Salam buat semua...
PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan
sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam
(Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin
Pakatan Rakyat untuk membantu mereka dalam kempen kelak.Isi
kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model
Mongolia, Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak
Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana
Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma, ada habuannya dari PR
sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun
lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan
kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.
Malah setibanya
Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan
penyokong PKR, perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan
bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya
manakala SD kedua pula adalah palsu.
Dua SD yang berbeza isi
kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat
negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti
dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya?
Dalam pada
itu, umum mengetahui salah satu sebab utama yang mendorong Altantuya
tergesa-gesa datang berjumpa dengan Razak Baginda sehingga mencetuskan
pertelingkahan pasangan itu, disebabkan wang ringgit yang diminta
Altantuya tidak sampai ke tangannya.
Bala tentu masih ingat
pertemuannya dengan Razak Baginda di Hotel Malaya sebelum kedatangan
Altantuya ke rumah Razak, di mana dalam pertemuan itu Razak telah
menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada Bala untuk disampaikan kepada
Altantuya.
Di mana wang itu sekarang? Jika ia telah diberi
kepada Altantuya sebagaimana diamanahkan, wanita Mongolia itu pastinya
tidak akan datang ke Malaysia untuk mencari Razak Baginda.
Namun wang itu tidak sampai ke tangan yang sepatutnya kerana Bala telah
bertindak mencuri dan menyoroknya dari pengetahuan Altantuya,
menyebabkan timbul pertelingkahan di antara model Mongolia itu dengan
Razak Baginda.
Rentetan dari situ, disebabkan Azilah dan Sirul
telah silap mentafsir arahan Razak akhirnya membawa kepada kematian
Altantuya. Jika Bala mampu bersikap amanah dan tidak gelap mata tentu
sekali Altantuya tidak datang mengamuk di rumah Razak dan peristiwa
tragis ini tidak berlaku.
Nilai RM50,000 bagi sesetengah kita
rakyat Malaysia mungkin kecil tapi bagi sebahagian besar khalayak ia
cukup lumayan. Disebabkan Bala bertindak mencuri wang tersebut akhirnya
satu nyawa telah melayang.
Kini Bala kembali semula, bukannya
untuk menjernihkan keadaan tapi datang selepas menerima upah wang
ringgit dari PR bagi memutar belitkan kisah sebenar mengenai Altantuya
demi memenuhi kehendak politik PR.
Sumber : Yang Dipertua En Sham - Facebook SINI
No comments:
Post a Comment