Sunday, 13 January 2013

KL112: MIMPI NGERI BUAT PAKATAN RAKYAT

Salam buat semua....

Semalam adalah episod paling malang buat pakatan rakyat. Perhimpunan yang dirancang begitu rapi, dengan isu yang bermacam, setelah round seluruh malaysia, mereka gagal membawa rakyat berkumpul di Kuala Lumpur dalam perhimpunan terbesar abad ini itu?

Perhimpunan yang pada Angin telah "tersilap perkiraan" . Mungkin pada perkiraan awal Anwar mahu menunjuka betapa Pakatan Rakyat begitu unggul di bumi Malaysia, propaganda berganda yang dibuat mereka untuk menakutkan Barisan Nasional seolah telah berjaya. Segalanya  terletak kpd perhimpunan  semalam. 

Akhirnya mereka gagal, gagal mendapat sokongan SEJUTA RAKYAT.




Pastinya anwar mengharapkan pilihanraya tidak berlangsung sekarang kerana jika berlaku demiikian, cita2 murni utk menjadi PM akan tinggal angan2.


KL112 :ANWAR TAK DAPAT TIDUR LENA KERANA GAGAL CAPAI SASARAN 1 JUTA?

Salam untuk semua....


Sehari angin bersama rakan-rakaa mengikuti perkembangan perhimpuman.

Memang berbeza dengan himpunan terdahulu seperti bersih 3.0
Jika Bersih 3.0 dulu, angin boleh melihat penyokong PR berderet-deret di Jalan tuanku Abdul Rahman. Masa itu sangat meriah dengan pelbagai ragam penyokong. Tapi kali ini sangat berlainan sekali. Mereka bergerak dalam kumpulan kecil lebih kurang 10 -20 orang sahaja.

Di hadapan sogo, yang ramai hanyalah anggota polis yang membuat langkah berjaga-jaga.Juga orang ramai yang mungkin mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan dengan keluarga di hujung minggu.

Sekali sekala sahaja kelihatan penyokong PR dengan konvoi motor dan pelekat parti di kereta. itupun hanya dua tiga buah kereta yang kelihatan berbuat demikian.

Angin sempat bertanya kepada seorang peniaga yang membuka kedai selendang di Jalan Tunku Abdul Rahman. Katanya " Haaa....baguslah mereka semua berkumpul di stadium macam ni, tak ganggu kita niaga, tapi hari ni tak ramai orang mungkin mereka takut jadi macam Bersih 3.0 dahulu"

Angin juga ke Central Market. Jalan yang digunakan untuk ke Stadium. Disitu bolehlah dilihat mereka bergerak dalam kumpulan yang kecil...lebih kurang 2 minit sekali akan kelihatan kumpulan sebesar 5 ke 10 orang.


Kemudiam Angin ke Stadium. Di sana baru nampak penyokong mereka. memang ramai, tapi taklah macam apa yang digambarkan oleh blogger pembangkang. Stadium sebenarnya tidak penuh.Kalau penuh pun hanya boleh memuatkan 25 ribu orang. Dicampur plak dengan yang berdiri di tengah padang, bolehlah dianggarkan seramai 10 ribu dan penyokong yang berada diluar hanya lebih kurang 5 - 8 ribu... jadi jumlah kesuluruhan hanyalah 45- 50 ribu. 

Pada Angin, Himpunan kali ini sebagai indah khabar dari rupa, apalagi hampir sebulan blogger pembangkang memainkan berbagai isu untuk menarik minat rakyat ke perhimpnan tersebut. Dengan berbagai video promo di youtube. Namun hasil yang mereka dapat tak sampai 10% dari jumlah yang diwar-warkan iaitu 1juta.

Angin juga merasakan inilah sebab mengapa pemimpin pembangkang tidak mahu mengadakan perhimpunan in di Stadium Bukit Jalil kerana jika mereka mengadakan perhimpunan ini di sana, seluruh dunia akan melihat kegagalan mereka.

