Tuesday, 19 March 2013
BEKAS SETIAUSAHA POLITIK MP AMPANG UGUT DEDAH PERKARA SEBENAR JIKA WAN AZIZAH TERUS CEMBURU DAN GANGGU HIDUPNYA
PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang mengugut untuk mendedahkan perkara sebenar jika Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus menggangu hidupnya. Fareez Kamal Intidzam (gambar) mendakwa, sehingga hari ini beliau serta keluarga masih tidak berhenti diganggu pihak tertentu, yang dipercayainya penyokong parti dan orang suruhan Wan Azizah.
“Jangan perkecilkan kemampuan saya – andai tekanan ini berterusan, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan punca dan sebab cemburunya beliau (Dr Wan Azizah) kepada saya.“Maka sekalian akan sedar betapa hipokrasi dan tinggi obsesi kemahuan mahu berkuasanya beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fareez mendakwa, ancaman yang dihadapinya itu kerana sikap cemburu Dr Wan Azizah hubungannya dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mahu menghukumnya.
Beri amaran
Sehubungan itu beliau mahu gangguan tersebut dihentikan segera kerana enggan dan memberi amaran supaya keluarganya tidak lagi dilibatkan dalam hal ini.
“Maka saya menggesa kepada mereka yang terlibat, yang saya percaya adalah penyokong parti dan kemungkinan orang suruhan Wan Azizah agar hentikan segala gangguan dan ancaman ini dengan segera,” katanya.
Beliau sekali lagi turut mendesak agar Dr Wan Azizah segera meletakkan jawatan daripada terus menerajui parti.“Malah saya yakin, ramai pimpinan dan ahli akar umbi juga sependapat dengan saya.“Namun mereka gentar untuk bersuara kerana sedar kesan akan disisih dan dikecam seperti yang dihadapi saya kini, walaupun mereka sedar ianya adalah kebenaran yang harus parti terima.
Dedah je lah...kalau benar.Buat apa simpan benda busuk...
ReplyDelete