Monday, 8 April 2013

GEMPAR!!!! ISLAM PAS AJAR MENIPU???




Lihat perbezaan Tabung Wira Lahad Datu yang diwujudkan oleh dua pihak berlainan seperti di atas. Satu akaun diwujudkan oleh parti PAS yang mana apabila wang berkenaan hendak didepositkan ke Mesin Deposit Tunai, nama akaun yang keluar bukanlah 'Tabung Perajurit Lahad Datu' seperti yang diiklankan, sebaliknya tertera nama 'Parti Islam Se Malaysia'!

A
kaun 'Tabung Wira Lahad Datu' adalah akaun yang benar-benar telus. Nama tabung seperti diiklankan adalah sama dengan nama tabung yang dibuka di bank. Berbanding dengan kutipan yang dijalankan oleh pihak Media Prima yang mewujudkan satu akaun khas atas nama 'Tabung Wira Lahad Datu', PAS tidak mengarahkan pihak bank untuk mewujudkan satu akaun khas atau akaun asing dari akaun induk parti berkenaan.

Persoalan kepada pimpinan PAS, jika ada wang sumbangan yang disalurkan melalui tabung derma Lahad Datu untuk perajurit Negara, bagaimana Bendahari PAS hendak mengenal pasti wang itu adalah wang sumbangan untuk Tabung Lahad Datu dengan Tabung PAS semasa? Sehingga hari ini PAS tidak pernah mengumumkan jumlah hasil kutipan wang tabung berkenaan, berbanding dengan pihak Media Prima yang mengumumkan kutipan Tabung Wira Lahad Datu kini hampir berjumlah RM4 Juta.

sumber : FB Anak Muda Bendi Pakatan Rakyat

No comments:

Post a Comment