Mungkin rakyat sudah mula merasa bosan dengan cara pemimpin Pakatan berkempen. Asyik mengajak rakyat berkumpul dan menunjuk perasaan, mungkin cara itu sudah tidak sesuai... jadi pegawai stratergik Pakatan kena cari cara lain untuk menarik minat pengundi.Apalagi setiap kali buat perhimpunan mereka akan menyediakan uncang untuk mengutip derma. Rakyat mungkin dapat merasakan kelentong yang dibuat oleh mereka.

Mungkin juga Anwar dan Pemimpin Pakatan tidur tak berapa lena malam ini. Mereka mengharapkan sokongan yang lebih ramai, tapi tak menjadi.


Anwar mungkin akan panggil post mortem kerana kegagalan mereka mengajak rakyat mengikut kehendak mereka??

Saturday, 12 January 2013

SEMASA 4.30 PTGPM KL112


Salam untuk semua....






Sepanjang Angin berjalan dari Dataran ke Central Market kemudian terus ke Stadium, Angin rasa tak ada apa-apa yang menarik perhatian.

Orang yang hadir dianggarkan 30K sahaja. Stadium pun tak penuh.... yang menrarik perhatian angin cuma betapa mereka suka mengajar anak-anak mereka supaya menjadi kurang ajar. Ilmu berdemo diajar dari kecil.


Ada seorang peserta yang mungkin diserang kejang otot di lihat terbaring di tepi jalan. Di biarkan oleh peserta yang ramai. Langsung tak ada unit amal yang datang tolong. Mereka buat hal masing-masing.


Beberapa peserta melayu yang mendewakan bendera DAP di lihat di satu sudut. Terpekik terlolong....memang cantik perangai wanita keadilan atau muslimah ni...pakai tudung bukan main labuh tapi terjerit-jerit macam monyet.

Yang pasti, pada angin himpunan Shamsidar ini gagal menarik minat rakyat...Hanya mereka yang sama yang hadir ke setadium.


Malah Unit amal pun releks jer naik LRT...gi cuci mata ler kot....

Orang2  tua yang mahu tiket ke syurga nampaknya bersungguh-sungguh hingga mengah untuk sampai ke stadium dari Cerntral Market.









Dalam ramai-ramai perempuan ini amat menarik minat Angin, dengan sekotak rokok ditangan, beliau begitu bangga diambik gambar, siap di wawancara oleh rakan angin....sambil memegang botol air beliau menyebut "ibu hanya air botol....tapi kalau dapat minum arak di sini best jugak"....






Nampaknya himpunan Shamsidar yang GAGAL ini banyak diselit dengan perkosaan janji oleh MAT SABU.....MAT SABU dah menandatangani janji bahawa tidak akan ada kanak-kanak, tidak akan ada banner, tidak akan ada perhimpunan kecil-kecil  dan banyak lagi persetujuan yang dimungkiri...

SEMASA 2.53 PM KL112



Salam untuk semua....







Yang nampak hsnya org tua, kanak2, set pink.....

..

SEMASA 12.20PM KL112

Salam utk semua...










Suasana sekitar sogo dan jln tunkui abd rahman masih lengang
 Hanya beberapa kumpulan kecil kelihatan. Juga ada perarakan bermotor dgn membawa bendera Pas.Yang pasti kanak2 masih juga dibawa bersama.

Mereka terus menggunakan kanak2....

SEMASA: 10.00 PAGI KL112

Salam untuk semua...

Gambar-gambar ini ditemui disekitar masjid negara... Timbul plak tanda tanya..PAS dah sokong Chin Peng plak????

Lepas sokong kalimah ALLAH, kini timbul JUSTICE FOR CHIN PENG plak?? Kenapasampai tegar begitu skali menjadi tunggangan DAP???




PAS SOKONG CHIN PENG????

