Dialah yang menjadi MB ketika PAS memerintah Terenggnu, apa kaitan beliau dengan tanah-tanah ini??
Persidangan
Dewan Undangan Negeri (DUN), terbongkarlah segala yang berlaku semasa
kerajaan yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya
yang pernah berbuat demikian.
Pemimpin Pas bijak dan ada taktik
sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau
badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan
badan itu.
Kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya
sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi
Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan
bayaran premium RM340,000.00 sahaja.
Koinsaf itu ditubuhkan
pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman
waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk
Setiausaha Politik Menteri Besar (SUP Tok Guru) waktu itu, Haji Hussin
Ismail.
Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri
membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih
(RM8,061,200.00).
Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah
syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga
Pengarah syarikat itu Setiausaha Dewan Ulamak Pas Nik Mohd.Zawawi bin
Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu
Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.
Kadar premium lot 1-3 ialah
RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih,
kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa
membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429),
RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium
untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830
Mukim Batu Burok.
Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN
terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil
balik tanah itu untuk kegunaan awam.
Mendedahkan tanah
pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik
Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.
Tanah YANG MENGANDUNGI BALAK HUTAN SIMPAN seluas 10,000 ekar diluluskan
kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya
waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.
Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di
DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan
‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri.
Rupanya
yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri. Pas semakin
terperangkap dengan isu yang diciptakan sendiri. Misalnya bila
membangkitkan tentang isu pembahagian tanah, akhirnya terkena ke atas
batang hidung sendiri.
Penyokong-penyokong mereka diperalatkan
mengadakan demonstrasi di depan Wisma Darul Iman, kononnya membantah
Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang menyeleweng , rampas
tanah dan sebagainya.
Namun begitu, tahukah oleh pengikut
mereka itu, pemimpin mereka sendiri sewaktu berkuasa sebelum ini
terlibat dalam apa yang mereka tuduh kepada Kerajaan BN, termasuk PARA
PEMIMPIN PAS yang mengetuai unit-unit tertentu PAS dalam memorandum yang
diserahkan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.
Kalau
mereka tahu maklumat sebenar, sanggupkan mereka diperalatkan, berdemo
ditengah panas , hatta ada yang sampai bawa anak isteri bersama di atas
dukungan, konon berjuang untuk kebenaran dan agama.
ANGIN: Siakap senohong gelama ikan duri, kalau dah banyak cakap bohong... tak heran kalu lama-lama mencuri.
No comments:
Post a Comment