Tuesday, 31 January 2012

TAHNIAH!!!!! ANAK MUDA KUALA TERENGGANU (BERANI BERUBAH) - ADAKAN KTTV

Angin ingin mengalungkan ucapan Tahniah kepada GERAKAN KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU (BERANI BERUBAH) yang melangkah lebih jauh dalam dunia media baru. Ini berikutan keluarnya di Youtube dengan nama TV KUALA TERENGGANU (KTTV).





Menurut seorang sahabat yang mengenali pengendali KTTV, pasukan KTTV seramai 6 orang akan mengeluarkan berita-berita semasa yang berlaku di Kuala Terengganu. Mereka juga akan membongkarkan segala fitnah dan penipuan pembangkang terutamanya PAS demi untuk memenangi PRU13.

"Kali ini kami tidak akan berundur lagi, kami sudah muak bila menonton video di youtube yang memaparkan pemimpin PAS memfitnah pemimpin kami, sebagai contoh YB Bukit Payong yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu yang memfitnah Ketua UMNO Bahagian, DAto' Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh baru-baru ini. Banyak lagi yang akan kami dedahkan, antaranya bagaimana salah seorang YB dari DUN Dalam Parlimen Kuala Terengganu adalah penyebab kepada runtuhnya sebuah rumahtangga. Kami mahu rakyat tahu siapa mereka yang sebenarnya, bercakap tentang agama tetapi sanggup melakukan apa saja demi kepentingan peribadi", demikian kata seorang salah seorang pengendali youtube KTTV.

So, sahabat2 nantikan Kuala Terengganu TV untuk terus mengetahui apa yang berlaku sekitar Kuala Terengganu.

Monday, 30 January 2012

AZHAR IDRUS -NAK MASUK MAHARAJA LAWAK MEGA???

AZHAR IDRUS

Azhar Idurs, satu fenomena baru dalam dunia ceramah. Angin melihat bukan main ramai yang mengikut ceramah-ceramah agama yang diadakan.Samada di surau Ladang, surau dekat Flet Gelong Bilal maka berbondong-bondong orang tua dan muda yang hadir. Hinggakan di surau Flet tu siap ada macam pasar malam setiap kali Azhar Idrus berceramah.

Persoalan yang ingin Angin utarakan ialah apakah pendengar yang pergi mendengar ceramah Azhar Idrus ini benar-benar dapat menangkap apa yang beliau cakapkan atau semata-mata ingin mencari satu bentuk hiburan baru dengan lawak-lawak yang dibuat oleh Azhar Idrus



Seperti Video diatas, Azhar Idrus sendiri tidak menyokong rancangan Ustazah Pilihan kerana  diakhirnya rancangan tersebut hanya untuk HIBURAN SEMATA. Itu pendapat beliau. Angin banyak menonton video-video yang dimuat naik oleh peminat Azhar Idrus dan Angin dapati hampir setiap kali beliau menjawap soalan mesti diselitkan lawak-lawak dan maki-makian yang memang menjadi kesukaan "orang kita". Angin bimbang "WALAUPUN TUJUAN AZHAR INI CANTIK NAMPAKNYA TAPI BILA DAH BANYAK SANGAT LAWAK-LAWAK, AKHIRNYA DIA JADI HIBURAN SEMATA-MATA".Nanti apa yang pengikut Azhar dapat hanyalah lawak-lawak untuk dijadikan bahan ketawa dikedai-kedai kopi. Bahkan dah banyak yang angin dengar lawak-lawak itu diulang-ulang. Bukan isi penyampaiannya.

BERGAMBAR PUN BUAT LAWAK JUGAK KE CIK HAR?????
Pernah Angin berjumpa  seorang rakan yang begitu dekat dengan Azhar Idrus, bahkan Azhar  pernah pergi ke rumah beliau, rakan Azhar ini sendiri pernah berjumpa beberapa anak muda dan bertanya mengapa begitu meminati Azhar Idrus, jawapan mereka amat mengejutkan : SAYA SUKA USTAZ AZHAR SEBAK DIA KELAKOR, KALU DENGOR DIA CERAMOH SUKE SOKMO. Maknanya yang mereka dapat hanyalah kelakar dan lawak semata-mata.Sehinggakan ketika menyambut awal muharam di Shah Alam, ada penonton yang bertanya kepada Azhar Idrus mengapa tidak masuk RAJA LAWAK, kalau masuk katanya, dialah orang pertama yang akan undi AZHAR. 

Aduh.... sampai macam tu lawaknya Azhar... Tapi Azhar tak akan mahu masuk Raja Lawak tapi MUNGKINKAH beliau akan masuk MAHARAJA LAWAK MEGA sebab hadiahnya lagi besar?????

Maka tak ada bezalah dengan rancangan Ustazah Pilihan yang Azhar kata menjadi hiburan semata-mata.... SEBAB CERAMAH AZHAR AKHIRNYA MENJADI HIBURAN SEMATA-MATA....KETAWA DI SURAU INI, KETAWA DI MASJID ITU....