Satu lagi risalah yang ditemui ialah revolusi'47.... yoooo takut orrrr.... macam nak berperang jer....




Gambar di atas pula dihantar oleh seorang rakan. AMK sedang mengadakan himpunan menuntut Pilihanraya yang adil.... tak abis2 dengan pilihanraya adil...klu tak adil tak kan sampai boleh PAS gondolkan bukit bukau di Kedah . Masih nak citer ker???

SEMASA: 9.30 PAGI KL112

Salam buat semua....

Hari yang akan bermula sebuah cerita.... 

Samada ceritanya menarik atau tidak...belum ada kepastian...
yang nyata menunjukan persetujuan yang ditandatangani oleh Mat Sabu mungkin diperkosa...
buktinya bendera besar dibawa......
kanak-kanak diajak bersama...
sedangkan janji untuk tidak berbuat demikian telah dipersetujui mereka.....so Amacam?





TERBARU : #KL112: BETULKAH 1JUTA??

Salam buat semua.....

Angin sempat ke tempat "warm up" himpunan KL#112 di Padang Kelab Selangor. 

Dapatlah tengok gelagat manusia-manusia yang berkumpul memanaskan badan, mendengar ceramah beberapa pemimpin, Angin sempat mendengar ZUNAR dikartun buat promo pasal buku kartun terbarunya yang berkarga RM5. (Cari untung ke?).

Sempat juga mendengar bahawa satu kutipan derma dibuat....tak pasti untuk apa??? (Untuk penganjur ke?)

ADa yang menjual baju dan topeng

Yang pasti angin dapat melihat kanak-kanak turut dibawa bersama ke padang tersebut. Padang sebesar padang sekolah menengah. Tak mungkin dapat mengumpul 1 juta orang. 



 Yang pasti mereka juga menjual berbagai-bagai bende termasuklah topeng gas. Kenapa mereka perlu menjual barangan seperti itu? Apakah ini sebagai persediaan untuk bertempur esok???
 


Gambar di atas paling menarik minat Angin. ...timbul sejuta tanda tanya... kenapa anak melayu begitu menyanjung satu parti yang belum tentu menjaga kebajikan mereka. Malah parti ini jugalah yang beria-ia mahu menggunakan kalimah ALLAH, milik orang ISLAM.

Satu lagi, sepanjang pemerhatian angin, tak ada seorang pun orang berbangsa cina yang berada diatas padang. Yang ada pun semua di atas pentas.... so tak boleh fikir ker???

nantikan lagi berita seterusnya.... nak gi tengok kat dataran merdeka plak....


Friday, 11 January 2013

PENIAGA KUALA LUMPUR DAH MULA MERUNGUT


Puak pembangkang semakin ramai di bumi KL
Salam untuk semua

Esok hari sabtu, biasanya peniaga sekitar  jalan tunku abd rahman hadapan sogo, pertama kompleks akan gembira dgn kehadiran hari sabtu. Dimaklumkan mereka akan memperolehi jualan sehingga RM10 ribu untuk hari sabtu biasa.

Namun esok mereka terpaksa menutup kedai. Seorang peniaga yang Angin temui menyatakan beliau terrpaksa menutup kedai esok sebagai langlah berjaga-jaga kerana apa saja mungkin berlaku.

Kenny, salah seorang peniaga yang terpaksa menutup kedai esok
Beliau menyatakan sejak 2 3 tahun lepas, sudah 3 4 kali pembangkang mengadakab perhimpuanan yang sia-sia malah hanya menyusahkan orang ramai terutama pelancong dan peniaga di sekitar Kiala Lumpur.

 Kepada semua pembaca, ingin Angin maklumkan bahawa esok mulao jam 10 pagi angin akan membuat "live" dari tempat himpunan shamsidar ini diadakan.

JADI JANGAN LUPA BERSAMA ANGIN ESOK.

HAJI HADI TIDAK JUJUR KEPADA LIM GUAN ENG, KARPAL SINGH???

