Thursday, 21 February 2013

RAJA BAHRIN TARIK DIRI JADI CALON KERANA STADIUM RUNTUH???


Salam buat semua....




Semalam adalah episod "triple duka"  buat Raja Bahrin. 3 isu yang cuba di gempur sebagai modal untuk bergelar Yang Berhormat di Kuala Terengganu akhirnya memakan diri sendiri.

Bermula dengan isu kerangka atap Stadium Sultan Mizan yang runtuh semalam. Pembangkang cuba mengalihkan kesalahan kepada Kerajaan apabila kejadian itu berlaku. Di gembar gemburkan seolah-olah yang runtuh itu adalah atap yang baru dipasang. Padahal yang runtuh adalah kerangka asal yang dicadang dan dilakar oleh syarikat milik Raja Bahrin. Ketika kerja-kerja mencabut saki baki atap di bahagian selatan tiba-tiba kerangka itu terhempas.

Setelah berita itu tersebar, berpusu-pusu menulis dari pihak pembangkang yang meluru kesana. Mana tahu cerita itu boleh di spin supaya kelihatan jahatnya kerajaan BN.

Sememangnya pembangkang akan mengambil peluang untuk berusaha supaya rakyat menyalahkan kerajaan. Hakikatnya ini adalah kecuaian kontraktor yang menjalankan kerja-kerja mencabut kerangka tersebut. 

Dikhabarkan  mereka tidak menyediakan kren yang cukup untuk menampung kerangka tersebut semasa kerja kerja itu dijalankan. 

Nampaknya Raja Bahrin pasti menjadi lebih resah bila isu Pasar Payang pula telah diselesaikan dengan baik antara persatuan peniaga Pasar Payang.

Untuk mengetahui kenapa Angin kata isu Pasar Payang sudah selesai, tunggu jam 12.00 tengahari nanti .

No comments:

Post a Comment