Friday, 5 April 2013

CHUA JUI MENG NAK KEMBALI KE MCA??? : SORI BEB!! BN TIDAK AKAN MENERIMA PEMIMPIN PEMBELOT DAN BERKEPENTINGAN DIRI




Barisan Nasional (BN) Bakri akan menolak sama sekali Dr. Chua Jui Meng sekiranya Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu berhasrat kembali ke pangkuan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) ini.

Pengerusinya, Datuk Saipolbahri Suib berkata, walaupun Jui Meng pernah menjadi Ketua Bahagian MCA Bakri selama 22 tahun, BN Bakri tidak mahu menerima pemimpin yang tidak ada harga diri, pembelot dan berjuang untuk kepentingan diri.


"Ini (Jui Meng) adalah penderhaka dan pengkhianat, bila dah 'kenyang' dan senang di bawah BN, dia kata BN tak betul, ini penipu," katanya mengulas spekulasi bahawa Jui Meng bakal kembali ke pangkuan MCA dan BN.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum mempengerusikan mesyuarat khas BN Bahagian Bakri yang turut dihadiri para pemimpin utama komponen BN di Bangunan UMNO Bahagian Bakri di sini hari ini. - 



Sementara itu, Pas Johor tidak bercadang menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perbalahan yang kian serius di antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentang pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).


Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed menganggap perbalahan yang berlaku di antara kedua-dua parti itu yang bernaung di bawah Pakatan Pembangkang adalah kecil dan tidak memerlukan campur tangan pihak ketiga.

"Perbalahan itu (di antara DAP dan PKR Johor) adalah kecil dan tidak serius.


Tiada keperluan untuk PAS Johor menjadi orang tengah kerana kedua-dua mereka boleh menyelesaikannya sesama sendiri," katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau juga berkeyakinan perbalahan di antara DAP dan PKR Johor itu tidak akan menjejaskan persiapan dan kerjasama pembangkang dalam menghadapi PRU-13 di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.


Mahfodz yang juga Timbalan Ketua Majlis Syura Pas berkata, PKR dan DAP telah menjalin kerjasama sejak sekian lama dan ia akan berterusan untuk jangka masa panjang serta tidak tergugat berikutan timbulnya isu-isu kecil.


Selain berebutkan kerusi panas Parlimen Gelang Patah, PKR Johor dan DAP juga terlibat di dalam perang mulut berkenaan calon parti pembangkang mana yang berhak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.


PKR Johor dan DAP telah menamakan calon masing-masing bagi kerusi DUN Johor Jaya, manakala bagi Parlimen Gelang Patah pula, pakatan pembangkang memutuskan untuk meletakkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon mereka.


Tindakan pakatan pembangkang menamakan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah telah menyebabkan Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng kecewa dan mengambil 'cuti panjang' daripada aktiviti parti.


Kedua-dua parti itu turut bertelagah tentang calon di kerusi Parlimen Segamat dan DUN Tangkak, sambil pucuk pimpinan PKR Johor memberi amaran mereka tidak akan berkompromi lagi dalam isu pembahagian kerusi.


Sementara itu Mahfodz berkata, PAS Johor akan meletakkan calonnya di lapan kerusi Parlimen dan mungkin 29 atau 30 kerusi DUN pada PRU-13 tidak lama lagi.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang di mana Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan bertanding, walaupun terdapat laporan sebelum ini mengatakan pemimpin Pas itu akan bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya.

No comments:

Post a Comment