“Saya akan tetap sokong BN, sokong biru…walaupun dia sepupu
saya,” kata Anuar sepupu kepada Azlan Yusof calon Pas bagi PRK Kuala Besut.
Ketika ditemui malam tadi, beliau berkata, soal sokongan
parti adalah hak masing-masing dan tidak boleh dipaksa-paksa.
Turut hadir dalam pertemuan dengan penulis malam tadi ialah
dua pupu calon Pas yang tetap menyokong BN.
Ditanya adakah sepupunya, Azlan calon Pas telah datang
menemuinya, Anuar mengakuinya, tetapi beliau tetap dengan pendiriannya
menyokong BN.
Beliau yang tinggal di Kg Bharu, dalam Dun Kuala Besut amat
jelas menyokong BN kerana rumahnya pun diletakkan bendera dacing pada pagarnya.
Anuar mengakui amat rapat dengan Azlan atau Che Long, tetapi
tetap menyatakan sokongannya kepada BN.
Beliau berkata, petang tadi telah bersama-sama dengan majlis
Timbalan Perdana Menteri di Dataran Besut, perhimpunan peladang dan nelayan.
BN katanya banyak membantu rakyat dan saya sedang berusaha
untuk mendapat sebuah rumah untuk perlindungan anak isteri kerana saya tidak
mampu,’ kata Anuar.
Kami berkeluarga dan tinggal berdekatan dengan calon Pas, tapi hanya parti Umno dan BN boleh menolong kita, kata Anuar.
No comments:
Post a Comment