Salam untuk semua....



Apabila menandatangani buku jingga, maka telah gugurkah AMANAT KE 2 HAJI HADI iaitu “Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja dia boleh jadi rakyat tetapi dia boleh jadi pemerintah, boleh jadi kerajaan, boleh jadi pemimpin tetapi hak bagi bukan Islam dalam Negara Islam boleh diizinkan untuk menjadi rakyat tetapi tidak boleh jadi pemerintah”???

Buat masa ini sedang hangat dipasaran Blog dan facebook cerita tentang amanat HAJI HADI yang Pertama yang telah menyebabkan berlakunya solat dua imam, anak menderhaka kepada anaknya, tidak makan sembelihan orang UMNO, pendek kata amanat pertama telah menyebabkan perpecahan ummat ISLAM di negara ini. Segalanya kerana amanat HAJI HADI.

Amanat yang pertama ini nampaknya telah menenggelamkan amanat ke2 yang tidak memberi hak kepada bukan islam menjadi pemerintah.

Kita tidak tahu samaada orang-orang bukan Islam menyedari atau tidak penegasan Haji Hadi yang jelas dan nyata meletakkan taraf orang bukan Islam hanya sebagai rakyat sahaja dalam negara ini.

Persoalannya, bila Pas bersama pakatan menujuPutrajaya, bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam yang menurutPresiden Pas itu hanya layak menjadi rakayt biasa sahaja bukan pemerintah.

untuk mengetahui berita lanjut sila klik di sini 

Thursday, 10 January 2013

PAS KUALA TERENGGANU : WAHID AKAN DITENDANG OLEH SYED AZMAN??

Salam Untuk Semua....

Angin baru dengar cerita pasal PAS Kuala Terengganu. Perkara ini dikatakan disembunyikan oleh PAS itu sendiri. Kini barulah kedengaran dikedai-kedai kopi. Maklum la dah dekat pilihanraya. Mulut tempayan bolehlah ditutup, mulut manusia???

Apakah Syed Azman sedang berfikir stratergi untuk menjadtuh Wahid Endut??

Dikatakan Syed Azman amat teringinkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Memanglah...kalau aku pun, aku teringin  kerusi kerusi parlimen... kan PR kata dia orang boleh menawan Putra Jaya lepas PRU13. Untung-untung boleh jadi Menteri Kabinet ciptaan Anwar. (Tapi kalu tgk kabinet bayangan Anwar, tak nampak batang hidung pun si Syed Azman ni).Tapi isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan ISLAM telah "mengalahkan" PAS sebelum PRU. Isu itu sahaja dah membuatkan umat islam muak dengan sifat "lembik" Haji Hadi yang terpaksa mengikut kehendak Insan Anugerah Tuhan -Anwar Ibrahim.

Kita kembali kepada topik kita tadi...

Dikatakan sekarang ni puak-puak Syed Azman sedang berusaha untuk "menjojoh" pimpinan teratas PAS agar meletakkan beliau sebagai calon di Parlimen Kuala Terengganu. Lagipun Wahid Endut tak buat apa-apa untuk rakyat sepanjang memenangi P036. Kisah Wahid Endut tak buat apa-apa ini digunakan sebagai modal agar Wahid di"gantung" dari terus menjadi calon di Kuala Terengganu.

Apakah Syed Azman dengki kerana Wahid Endut dapat 2 gaji iaitu sebagai ADUN Wakaf Mempelam dan Gaji Ahli Parlimen?? 

Atau tidak cukupkah lagi sebuah rumah yang berharga RM500,000 di Lot 1729, Jalam Tok Adis, Kuala Ibai Kuala Terengganu dengan status pemilikan GM2173. Tanah berkeluasan 1.445 meter persegi ini dikatakan tanah rezab orang melayu yang diberikan kepada mangsa banjir semasa era pemerintahan PAS di Terengganu tahun 1999-2004. 
Ini ke rumah Syed Azman YB DUN Batu Buruk???

