MASAM!!!! itu sahaja perkataan yang boleh diungkapkan dengan keadaan di Parlimen Kuala Terengganu.
Semua orang mungkin masih berduka kerana kekalahan dalam PRU13 yang lalu. Kekalahan yang wajib diterima walaupun hampir 5 tahun menghambakan diri untuk kepentingan rakyat.
Apa yang Angin ingin sampaikan adalah keluhan seorang jentera Barisan Nasional yang Angin temui.
"Menang kalah bukan kuasa kita, namun kita sudah berusaha sedaya mungkin", kata Pak Ghani (bukan nama sebenar). Beliau menyatakan kekesalan kerana selepas hampir 2 minggu pilihanraya berlalu, tiada seorang bekas calon pun yang dia nampak batang hidung.
"Walaupun kalah, apa salahnya datang jumpa.. salam....ucap terima kasih... bukan kita nak kalah kalah ni..... tapi nak nuat macam mana... dah ketentuanNya begitu... terima sahaja lah... jangan terus tinggal kita yang bekerja bagai nak mampus ni". Begitu kecewa Pak Ghani dengan situasi sekarang.
Angin rasa ada benarnya kata Pak Ghani, mungkin Pak Ghani sendiri merasa kecewa dengan keputusan rakyat tempoh hari. Namun Pak Ghani tetap sayangkan Barisan Nasional.
Bagi Pak Ghani, orang yang menjadi calon hari tu kena lebih bersikap terbuka dan menerima kekalahan seadaanya. Mereka bukan orang yang tidak berjawatan dalam parti. Malah ada antara mereka diangkat sebagai Ketua UMNO bahagian.
"apa salah kalau jemput semua jentera yang bertugas... buat makan-makan sikit tanda ucapan terima kasih atas kerja keras kami semua, ni tidak.... mentang-mentang kalah terus menghilangkan diri, orang PAS sudah mula buat kerja untuk PRU akan datang, walaupun masih jauh mereka tetap bekerja tapi orang UMNO terus "nusuk" bawah karpet"
Ketika Angin tanya Pak Ghani bertugas sebagai apa masa pilihanraya baru-baru ini, Pak Ghani menyatakan setiap malam beliau akan bersama budak-budak pasang poster, semasa hari mengundi pulak Pak Ghani mengangkut pengundi ketempat pembuangan undi. Jelas Pak Ghani lagi, selepas jam 3 dia berdiri di "barung" untuk meraih undi.
Begitu bersemangat Pak Ghani bercerita tetapi air mukanya menunjukkan rasa kecewa yang bukan sedikit. Mungkin merasakan dia tidak dihargai.
Inilah sebenarnya yang berlaku di Kuala Terengganu, semua calon Barisan kalah di sini. Pada Angin kekalahan ini bukan menjanjikan kekalahan yang seterusnya, mungkin gerak kerja perlu diadakan dari sekarang. Jika calon yang kalah itu JUJUR DAN SETIA pada parti nya Angin yakin mereka tidak akan berdiam diri sebegini. Mereka akan terus membuka langkah yang lebih kehadapan.
Sayang..... itu tidak ada di Kuala Terengganu...... APAKAH KUALA TERENGGANU AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA 5 TAHUN LAGI.... MUNGKIN JUGA KERANA ITU YANG MUNGKIN ORANG YANG BERJAWATAN MAHU......
Takkan nak tunggu Najib bagi arahan kut...Pandai2 lah balas budi..
ReplyDelete