Sejak terjalin hubungan itu, isteri Mohd
Apandi Abdullah pun bercakap macam orang politik, berbelit-belit dan
selalu mencipta alasan pelik. Bila ditanya alasan untuk keluar, “keluar
jumpa kawan” – itulah jawapan Aida kepada suaminya.
Alasan keluar jumpa kawan itu pernah kantoi
apabila Apandi melihat kereta isterinya (Honda Stream) berada di
kawasan rumah Tengku Hassan di Padang Negara, Kuala Terengganu.
Ketika ditemui krew TT, Apandi menceritakan, “Suatu hari, kalau tak silap hari Selasa, aku lalu dihadapanrumah YB, aku terkejut melihat kereta Aida berada di situ, masa tu pukul 11.00 pagi”
Ditanya TT adakah ketika itu rumah YB
berkenaan ada orang lain, dia menggeleng kepala dan kemudian
memberitahu pagar dan pintu rumah tersebut tertutup rapat dan tidak
ada kenderaan lain di perkarangan rumah pemimpin PAS berkenaan, selain
kereta milik YB tersebut.
Bagi mendapatkan kepastian, Apandi bertanya kepada isterinya, kenapa keretanya berada di rumah wakil rakyat PAS itu.
Aida menjawab, dia meminta YB berkenaan menandatangani satu borang
pinjaman. Aida menjelaskan kepada suaminya bahawa YB suruh dia datang ke
rumah YB sebab cop YB tertinggal di rumah.
Kata Apandi “belum bercerai pun mereka dah berkasih (bercinta) dah….”
Aida juga memberitahu suaminya, ADUN PAS Ladang menawarkan wang
tunai RM200 ribu dan jawatan sebagai Setiausaha kepada Aida sekiranya
Tengku Hassan menjadi Menteri Besar Terengganu kerana pemimpin PAS itu
sedang ‘gila’ dengan jawatan itu.
No comments:
Post a Comment