-pencacai yang marah... tak kurang yang mencarut di dalam FB dan blog masing-masing.

Kali ini Angin nak tengok jugak orang-orang ni bising tak bila sekolah kat Rusila tu terbakar untuk kali ke dua dalam tempoh tak sampai pun  sebulan..... hurmmmm menjerit dan maki lah nak tengok??


Tidak pun sampai sebulan kebakaran lalu, kini Sekolah Haji Hadi di Rusila,  terbakar lagi kira-kira jam 5 petang ini (Isnin 25 Feb) setelah sebelum ini mengalami kebakaran 8 Februari lalu.

Sewajarnya memberi kesedaran kepada Haji Hadi dan pimpinan Pas supaya insaf jangan terlalu memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik diri dan parti Pas.

Bayangkanlah dalam keadaan hujan lebat di hari ini, kebakaran boleh berlaku di Sekolah Haji Hadi itu,,,,sesuatu pertunjuk  kepada yang benar-benar beriman, supaya menyedari akan peringatan Allah.

Pihak bomba telah berhempas-pulas memadamkan kebakaran tadi bagi mengelak dari terus merebak.

Kebakaran didapati berlaku pada bahagian dinding dan atap dalam keadaan hujan.

Sebelum ini Haji Hadi pernah mempertahankan kalimah Allah boleh digunakan oleh golongan Kristian, bertentangan sama sekali dengan keputusan para mufti, bahkan Majlis Syura Ulamak Pas juga tidak bersetuju dengan pendirian Haji Hadi itu.

Dalam kebakaran pertama, lambang salib tiba-tiba muncul pada tiang yang terbakar itu.

Sebelum ini Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut juga mengalami kebakaran.

Semua ini seharusnya membawa keinsafan dan direnungi oleh pemimpin dan pengikut Pas kerana setiap apa yang berlaku perlu dijadikan pengajaran dan untuk direnungi.

Baca seterusnya di SINI

PANAS MEMBARA!!! :MANGSA PENIPUAN PAS MERAYU??


Salam buat semua...


Berikut adalah cerita sedih mangsa penipuan PAS. 




Beliau masih ingatkan kata-kata Menteri Besar ketika itu, Haji Hadi bahawa itu adalah tanah untuk generasi kedua.


“Saya nak balik duit saya tu, dapat balik semula duit tak apa dah, walaupun tak dapat tanah,” katanya dengan nada sedih.


Katanya, beliau orang susah, suami bekerja sendiri dengan pendapatan tidak seberapa, terpaksa pinjam duit orang untuk jelaskan bayaran itu dengan harapan mendapat tanah

Seorang lagi surirumah, Puan Zuraini berkata, beliau amat berharap duit itu dapat dipulangkan semua. “Saya datang ke sini, ke balai polis ini untuk meminta siasatan dibuat ke atas duit kami yang hilang begitu sahaja,” katanya yang sewaktu memohon dulu baru berusia 25 tahun.

Baca selanjutnya di Terengganu Today

Monday, 25 February 2013

WAN MUTALIB DAN TOKEY ANZ, DI MANA MEREKA???






Setelah mengaut kekayaan melalui projek perumahan di zaman Pas menjadi kerajaan di Terengganu, kini kedua-dua orang ini sepi menghilang.Bendahari Pas Kuala Terengganu Zainuddin Abu Bakar yang dilantik oleh Ketuanya, Dato’ Wan Mutalib Embong waktu itu, yang juga Exco Kerajaan Terengganu menubuhkan beberapa syarikat, termasuk Pembinaan ANZ Sdn.Bnd yang telah membolot kesemua 10 projek perumahan kerajaan negeri waktu itu.

Wan Mutalib adalah Exco Kerajaan Tempatan dan Perkhidmatan Awam Negeri juga Pengerusi GPQ anak syarikat SEDC yang menjalankan projek perumahan.Antara projek yang diberikan kepada ANZ ini ialah:-Taman Maidam Tok Jembal- Projek Perumahan Milik Maidam. Taman Maida mini mengandungi rumah kedai dua tingkat bernilai waktu itu RM198, 000 hingga RM213, 000 seunit.

Juga rumah teres setingkat. Tapak ini asalnya untuk tujuan pembinaan masjid tetapi akhirnya diberikan kepada Bendahari Pas.Perumahan Bukit Bayas Indah- Ia adalah projek milik Tabung Warisan Negeri (sebahagian wang minyak yang disimpan oleh kerajaan BN melalui tabung ini). Tetapi projek ini akhirnya bila Pas berkuasa diberikan kepada ANZ Bendahari Pas itu.

Mengandungi rumah banglo setingkat dan kembar setingkat. Orang Cina juga dibenarkan membeli rumah yang dibangunkan ANZ ini bagi menambah keuntungan dengan harga yang lebih.

Selain dari itu semua projek Rumah Awam yang anak syarikat SEDC iaitu GPQ menjadi pemborongnya diserahkan kepada ANZ untuk menjalankannya. Memang mudahlah diberikan kepada Bendahari sendiri, sebab Wan Mutalib adalah Pengerusi GPQ.Wan Mutalib dikatakan juga ada saham dan kepentingan dalam syarikat milik anak buahnya itu.

Projek-projek perumahan lain yang diberikan kepada ANZ ialah. Sungai Kerak, Durian Guling, Banggol Peradong dan Gong Pasir Dungun.Semua projek perumahan kerajaan negeri waktu itu diberikan kepada Bendahari Pas itu.

