Calon Pas untuk PRK Kuala Besut ini sememangnya seorang yang penuh
dengan kontroversi dan Pas sememangnya telah melakukan kesilapan yang
besar apabila menama dan meletakkan Che Long sebagai calon nya untuk PRK
N01 Kuala Besut kali ini. Melalui siasatan dan kajian yang dibuat
melalui laman web www.myeg.gov.my menyatakan bahawa Che Long mempunyai
54 saman yang bernilai RM 4150.00.
Pada tahun 1999 Che Long memiliki 10 saman, tahun 2000 ada 3 saman,
2001 ada 8 saman, 2002-2004 ada 1 saman setiap tahun, 2007 ada 3 saman,
tahun 2008 pula ada 1 saman manakala tahun 2009 ada 4 saman, tahun 2010
ada 6 saman, 2011 ada 9 saman, 2012 ada 5 saman dan untuk tahun 2013
sahaja dia suah mempunyai 2 saman.
Daripada jumlah itu 2 saman atas kesalahan meletak kenderaan, satu
saman tidak pakai topi keledar, 2 saman langgar lampu isyarat dan 49
saman memandu melebihi had laju.
Semua saman tersebut melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran
seperti berikut iaitu DBV 1023, DAY 777, WBG 61, DAF 9439, DAG 777, TAB
349 dan DAG 5300.
Rupanya Calon cari makan bertaraf kontrator class A ini, merupakan
haji bakhil yang tidak pernah membayar saman sehingga ada saman selama
14 tahun yang masih tertunggak, mungkin ini sebab utama mengapa calon
cari makan ini lebih pentingkan perniagaannya daripada berkhidmat untuk
rakyat.
Seharusnya rakyat dapat berfikir secara matang dalam memilih calon
yang boleh mewakili rakyat, bukan calon yang utama duit dari rakyat.
No comments:
Post a Comment