Sunday, 24 March 2013

PANAS !!!! AMANAT HAJI HADI UNTUK ORANG UMNO

Salam buat semua...

PRU13 sudah terlalu hampir.  Selama 2 Rabu berturut-turut gambar YAB Perdana Menteri masuk/keluar mengadap Agong di muat naik ke facebook dan blog.  2 Rabu itu juga berita pembubaran Parlimen dimainkan sehingga pejabat PM terpaksa mengeluarkan kenyataan penafian berita tersebut.

Jentera dan rakyat semakin gelisah menunggu hari pengundian. Bagi pimpinan parti pembangkang, PRU inilah yang menjadi penentu samada ketua mereka Anwar, berjaya atau tidak menawan Putra Jaya. Sekiranya gagal, Anwar mungkin kempunan terus untuk menjawat jawatan tertinggi negara iaitu Perdana Menteri. Mungkin juga karier politik Anwar akan berkubur di sini.

Lalu berbagai cara dan stratergi di atur. Sejarah kali ini, bila Anwar menyaman seorang blogger iaitu Papagomo sebanyak RM100j. Semuanya dibuat untuk kononnya mensucikan dirinya. Tiba2 juga ayahanda Saiful Bukhari yang selama ini membela anak kesayangan tampil membuat penafian atas apa yang berlaku pada anaknya seolah-olah si ayah lah yang kena liwat. Namun Saiful tetap istighomah dengan pendiriannya sebelum ini.

Sebelum itu negara dikejutkan dengan penyerangan pengganas di Lahad Datu, Sabah yang mengakibatkan 10 nyawa pahlawan negara terkorban. Anwar juga dikaitkan dengan peristiwa ini. Apalagi bila video beliau disebar meluas menyanyikan lagu " Tanya Sama Najib" seolah2 beliau telah tahu apa yang bakal berlaku. Apa lagi bila perisikan luar negara dan beberapa akhbar luar juga secara terang mengaitkan beliau dalam hal ini.

Melihat  beberapa senario sebelum ini, Angin  terpaksa mengiakan apa yang diucapkan oleh seorang sahabat bahawa ini kali lah piliharaya yang paling dasyhat. Mungkin akan berlaku tumbuk menumbuk, mungkin jugak lebih dari itu.

Kata sahabat itu lagi, kali ini WAJIB  bagi seluruh jentera BN bekerja sehabis baik  demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara. Malah katanya kali ini, semua orang islam dinegara ini wajib berJIHAD untuk mempertahankannya.



Jika di Terengganu waktu ini,  sudah cukup meriah dengam bendera samada dari parti Barisan Nasional atau PAS. Seolah2 waktu ini kita sudah berada dalam hari pembubaran. Setiap malam tak kira perempuan, lelaki, tua muda, semuanya turun untuk memasang bendera parti masing2.  Masing2 "cop" tempat ( tanda) untuk meletakkan bendera. Ini adalah salah satu propaganda yang perlu kerana ini menunjukkan kekuatan masing2 ditempat itu.

Kata kawan Angin lagi, Amanat Haji Hadi yang dilafazkan pada tahun 1981, sepatutnya terpakai untuk UMNO. Kerana UMNO kena terua mempertahankan agama, nak harapkan PAS, terlalu tidak berpendirian sehingga sanggup membenarkan bukan islam menggunakan kalimah ALLAH. Kerana UMNO juga harus terus menjadikan negara ini maju dan terus maju. UMNO jugalah yang mesti terus mempertahankan bangsa melayu tanpa belakangkan bangsa lain. Semuanya atas UMNO sekarang. Kita belum tahu apa yang mungkin berlaku jika benar Anwar jadi Perdana Menteri. Manalah tahu kalau-kalau makin banyak plak video salah laku yang keluar.Kini terpulang kepada orang Umno samada mahu terus mempertahankan agama, bangsa dan negara ini atau mahu terus tidur lena.

Ada yang mengira-ngira dun itu BN menang, Dun ini PAS  pulak yang menang. Begitulah semangat masing2 membuat andaian. (HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI).

Apa sekali pun, angin doakan Pilihanraya akan datang ini akan berjalan lancar tanpa inseden yang tidak diingini. Semoga ALLAH melindungi negara dan rakyat negara ini..amin....







No comments:

Post a Comment