Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di
kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas Mahkamah Pilihan Raya
membatalkan petisyen yang difail calon DAP bagi membatalkan keputusan
pilihan raya umum ke-13 kawasan berkenaan.
Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid memutuskan petisyen M. Manogaran adalah cacat kerana gagal mematuhi Perintah 4(1)(b) dan 4(4) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
Beliau berkata pempetisyen juga gagal mengemukakan fakta yang mencukupi bagi mendedahkan kuasa tindakan.
Hakim itu berkata Manogaran tidak menunjukkan bagaimana rasuah dikatakan begitu menjejaskan keputusan pilihan raya.
Umi Kalthum memerintahkan Manogaran membayar RM40,000 sebagai kos kepada anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel, yang dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu.
Palanivel menang dengan majoriti 462 undi dalam pertandingan lima penjuru.
Calon lain ialah Mohd Shokri Mahmood (Berjasa), Kisho Kumar Kathirveloo (BEBAS) dan Alagu Thangarajoo (BEBAS).
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment