Tuesday, 26 March 2013

SEDIH!!!! PELAKON SITI FAZURINA SEMPAT MOHON MAAF DARI IBUNYA....

Siti Fazurina peluk ibu

Siti Fazurina yang dilanda kontroversi perkahwinanya yang dikatakan berkahwin lari tanpa pengetahuan ahli keluarga akhirnya menjelaskan segalanya disatu sidang media yang diadakan sebelum ini.. Jelas Siti Fazurina, dia sedar ibunya berkecil hati dengan tindakkanya berkahwin secara senyap dengan Hykal yang dikenali sejak dua tahun yang lalu..

Siti Fazurina peluk ibu

Namun keputusan Fazurina untuk berkahwin adalah muktamad dan kini mereka sudahpun sah sebagai suami isteri atas dasar rasa cinta dan kasih sayang.. Fazurina berharap keluarganya menerima ketentuan jodoh ini dan merestui perkahwinan mereka..

Siti Fazurina peluk ibu
Bercerita mengenai masaalah yang timbul, Fazurina mengakui yang keluarganya pernah menentang hubungan percintaan mereka berdua dan puncanya biar la menjadi rahsia peribadi kerana masaalah yang timbul bukanya baru berlaku tetapi sudah berlarutan lebih dua tahun lalu… Fazurina juga enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa terutama perasaan ibunya..
Katanya, dia ada memberitahu hasratnya untuk berkahwin kepada ibunya, tetapi ditentang hingga menyebabkannya terpaksa meminta bantuan saudara bagi membantu menguruskan perkahwinan serta menyediakan segala dokumen pernikahan..
Siti Fazurina sidang media
“Saya tidak berkahwin di Thailand dan ia sah disisi agama kerana perkahwinan dilakukan dengan lancar diwalikan bapa saudara di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong, tepat jam 3.40 petang dengan mas kahwin RM2,012 dan hantaran RM30,000.
“Saya mohon isu perkahwinan ini tidak diperbesarkan serta memohon ampun dan maaf dengan apa yang berlaku.. Saya harap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk saya dan suami.”
Siti Fazurina peluk ibu
Apa yang menyayat hati, ketika Fazurina melihat ibunya bergegas keluar dari sidang media tersebut, dia terus berkejar mendapatkan ibunya dan hanya sempat memeluk ibunya beberapa saat sambil meminta ampun sebelum ibunya ditarik oleh adik-beradik yang lain meninggalkan tempat itu.. Siti Fazurina kelihatan tersentak dan menangis apabila ibunya mengikut saudara-maranya pergi meninggalkannya..


No comments:

Post a Comment