Ada lagi satu lot yang dirampas oleh Syed Azman iaitu Lot HSM 1196. Dikatakan juga beliau telah membeli beberapa lot lagi selepas itu daripada pemilik lain di lot tanah Mukim Kuala Ibai HSM 667, HSM 668, HSM 2019 dan HSM 2020. Betul ke??

Kini Wahid Endut sedang "panas punggung"untuk mempertahankan kerusi Parlimen dan kerusi Wakaf Mempelam. Apakah Wahid dah bosan sehingga dia kata dia nak jadi calon kat DUN Bandar, iaitu DUN kubu kuat BN.



Wahid Endut tengah pening fikir nak pertahankan diri dari ancaman puoj Syed Azman??
Kesimpulannya PAS dah tak berjuang untuk ISLAM, apa lagi nak bersusah payah untuk rakyat. Mereka hanya bekerja untuk mengkayakan diri masing-masing. 


Wednesday, 19 December 2012

AMANAT HADI YANG PERLU DI TARIK BALIK


Mungkin ada diantara kita yang masih belum lahir ketika amanat ini dilafazkan oleh Haji Hadi yang berbunyi:

 

  "SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN PERCAYALAH KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMANYA UMNO, KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA IA NAMA BARISAN NASIONAL, KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH. MENGEKALKAN UNDANG2 PENJAJAH,  MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKAL PERATURAN INILAH, OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA, OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG BERLAWAN DENGAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA2 SEKELIAN, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD DAN KALAU KITA BERLAWAN DENGAN PUOK-PUOK NI DAN KITA MATI KERANA JAYA BERLAWAN NI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM"

Amanat yang menaikkan semangat umat islam PAS untuk menentang kerajaan seperti yang berlaku di Memali.

Angin petik beberapa ayat yang ditulis di dalam blog pro PAS antaranya:

"Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)."
 "Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud .........."
"Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau.. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid."- CINA ISLAM


Akhirnya Ibrahim Libya telah meninggal didalam kejadian tersebut. Maka mulalah mereka menyatakan bahawa yang meninggal dalam kejadian itu seramai 14 orang adalah syahid. Haji Hadi sendiri di dalam ceramah beliau menyatakan bahawa   ulamak-ulamak PAS negeri Kedah bersetuju  14 orang sahabat mereka yang mati dalam kejadian ini adalah SYAHID. Mereka syahid mereka berjuang menegak PERJUANGAN ISLAM di MALAYSIA. Perjuangan ISLAM ala PAS yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin mereka seperti HAJI HADI sendiri dan NIK AZIZ. Mereka dikebumikan kononnya sebagai syuhada'.Dikapankan dengan pakaiannya yang berdarah dan dikebumikan dengan tidak disembahyangkan.


Sungguh menyedihkan apabila didalam muktamar PAS pada 5 June 2011 iaitu selepas 26 tahun kejadian MEMALI, Presiden PAS ini, HAJI HADI menyebut bahawa :  
alyarham ibrahim libya..bagaimana dengan mati beliau???
“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.
Ya, Haji Hadi mengatakan bahawa Al Quran tidak menyebut negara islam sebaliknya menyebut negara berkebajikan. 
Apakah ini tidak menimbulkan pertanyaan dikalangan ahli PAS sendiri? Betapa mereka ditipu selama ini. Dan apa pula hukumnya pengkebumian Allahyarham Ibrahim Libya serta 13 lagi kawannya yang tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan itu??? Mereka mati kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi. Mereka berjuang kerana perjuangan PAS yang kononnya memperjuangkan negara islam?? 
tetapi kini perjuangan itu dikatakan tidak ada dalam alquran. Apakah mereka benar-benar syahid?? Jika tidak, apakah kubur mereka perlu digali dan mereka perlu dimandikan dan disembayangkan semula?? Siapa yang perlu bertanggungjawab dengan pengkebumian mereka?? siapa yang akan menanggung dosa kerana tidak memandikan dan menyembahyangkan mereka?? siapa yang akan menjawap di akhirat kelak?? 

