“Abah gi (pergi) Sabah... abah dah ninggal (meninggal),” itu
ayat pertama yang keluar dari mulut anak sulung Allahyarham Inspektor
Zulkifli Mamat, Mohamad Akmaruddin, 5, ketika disapa wartawan pada
majlis penyerahan bantuan di Mes Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am,
Briged Utara, Hulu Kinta, Rabu lalu.
Tidak banyak maklumat diperoleh daripada kanak-kanak itu kerana dia
seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedih mengenai pemergian arwah
bapanya.
Ketika ditemui, Mohamad Akmaruddin tidak berbeza daripada
kanak-kanak lelaki sebayanya yang aktif dan suka bergurau, malah
wartawan turut diajak bermain dan dipeluknya.
Dia mungkin belum mengerti pemergian insan tersayang dalam hidupnya.
Dia mungkin belum mengerti pemergian insan tersayang dalam hidupnya.
Perbualan singkat dengannya mungkin sedikit sebanyak dapat
memberi gambaran sebenar memori yang sempat dikongsi kanak-kanak itu.
No comments:
Post a Comment