Monday, 16 September 2013

CHIN PENG (PKM) MENINGGAL DUNIA??



Bekas pemimpin Pari Komunis Malaya, Chin Peng, 90 meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi tadi.

Ia dilaporkan oleh akhbar Bangkok Post - Agendanews..

Berita selanjutanya akan di maklum dari masa ke semasa

Sunday, 1 September 2013

SIAPA CALON KEGEMARAN NAIB KETUA PEMUDA MALAYSIA PILIHAN KHAIRY???




Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak mempunyai calon kegemaran untuk menjadi naibnya pada pemilihan parti Oktober ini.

Katanya beliau bagaimanapun tidak mempunyai sekatan terhadap mana-mana calon Pemuda yang berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan itu, bahkan memberi sokongan secara sama rata kepada semua calon.

"Semua calon naib ketua Pemuda mempunyai pengalaman dan kekuatan masing-masing. Keempat-empat calon (yang menawarkan diri) saya anggap sebagai kawan baik saya.

"Sesiapa yang menang pun, saya boleh bekerjasama dengan mereka," katanya kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 'Merdeka Raya' anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC di sini hari ini.

Kenyataan beliau itu sekali gus menepis laporan akhbar sebelum ini yang mengatakan beliau telah memperakui seorang calon untuk memegang jawatan naib ketua Pemuda.

Jawatan naib ketua Pemuda menjadi perhatian apabila penyandang jawatan itu Datuk Razali Ibrahim menyatakan hasrat bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) 19 Okt depan.

Empat calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda setakat ini ialah Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Haron; Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Lenggong Mohd Iruan Zulkefli.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan kononnya merestui Khairul Azwan dipilih untuk bertanding jawatan nombor dua sayap itu bagi membantunya memperkukuhkan pergerakan itu.

Sementara itu, Khairy menetapkan sasaran dua atau tiga calon Pemuda akan bertanding di peringkat MT pada pemilihan kali ini dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Pemuda 4 Sept depan.

Ditanya mengenai kriteria yang ditetapkan oleh Pemuda untuk membolehkan calon bertanding jawatan MT, Khairy berkata calon perlulah mempunyai kematangan, boleh diterima di kalangan anggota dewasa serta boleh membawa imej dan menjadi suara tambahan dalam MT.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata beliau tidak mempunyai calon pilihan sebagai penggantinya dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan peneraju baharu sayap itu pada pemilihan parti Oktober ini.

Katanya kemungkinan terdapat lebih dua calon menawarkan diri merebut jawatan Ketua Puteri memandangkan jawatan itu akan dikosongkan kerana beliau melebihi had umur kepimpinan pergerakan itu.

Rosnah, yang dilaporkan menawarkan diri bertanding Exco Pergerakan Wanita pada pemilihan Umno nanti, berkata sesiapa saja berhak menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu berikutan pindaan perlembagaan parti.

"Perwakilan akar umbi pastinya akan menggunakan kebijaksanaan mereka menilai calon yang benar-benar wibawa dan serius untuk memperjuangkan Puteri Umno," katanya.

Dilaporkan, Ketua Puteri Umno Melaka yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman berminat bertanding jawatan tertinggi pergerakan itu.

Rosnah dalam pada itu menasihati calon Ketua Puteri Umno bertanding secara berhemah dan tidak memburukkan antara satu sama lain pada pemilihan parti demi menjaga nama baik sayap itu.

"Jagalah nama baik Puteri walaupun berdepan pelbagai cabaran. Kepimpinan akan datang juga perlu kuat dan tidak sesekali lari daripada perjuangan untuk terus memberi kekuatan kepada parti," katanya.

-- BERNAMA

INI BUKAN BEDERA MALAYSIA, ITU BENDERA MALAYSIA!!!



Ketika mereka menghina Jalur Gemilang......

Ada yang tabah mempertahankan bendera jalur gemilang...

FAKTA KENAPA DAP TAKUT KEPADA "TANDA PUTERA"...?







Parti rasis Dap terus menperjuangkan politik perkauman pula apabila enggan untuk menayangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang.


Kemelut baru ini adalah tambahan masalah baru yang dibawa kepada agenda nasional perpaduan kaum di negara ini di samping isu penyelewengan pemilihan Jawatankuasa Eksukutif Pusat parti itu.

Setiausaha Agung Dap merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi alasan filem mengandungi fakta-fakta yang tidak tepat mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Yang peliknya jika Dap yang suka menyaman mana-mana pihak yang cuba memcemarkan imej ‘suci’nya akan diambil tindakan undang-undang melalui saman.

Ini telah dilakukan terhadap media arus perdana terutamanya akhbar Utusan Malaysia dan saluran televisyen TV3.

Dap mempertikai adegan kencing di tiang bendera oleh watak yang kononnya di katakan Lim Kit Siang yang masih muda ketika itu.

Kit Siang pula bermati-matian mengatakan beliau tidak terlibat langsung secara langsung dengan tragedi 13 Mei dengan memberi alasan berada di Sabah ketika Kuala Lumpur terbakar dengan rusuhan kaum.
Nah, jika benar seperti yang didakwa beliau, apa lagi silakanlah menyaman penerbit filem tersebut, Shuhaimi Baba!

Rakyat mahu tengok kejantanan Dap yang selama ini berselindung di sebalik undang-undang untuk menutup segala kepincangannya.

