Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak mempunyai
calon kegemaran untuk menjadi naibnya pada pemilihan parti Oktober ini.
Katanya beliau bagaimanapun tidak mempunyai sekatan terhadap mana-mana calon Pemuda yang berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan itu, bahkan memberi sokongan secara sama rata kepada semua calon.
"Semua calon naib ketua Pemuda mempunyai pengalaman dan kekuatan masing-masing. Keempat-empat calon (yang menawarkan diri) saya anggap sebagai kawan baik saya.
"Sesiapa yang menang pun, saya boleh bekerjasama dengan mereka," katanya kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 'Merdeka Raya' anjuran Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC di sini hari ini.
Kenyataan beliau itu sekali gus menepis laporan akhbar sebelum ini yang mengatakan beliau telah memperakui seorang calon untuk memegang jawatan naib ketua Pemuda.
Jawatan naib ketua Pemuda menjadi perhatian apabila penyandang jawatan itu Datuk Razali Ibrahim menyatakan hasrat bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) 19 Okt depan.
Empat calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda setakat ini ialah Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Haron; Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Lenggong Mohd Iruan Zulkefli.
Sebelum ini, Khairy dilaporkan kononnya merestui Khairul Azwan dipilih untuk bertanding jawatan nombor dua sayap itu bagi membantunya memperkukuhkan pergerakan itu.
Sementara itu, Khairy menetapkan sasaran dua atau tiga calon Pemuda akan bertanding di peringkat MT pada pemilihan kali ini dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Pemuda 4 Sept depan.
Ditanya mengenai kriteria yang ditetapkan oleh Pemuda untuk membolehkan calon bertanding jawatan MT, Khairy berkata calon perlulah mempunyai kematangan, boleh diterima di kalangan anggota dewasa serta boleh membawa imej dan menjadi suara tambahan dalam MT.
Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata beliau tidak mempunyai calon pilihan sebagai penggantinya dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan peneraju baharu sayap itu pada pemilihan parti Oktober ini.
Katanya kemungkinan terdapat lebih dua calon menawarkan diri merebut jawatan Ketua Puteri memandangkan jawatan itu akan dikosongkan kerana beliau melebihi had umur kepimpinan pergerakan itu.
Rosnah, yang dilaporkan menawarkan diri bertanding Exco Pergerakan Wanita pada pemilihan Umno nanti, berkata sesiapa saja berhak menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu berikutan pindaan perlembagaan parti.
"Perwakilan akar umbi pastinya akan menggunakan kebijaksanaan mereka menilai calon yang benar-benar wibawa dan serius untuk memperjuangkan Puteri Umno," katanya.
Dilaporkan, Ketua Puteri Umno Melaka yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri Umno Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim Othman berminat bertanding jawatan tertinggi pergerakan itu.
Rosnah dalam pada itu menasihati calon Ketua Puteri Umno bertanding secara berhemah dan tidak memburukkan antara satu sama lain pada pemilihan parti demi menjaga nama baik sayap itu.
"Jagalah nama baik Puteri walaupun berdepan pelbagai cabaran. Kepimpinan akan datang juga perlu kuat dan tidak sesekali lari daripada perjuangan untuk terus memberi kekuatan kepada parti," katanya.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment