Tuesday, 19 March 2013
ANWAR ADALAH LIABILITI PADA PAS - HASSAN ALI
SHAH ALAM: Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menasihati kepimpinan Ulama Pas mengambil keputusan tegas untuk Pas meninggalkan Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, Pas boleh berjuang berseorangan atau berganding dengan badan-badan politik dan bukan politik yang lain yang membawa mesej mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu dalam rangka terus membangunkan negara ini.
“Seperti yang diketahui Pas melalui Majlis Syura Ulama tidak menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya PR berkuasa.
“Penolakan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri mungkin pada asasnya adalah berpunca daripada penglibatan beliau secara berterusan dalam beberapa insiden tidak bermoral dan sebahagiannya telah dibawa ke mahkamah dan sudah pun diberikan keputusan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi penyebaran gambar perlakuan intim seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar yang tersebar di internet baru- baru ini. Hasan berkata, masyarakat dan pimpinan komponen parti dalam PR terutama Pas menyuarakan rasa muak terhadap perilaku didakwa Anwar itu.
“Sebahagian anggota masyarakat merasakan setakat ini adalah lebih bijak bagi Anwar menumpukan tindakan membersihkan masalah peribadinya “Penglibatan beliau dalam politik yang terus menerus menggunakan Pas dan DAP serta konco-konconya untuk membolehkan beliau mencapai hasrat menjadi Perdana Menteri tidak dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk diri, keluarga, perjuangan politik beliau dan negara,” katanya.
Malah, katanya, dijangkakan lebih banyak masalah akan timbul sama ada dalam kalangan PR itu sendiri atau rakyat yang menjadi pengundi sekiranya beliau terus aktif memimpin PR. “Beban moral Anwar Ibrahim semakin hari semakin berat untuk dipikul oleh PAS. “Sebelum nasi betul-betul menjadi bubur, eloklah sekiranya Kepimpinan Ulama Pas menimbangkan untuk mengambil satu lagi keputusan tegas untuk parti Islam itu meninggalkan PR,” katanya.
No comments:
Post a Comment