Monday, 11 February 2013

EDIKA YUSOF : INGATKAH LAGI ANDA KEPADA PELAKON FILEM MARIA MARIANA INI???

Salam buat semua....






Pelakon era 1990-an ini mempunyai sebab untuk berimej botak gara-gara isterinya  Norhidayah Yusri mengalami lumpuh separuh badan akibat menghidapi demam panas.

Edika 45 berkata, dia telah bernazar selagi isterinya tidak pulih daripada penyakit tersebut, dia tidak akan sesekali menyimpan rambut walau ia telah berlanjutan sejak tujuh tahun lalu.


"Isteri saya mengalami lumpuh dari bahagian badan hingga ke bawah selepas melahirkan anak ke dua kami. Akibat penyakit itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan sayalah yang menjaganya selama ini", kata Edika kepada Mstar online.

Pelakon Pelumba Malam dan Maria Mariana itu berkata, nazar itu bukan sesuatu yang membebankan dan dia akan terus berimej sedemikian sehinggalah isterinya pulih.

Ditanya apakah cabaran menjaga isteri yang sakit sejak sekian lama jelas Edika, dia tidak menghadapi masalah besar kerana Norhidayah, 34 masih boleh bergerak menggunakan kerusi roda elektrik kerana paras dadanya ke atas tidak mengalami masalah.

"Kami bahagia bersama anak-anak, Alhamdulillah saya dapat menjaga keluarga saya dengan baik tanpa perlu mengambil pembantu rumah".

Di tanya mengenai perkembangan terbaru selepas meninggalkan dunia seni selama lebih 15 tahun lalu, kata Edika dia banyak melakukan kerja-kerja grafik dan percetakan.

Malah dia juga berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia seni sekiranya terdapat mana-mana tawaran yang bersesuaian dengannya.

"Saya berhasrat untuk berlakon kembali tetapi biarlah watak-watak yang hendak diberikan kepada saya benar-benar mencabar dan tidak retorik seperti anak orang kaya atau lelaki mata keranjang." Katanya.

Selain Pelumba Malam dan Maria Mariana, Edika yang aktif dalam dunia peragaan suatu ketika dahulu pernah membintangi filem Driving School, XX-Ray, Father dan Awas

Sumber: Mynewshub.


No comments:

Post a Comment