Kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat kebelakangan ini disifatkan telah terpesong daripada
ajaran Islam sebenar.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd.
Shukor Husin berkata, apa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz itu tiada
dalam ajaran Islam.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya umat
Islam supaya tidak berpegang kepada pandangan yang dikeluarkan Menteri
Besar Kelantan itu.
"Jangan percaya kepada pandangan beliau kerana hanya Allah SWT sahaja
yang berhak menentukan amalan serta apa yang ada di dalam hati
hamba-hambaNya.
"Pandangan-pandangan seperti ini hanya akan memecahkan perpaduan dan
mendatangkan permusuhan dalam kalangan umat Islam," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abd. Shukor berkata, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menilai pahala solat, amal ibadat serta kebaikan seseorang.
Menurutnya, hanya Allah SWT sahaja yang berhak menilai amalan kebaikan yang dilakukan umat Islam di muka bumi ini.
"Tidak perlu kita melakukan muzakarah dan mengkajinya kerana Majlis
Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sesiapa
boleh menilai amalan, ibadat dan menuduh seseorang itu kafir, melainkan
Allah SWT," katanya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa
Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah dan mengkaji kenyataan kontroversi
Nik Abdul Aziz kebelakangan ini seperti mendakwa solat orang UMNO tidak
mendapat pahala dan pembinaan masjid oleh kerajaan hanyalah untuk tujuan
mendapat kontrak.
Tambah Abd. Shukor, sebuah parti politik juga tidak mempunyai hak untuk menentukan seseorang itu masuk syurga atau tidak.
Katanya, tidak kira daripada parti politik mana, tugas menentukan
pahala seseorang untuk memasuki syurga adalah hak mutlak Allah SWT.
"Kita manusia di muka bumi ini sama sahaja, tiada siapa yang maksum.
Nabi Muhammad SAW sendiri tidak berani mengatakan seseorang itu masuk
syurga atau tidak," ujarnya. - utusan online
Nik Ajis dah memang sesat, nyanyuk dan keterlaluan...Dia sendiri yg menghina Nabi sedangkan UMNO tidak pernah sekali-kali menyebut atau membandingkan nabi pada sesiapa dan apa-apa kejadian. Nik Ajis menghina Nabi bila katanya Nabi hanya mamat biasa yang dilahirkan dan tak perlu sambut Maulidur Rasul sedangkan beliau sendiri sanggup sambut hari jadi beliau di penang dengan Karpal Sinki. Nik Ajis busuk hati dan hati hitam penuh dengan dendam terhadap UMNO yang satu-satunya memperjuangkan Melayu dan ugama Islam. Nik Ajis sebenarnya iblis yang bertopengkan maknusia.
ReplyDelete