JIKA BENAR KEMATIAN MEREKA HANYALAH KEMATIAN YANG SIA-SIA, BUKANKAH BERAT TANGGUNGAN YANG PERLU DIPIKUL OLEH HAJI HADI?? SEMPATKAH HAJI HADI MEMOHON MAAF KEPADA KELUARGA ARWAH DAN MEMYEMPURNAKAN SEMULA JENAZAH ARWAH??

Dan lagi apabila kita mengamati amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa "...... KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH. MENGEKALKAN UNDANG2 PENJAJAH,  MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKAL PERATURAN INILAH, OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA....."pernyataan ini jika kini telah ditunggang terbalikkan. 

Buktinya aji Haji sendiri yang memyetujui apa yang terkadung didalam buku jingga. antara lain didalam buku tersebut semua parti didalam PR bersetuju kononnya mempertahankan perlembagaan Malaysia. So, bukankah Haji Hadi sendiri setuju mengekalkan perlembagaan dan undang-undang penjajah.
Maka bukankah Haji Hadi sendiri perlu ditentang???PAS sendiri perlu ditentang???  Bukankah mereka perlu dilawan??? Dan kalau mati dalam berlawan dengan mereka, mati itu boleh dianggap mati syahid???

Buat semua pembaca, percayalah apa yang diperjuangkan oleh PAS kini, hanya perjuangan untuk mendapat kuasa, perjuangan untuk mencari keuntungan. Kita tidak tahu keuntungan itu untuk siapa, jika keuntungan itu buat rakyat alhamdulillah tetapi jika keuntungan itu hanya untuk kaum kerabat, maka itu sangat merugikan kerana kini kita sedang menikmati segalanya. kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional semuanya ada. Apalagi yang kita mahu??? Apakah yang mengharapkan bulan jatuh keriba??? dan mengharapakan sesuatu yang tidak pasti??

Sunday, 5 August 2012

KESESAKAN LALULINTAS... KUALA TERENGGANU KOHO JEM!!!

Setiap kali masuk bulan ramadhan... maka Kuala Terengganu akan menjadi bertambah sesak dengan kereta...sehingga kadang-kadang berbatu-batu jauhnya.... hari ni baru 16 hari kita berpuasa.... tengoklah bila dah masuk 28, 29 hari apabila sang pertapa yang kat kota-kota raya pulang untuk berhari raya dengan bonda dan ayahanda mereka... maka Kuala Terengganu akan menjadi lebih sesak...


Persoalannya tahun ini dah masuk entah tahun ke berapa keadaan ini berlaku....tak ada apa-apa tindakan ke yang di buat oleh kerajaan neregi untuk menyelesaikan masalah ini?

Dato' Ahmad Said, MB Terengganu tak nak cadang apa-apa ke?....

Sampai bila keadaan ini akan berterusan agaknya....diharapkan mereka yang bertanggung jawap dapat menyelesaikan masalah ini yang semakin berlarutan hanpir 5  - 8 tahun.....

Masalah ini bukan baru..malah pernah menjadi isu bila bandar ini dinaikan  taraf ke status Bandaraya. Isu yang timbul ialah bandar ini mempunyai prasarana kelas Majlis Perbandaran. Tengok saja depan deretan bank-bank di Jalan Sultan Ismail. PArking masih tidak cukup walau ada parking bertingkat. Apabila berhenti betul-betul di hadapan bank maka di "jaga" Majlis Bandaraya yang 2 3 orang seia menanti akan terus datang tinggal surat cinta. Bila rakyat marah, rakyat disalahkan..

Esok lusa tulat akan bertambah lagi bilangan kereta di bandaraya ini... tapi apa tindakan yang diambik untuk mengurang kesesakan???