Hakikatnya, Dap tidak akan menyaman mana-mana pihak yang berkait dengan produksi Tanda Putera kerana apa yang dipaparkan adalah benar belaka.

Penerbit mahu mendedahkan sebenar mungkin fakta-fakta kejadian 13 Mei yang selama tersembunyi daripada pengetahuan rakyat.

Sebab itulah berusaha keras menentang penayangan filem itu supaya peranan sebenarnya sebagai dalang dalam tragedi yang meragut lebih 2,000 nyawa itu tidak diketahui umum.

Fakta yang menunjukkan bahawa Dap terbabit secara langsung untuk mengapi-api sentimen anti-Islam dan anti-Melayu bersama-sama elemen-elemen Parti Buruh dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.

Perarakan besar-besar yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Dap dan parti berhaluan kiri yang lain do kawasan-kawasan penduduk Melayu di Kampung Baru membuktikan mereka mempunyai agenda untuk mencetuskan sengketa kaum untuk mengalih alih pemerintahan negara ini daripada orang Melayu.

Laungan yang mengandungi maki hamun dan cacian terhadap orang Melayu dan anggota polis Melayu sudah cukup menjadi bukti bahawa Dap bukan sahaja mengadakan perarakan politik untuk meraikan kemenangan mereka di Selangor untuk mewujudkan suatu suatu ketegangan yang akhirnya akan menjurus seluruh negara ke dalam kancah peperangan.

Agenda Dap ialah untuk mengembalikan keadaan di mana anasir komunis Bintang Tiga melakukan kezaliman dan kekejaman terhadap orang Melayu setelah pihak tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu setelah kakah dalam Perang Dunia Kedua.

Ini adalah perancangan licik Dap supaya apabila keadaan huru hara berlaku, maka mudahlah anggota komunis mengangkat senjata untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Melayu.
Dap hanya bertindak sebagai ‘political front’ atau wajah politik bagi Parti Komunis Malaya.

Tragedi 13 Mei adalah bukti nyata apakah bentuk perancangan dan tindakan Dap di Malaysia sekiranya mereka berjaya merampas kuasa.

Jika baru berkuasa di Pulau Pinang, Dap sudah menunjukkan taring menjadi hero untuk menekan tayangan filem Tanda Putera, apa agaknya akan dilakukan jika berjaya merampas Putrajaya?

Dap tidak akan berjaya menjayakan agenda mereka tanpa mendapat sokongan dan kerjasama puak Melayu yang rela mengkhianati agama, bangsa dan negara mereka sendiri demi nikmat kuasa.

Pas dan PKR telah merelakan diri mereka di kuasai dan ditunggangi Dap seperti keldai kerana pemimpin-pemimpin mereka yang tamakkan kuasa.

Anwar Ibrahim umpamanya tidak segan silu untuk bersekongkol dengan Dap asalkan dia dapat merasai kerusi empuk perdana menteri.

Itu sajalah matlamatnya selama ia berpolitik iaitu untuk menjadi perdana menteri bukannya untuk membela nasib rakyat.

Kalau Anwar sudah menjadi talibarut Zionis-Yahudi antarabangsa untuk menghancurkan Islam dan Melayu apakah sangat menjadi talibarut Dap pula?

Filem Tanda Putera akan membuka mata rakyat khususnya orang Melayu tentang bahawa yang bakal mereka hadapi jika terus mempercayai Dap dan PKR manakala Pas hanya digunakan sebagai budak suruhan yang tidak berani menentang tuannya.

Dap perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana agenda parti itu tidak secocok dengan fahaman komunisme yang cuba diterapkan secara halus di dalam masyarakat negara ini.

2 ATLET TERENGGANU KANTOI DALAM PESTA ARAK???




Dua atlet Terengganu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam operasi cegah maksiat di ibu kota awal pagi semalam.

Pemain bola tampar lelaki berusia 20 tahun ditahan bersama pasangannya, pemain hoki wanita dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Penguat Kuasa JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad, berkata atlet lelaki terbabit memberi alasan mereka menginap sebilik kerana bimbang kekasihnya dirampas lelaki lain.

“Pasangan ini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Jenayah Syariah 1997,” katanya kepada pemberita selepas operasi di Cheras, awal pagi semalam.

Dalam operasi sehingga jam 4 pagi itu, JAWI menahan 30 individu Islam termasuk 12 wanita dipercayai minum arak sambil berhibur di kelab dangdut.

Operasi berkenaan menjadi kecoh seketika berikutan tindakan pengawal kelab yang bertindak kasar merampas perakam video kumpulan media dan memadam aksi dalam operasi berkenaan. Bagaimanapun, situasi berjaya dikawal dengan bantuan polis dan pihak pengurusan kelab terbabit.

Dalam serbuan terbabit, sebahagian wanita yang ditahan dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) berbaju kebaya dan kurung sambil minum arak.

Wan Jaafar berkata, pihaknya percaya kelab berkenaan diuruskan oleh individu Islam namun pihaknya tidak dapat mengesahkan lesen perniagaan berikutan ketiadaan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi berkenaan.

“Pihak JAWI sudah memantau kelab berkenaan sejak beberapa bulan lalu dan mendapati ia menjadi tumpuan Melayu Islam untuk berhibur dan minum arak,” katanya.-bh

Terengganu Today