TERKINI LAHAD DATU : HAMPIR 15 HARI TIDAK MAKAN, AKHIRNYA PENGGANAS MENYERAH DIRI!!!
Berhubung
statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata seramai 429 individu
telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42
daripadanya telah dibebaskan.
Beliau berkata 42 mayat musuh
telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat
kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua
hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.
Dalam pada
itu, Khalid berkata 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa
masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat
Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda
masing-masing.
Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian
yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah
Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan
dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.
Berhubung seorang
pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu
petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu
setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan
yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.
"Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya
berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan
makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka
telah ditangkap," katanya.
BERNAMA
No comments:
Post a Comment