BUKIT TINGGI: Dakwat kekal yang ditempah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk digunakan buat kali pertama dalam pilihan raya umum akan datang telah tiba di negara ini.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwat yang dihantar sedang disimpan di tempat penyimpanan berhawa dingin untuk memastikan kualitinya.Katanya, kawasan dakwat penyimpanan juga dipantau oleh kamera litar tertutup (cctv)."Dakwat ini yang menjadi sebahagian daripada persiapan akhir kita sedia untuk digunakan dan kita sekarang 90 peratus bersedia secara keseluruhan untuk mengadakan pilihan raya," kata Abdul Aziz kepada pemberita, Sabtu.
No comments:
Post a Comment