Sebuah
lukisan menghina agama Islam dikesan di pameran seni M50-Selamat Hari
Malaysia anjuranArtemis Art KL di Tingkat G2, Publika-Solaris Sri
Hartamas.
Lukisan bertajuk “ABC For The Middle-Age
Middle Classes’ itu dipercayai dilukis oleh seorang pelukis berbangsa
India bernama Anurenda Jegadeva. Pada lukisan tersebut dipaparkan
tulisan ‘I Is For Idiot’ yang sepatutnya ditulis ‘I Is For Islam’.
Di bawah lukisan yang
berlatarbelakangkan seekor chimpanzee sedang mengayuh basikal itu
terdapat perkataan ‘Bismillah’ yang ditulis secara terbalik.
Manakala huruf J pula ditulis ‘J Is For
Jesus’ tanpa sebarang unsur penghinaan. Lukisan tersebut jelas
mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam kerana tulisan
Bismillah tidak sepatutnya ditulis secara songsang.
Laporan polis telah dibuat oleh seorang pengurus yang melawat pameran tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina dan melukakan perasaan agama orang lain.
No comments:
Post a Comment