Tuesday, 5 March 2013
UPDATE : OPERASI LAHAD DATU 0600 - 1200
Terkini Dari Lahad Datu : 12 tgh hari - Setakat ini kematian penceroboh belum disahkan lagi dan tiada kematian dari pihak kita. Alhamdulillah
Terkini Dari Lahad Datu : 11.20 pg - Operasi udara telah dihentikan, Pasukan darat pula ambil alih serangan, doakan pejuang pejuang kita !! Allahuakbar !!
Terkini Dari Lahad Datu : 11.20 pg - Laporan mengesahkan tiada kecederaan atau kematian dari Pihak Malaysia !! Alhamdulillah !!
Terkini Dari Lahad Datu : 10.15 pagi - Bergegar bangunan dan cermin Hotel Felda Residence, di Felda Sahabat 16, di mana tempat wartawan berkumpul akibat letupan berdekatan !! Allahuakbar !!
Terkini Dari Lahad Datu : 10 pagi - Pasukan keselamatan lancar serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping.Suasana di Hospital Lahad Datu pada masa ini agak sibuk apabila ambulans telah bersiap sedia.Lima buah ambulans dilihat bergegas keluar dengan diiringi dua kereta polis.
Terkini Dari Lahad Datu : 9.30 pg - Unit Udara telah mendahului dan menyerang kedudukan Penceroboh di Lahad Datu. Kedengaran lebih daripada 10 letupan berlaku di sana. Allahuakbar !!
Terkini Dari Lahad Datu : 9.00 pg - Kedengaran bunyi pesawat dan letupan kuat di sekitar kampung Tanduo. Keadaan tegang tapi tenang.
Terkini Dari Lahad Datu : Jam 8.06 pagi. Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Doakan keselamatan pejuang pejuang kita
Terkini Dari Lahat Datu : Jam 6.00 pagi, 7 Batalion tentera telah berada di sekitar Sabah. Setakat pagi ini tiada serangan dan pencerobohan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment