Salam buat semua...
Rakan-rakan artis kepada penyanyi Shila Amzah memberi
sokongan penuh kepada wanita itu agar tabah menghadapi kontroversi
berhubung kisah cintanya dengan aktor Sharnaaz Ahmad yang tidak mendapat
restu keluarga.
Kebanyakan mereka berharap agar Shila atau nama sebenarnya Nur
Shahila Amir Amzah, 23, kuat dalam menempuh fasa kehidupan baru selepas
Sharnaaz membuat kenyataan mahu melupakan terus Shila dalam hidupnya.
Luahan itu disampaikan menerusi Twitter milik Shila pada Rabu selepas penyanyi lagu Patah Seribu
itu dilihat kembali aktif berhubung dengan peminatnya menerusi laman
sosial berkenaan selepas dikatakan menghilangkan diri sebelum ini.
“Kami harap, ‘hanpa’ (kamu) tabah... Sama macam kami,” ujar pelakon
Almy Nadia yang juga terkejut apabila kekasihnya Fizz Fairuz tiba-tiba
bertunang dengan orang lain secara senyap.
Penyanyi Ana Raffali pula memberi pendapat, apabila dia sedih atau
kecewa, muzik memberikan ketenangan kepadanya selain lagu-lagu yang
dapat membantu mengurangkan tekanan perasaan.
“Allah mengetahui kita yang terbaik,” kata Ana.
Selain itu pelakon Zoey Rahman, Jihan (Raja Lawak) dan deejay Era
FM, Adi Fashla turut mendoakan kejayaan Shila selepas penyanyi itu
memuat naik mesej yang antara lain mengatakan mengenai kehidupan barunya
sekarang.
Deejay Hot FM iaitu Faizal Ismail juga turut berharap Shila tidak
terlibat dengan aktiviti negatif selain dia perlu kuatkan semangat.
Sementara itu dalam entri terbaharu Twitter milik Shila, penyanyi itu
bersyukur kerana Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad,
28, pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama ini.
“Walaupun kita tidak boleh bersama-sama pada akhirnya, tetapi saya
bersyukur anda pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya
doakan terbaik untuk kejayaan anda,” kata Shila.
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.
Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac
depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Pada 8 Februari lalu Shila memuat naik rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam YouTube selain dilaporkan hilang oleh bapanya, ND Lala.
Bagaimanapun Shila akhirnya muncul dalam persembahan bersama bintang
Korea iaitu Psy di Pulau pinang pada Isnin lalu tetapi enggan memberi
sebarang kenyataan.
Sharnaaz seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Rabu
pula bertekad untuk melupakan terus Shila dalam hidupnya selain kurang
senang dengan sikap ND Lala yang tidak memberi ruang kepada kekasihnya
itu untuk membuat keputusan dalam hidup.
SUmber : MStar
SUmber : MStar
No comments:
Post a Comment