Pegawai kerajaan tidak berani berbuat apa apa sebab Wan Mutalib sendiri menjaga hal ehwal perkhidmatan awam negeri, mengambil alih peranan Setiausaha Kerajaan, misalnya dari segi pertukaran,disiplin dan sebagainya. Jadi semua pegawai dan kakitangan awam negeri amat takut kepada Wan Mutalib.

Sekalipun Wan Mutalib guna kuasa untuk kroni dan pelbagai untuk diri sendiri, malah melantik syarikat guaman miliknya sendiri Wan Mutalib and Co sebagai guaman rasmi beberapa agensi kerajaan, semua tidak berani bantah.Sekarang, setelah mengaut kekayaan dan menjadi jutawan, Zainudin dan Wan Mutalib sudah tidak kedengaran dalam ceramah ceramah Pas. Ke mana perginya mereka.

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT DIBAYANGI DAP???

Salam buat semua...

Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru.

Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :a. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS.

Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”

.b. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

c. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.

Baca seterusnya di SINI

VIDEO NIK AZIZ PATUT IKUT CARA BN BAGI BR1M??

Salam buat semua...


Ketika ini masih panas kisah Nik Aziz yang mengatakan penerima BR1M macam ayam dan lembu.  Penjelasan Ustaz Fathul Bari ini, diharap dapat memberi penjelasan tentang isu ini.

Apa yang membuatkan Angin tertanya mengapa seorang Tok Guru yang dikatakan banyak ilmu boleh mengeluarkan kata-kata menghina sebegini.

"Haram menyamakan orang yang menerima hadiah seperti haiwan" begitu kata Ustaz Fathul Bari.

Jadi marilah sama-sama kita fikirkan  jenis apa sebenarnya hati Tok Guru ini. Seorang tok guru yang mengkritik  dengan cara TIDAK ISLAMIK dan mengkritik untuk kepentingan politik semata-mata.

Menurut Ustaz Fathul Bari lagi PAS patut ikut cara Kerajaan Barisan Nasional yang suka memberi hadiah kepada rakyatnya kerana Kerajaan PAS Kelantan juga bukan tak ada duit untuk berbuat sedemikian.


 



PANAS BERAPI!!!! JANDA DEDAH SMS LENDIR PEMIMPIN PAKATAN HARAM PART 2


Jadi BUBOQ Takpa Boleh Makan Lagi.. Jangan Jadi Mangsa PenJUBOQ dah la!
"Dia habaq (beritahu) kat saya tak tunjuk kat sapa-sapa...esok tu kawan saya telepon mai habaq gambaq saya dok ada dalam handphone member dia. Saya penah bagi dia (Abg S) sorang saja tengok gambaq saya tu.. saya malu pasaipa dia buat saya macam ni.pi tunjuk habih gambaq saya kat orang buat apa.."

Ha ha ha ha ha.. LENDIRRR... sori kak, salah akak jugak pi bagi kat dia gambaq akak pasaipa. Ha ha ha ha ha. Tapi takpalah, WA takmau nak cerita bab salah akak tu. Dan WA
terima kasih jugak la kat akak sebab dah sedar akibat dari perbuatan akak tu. Dan tindakan akak untuk bagitau orang kat luar sana supaya tak terpedaya dengan kera mangkok taik ni memang satu perkara yang betul dan berani.
 
Hi readers, kecoh der WA dengar orang ni salahkan orang tu dan orang tu salahkan orang ni setelah WA letup edisi selak sikit-sikit tentang Pemimpin PKR Utara Yang Kantoi Main Lendir dengan darah dagingnya sendiri di ofis 2 hari lepas. (Rujuk SINI untuk siri 1 dan SINI untuk siri 2).

Mana taknya.. masing-masing berteka teki malah ada yang merasakan macam kenal dengan pemimpin yang WA maksudkan tu. Untuk siri ke-3 seperi yang WA janjikan semalam, kisah Pemimpin Lendir yang dikenali sebagai ABANG 'S'.. di kalangan janda-janda yang dah pernah atau sedang menjadi mangsa kerakusan SEKS dia.



Ini adalah antara SMS yang didedahkan.....


 Sangat menakutkan...


Nak tahu lebih lanjut sila klik di SINI

Ex-YB PAS RAYU AGAR BELIAU TIDAK DILONDEHKAN???



Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat semakin terdesak!
 
Keresahan 1,080 ‘Peserta RTB Bandar Ketengah Jaya’ yang menuntut supaya wang mereka berjumlah kira-kira RM1.4 juta dikembalikan dibalas dengan ungkapan ‘UMNO Fitnah’ serta ugutan saman.

Ungkapan yang disifatkan sebagai ‘jahat kuasa dua’ itu diungkapkan melalui status Facebooknya, Saiful Bahri.
Nasib ahli keluarga peneroka Felda yang mendakwa ditipu itu dibalas dengan ugutan saman, ungkapan UMNO memfitnah serta ajakan untuk berdebat oleh Satiful Bahri.

Salah seorang mangsa penipuan, Adnan Bin Mansor dari Felda Kertih 4, menunjukkan bukti kepada TerengganuToday bahawa dia telah dipersetujui untuk menyertai Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) melalui surat bertarikh 8 Februari 2004.

Dalam surat yang dikeluarkan Pejabat Tanah Dungun itu, Adnan dijemput untuk menghadiri satu majlis undi lot diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya pada pukul 9.00 pagi.

Dalam majlis itu, peneroka Felda terbabit diminta menjelaskan baki bayaran sebanyak RM310 seorang melalui surat pada Februari 2004.

Jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM1,290 dibayar kepada akaun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate sebelum 1 Mac 2004, iaitu tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan PRU ke-11 diadakan pada bulan yang sama.

Berita dan gambar dan bukti selanjutnya di SINI