Dalam Pilihanraya Kecil Sg Limau kali ini, UMNO Terengganu diberi
kepercayaan untuk berkempen di 2 petiundi iaitu Pusat Daerah Mengnudi Kg
Gelam 3 dan Kg Bukit Choras. 2 Pusat Daerah mengundi yang dikatakan
sangat “Hitam” kerana kebanyakan penduduk telah memberi undi kepada PAS
ketika PRU 13 yang lalu.
Pagi tadi seperti biasa Wanita UMNO Terengganu telah masuk
mengunjungi penduduk untuk berkempen. Memang wanita adalah sayap UMNO
yang begitu dekat dengan rakyat. Mereka adalah Srikandi Negara yang
sentiasa memberi khidmat terbaik untuk rakyat. Diketuai oleh YB Senator
To’ Puan Hajjah Zaiton Mat Amin iaitu Ketua Wanita Marang, mereka telah
berkempen di kempung Bukit Choras.
Apa yang menariknya kali ini, mereka telah diekori oleh seorang
lelaki yang dikenali sebagai Encik Ahmad Said bukan Menteri Besar
Terengganu tetapi orang kuat PAS yang bertindak untuk memantau
perjalanan kempen wanita UMNO.
Penulis merasa sedikit pelik kerana pak cik ni seolah-olah takut
penduduk akan termakan dengan kempen Wanita UMNO Terengganu. Beliau
telah mengekori pasukan Wanita UMNO kesetiap rumah yang dikunjungi.
“Kalau nak mendekati masyarakat tak perlu masukkan politik”, begitu kata Ahmad Said kepada rombongan wanita tersebut.
Ini jelas menunjukkan PAS sebenarnya takut menghadapi Wanita UMNO.
Meereka terpaksa menghantar seseorang untuk memantau .
Mereka sangat
takut kehilangan undi. Mungkin juga selepas ini mereka akan terus
meminta Wanita PAS masuk untuk membilas.
Namun Alhamdulillah tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Sepanjang mengikut rombongan tersebut Encik Ahmad Said hanya curi-curi
dengar apa yang dicakapkan, mungkin untuk menyampaikan kepada ketua
mereka nanti.
Namun insyaallah, dengan kesungguhan semua jnetera termasuk wanita
puteri dan pemuda, Barisan Nasional akan mendapat kemenangan di
kedua-dua pusat daerah mengundi tersebut.
Kepada semua pengundi Kg Gelam 3 dan KG Bukit Choras, penulis ingin
berpesan : “Tak salah sokong PAS, Tak salah juga UNID Barisan Nasional”
Baca selanjutanya di Terengganu Today
Baca selanjutanya di Terengganu Today
No comments:
Post a Comment