Sekumpulan penjenayah dikesan mencuri dan menyembelih lembu sebelum
meninggalkan organ dalaman termasuk kepala haiwan berkenaan di tepi
jalan menghala Sepang dalam kejadian di Tanah Merah, kelmarin.
Pemilik lembu berkenaan, M Yogeswaran, 28, berkata, dia terkejut
sebaik menyedari dua daripada 12 lembu peliharaannya hilang selepas
meragut rumput kira-kira tiga kilometer dari kandang.
Menurutnya, kebiasaannya semua lembu peliharaannya akan balik ke kandang apabila kekenyangan.
“Bagaimanapun saya terkejut melihat ia tiada di kandang lalu keluar
mencari dan sebaik tiba di tepi jalan menghala Sepang, saya terkejut
melihat usus, perut serta kepala lembu bertaburan di tepi jalan,”
katanya. Menurutnya, seekor lembu jantan yang hilang itu seberat 800
kilogram dan dibeli dua minggu lalu dengan harga RM4,500 manakala seekor
lagi 450 kilogram berharga RM2,500.
“Pagi tadi (semalam) saya turut menemui semula 10 lembu kira-kira 10 kilometer dari tempat ‘penyembelihan’ itu,” katanya. “Sebelum ini hampir 16 lembu saya dicuri. Saya mengesyaki dua lembu itu diberi suntikan pelali sebelum disembelih dan kerja itu dilakukan antara lapan dan 10 orang,” katanya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun mengesahkan menerima laporan kes itu.
No comments:
Post a Comment