Terpandang satu artikel "  PARA SAHABAT PERNAH BERKATA : Sabda NABI : "KETAWA DI MASJID MENGGELAPKAN SUASANA KUBUR"



PANAS!!! BLOGGERS TERKENAL MENYERANG TERENGGANU????

Aduh!! Paroks...parok sangat....Angin betul aku.....mana tidak hampir 50 orang bloggers dan facebookers terkenal dari seluruh Malaysia telah menyerang negeri Terengganu dua tiga hari lepas.

AAKJ MENYERANG TERENGGANU???

Mereka termasuk PAPAGOMO, RBF, FLYKICKS, APA (AKU PEDULI APA), CUCU TOK SELAMPIT, PAS BERUK, AZMY AWANG KELANA JAYA, JAS SALLEH  dan ramai lagi yang tak sempat Angin tulis di sini. Macam-macam "senjata" yang mereka bawa, ada yang bawak kamera, i-pad, blackberry, guan telephone cangkih untuk tweet dan lain-lain lagi.

Angin pun mencelah sama jugaklah....

Heheheee..... jangan le mengelabah, sebenarnya mereka dijemput khas ke Terengganu atas inisiatif DATO WAN HISHAM BIN WAN SALLEH dan  blogger DIN TURTLE untuk satu program yang begitu bermakna bagi Angin di Terengganu ini. Maklum ler, kita ini orang kecil, perlukan tunjuk ajar blogger-blogger terkenal seperti mereka.
PAPAGOMO JUGAK HADIR DALAM PROGRAM TERSEBUT

PROGRAM CETUSAN DATO WAN HISHAM WAN SALLEH
Apa yang menariknya  ketika di sini, kami dibawa menaiki cruise menyusuri sungai Terengganu (Sebenarnya Angin sendiri tak pernah naik cruise walaupun angin anak jati Kuala Terengganu) dan kami singgah di Taman Tamaddun Islam di Pulau Wan Man. Di sana kami di sambut oleh YB Tuan Haji Razif Bin Abdul Rahman, Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Penerangan tentang negeri Terenggani diperjelaskan oleh YB Razif.... Urmmmmmm...... HEBAT NEGERI DARUL IMAN ini sebenarnya. Rakyatnya dah celik mata dengan kebajikan yang telah diberikan oleh KERAJAAN MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN ini.

Sebelah malamnya pula kami dipertemukan dengan YAB DATO SERI HAJI AHMAD BIN SAID dan dihidangkan dengan makan malam. Kemudian YAB MENTERI BESAR meluangkan masa hampir 3 jam untuk menjawap soalan-soalan dari bloggers. Bukan YAB MENTERI BESAR yang nak termuntah dengan soalan-soalan tapi angin tengok bloggers jemputan ini hampir kehabisan soalan yang nak ditanya.... huhuhuuhuhu...HEBATNYA MB aku ni, apa taknya, semua soalan dijawap dengan steady sahaja, siap dengan penjelasan yang panjang lebar lagi... Ada seorang peserta tu sempat berbisik dengan angin katanya "MB ini seorang insan yang cerdik lagi bijaksana, kami pulak yang kalah dengan jawapan yang diberikan) Huh!!! terangkat beb..bangga tul aku dengan MB aku ini. (KEMBANG SEGALANYA MASA TU BRO....)

MB TERENGGANU SEORANG YANG BIJAK




Keesokan harinya diadakan FORUM berkaitan peranan bloggers dalam menghadapi PRU13 dengan panelnya YBHG DATO WAN AHMAD FARID Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, RBF, AZMI AWANG KELANA JAYA dan ENCIK HAMBALI iaitu pegawai penyelidik kepada YAB MENTERI BESAR TERENGGANU. Banyak yang dikongsikan ketika forum berlangsung. Yang paling menyentuh hati apabila AZMY AWANG KELANA JAYA meminta kami, cybertroopers dari Terengganu bangun dan kemudian meminta kepimpinan negeri melihat kami, melihat dari sudut yang lebih mendalam, menjaga kebajikan kami yang berjuang gila-gila untuk menjaga nama baik negeri DARUL IMAN yang tercinta ini. Tepukan gemuruh diberikan kepada kami......Terimakasih banyak-banyak Abg Azmy....

Tapi sepanjang forum itu, ada satu perkara yang paling angin tak dapat lupa apabila RBF yang pernah 'SEPI MENGENANGKAN NASIB"  berpesan kepada kami seupaya tidak mengharapkan apa-apa ganjaran tetapi tunjukan BUKTI bahawa kita benar-benar berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Juga kata beliau : UMNO MENGGUNAKAN POLITIK UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA tapi PAS MENGGUNAKAN AGAMA, BANGSA DAN SANGGUP MENGGADAIKAN NEGARA DEMI POLITI PRIBADI MEREKA.

Angin merasakan apa yang dicetuskan oleh DATO WAN HISHAM WAN SALLEH ini adalah satu program yang amat memberi kesan kepada blogger kecil seperti kami. Kami memerlukan  sokongan dari bloggers ternama untuk memberi tunjuk ajar dan terus terang astinya untuk menaikkan ranking blog kami. 

Memang ada yang tak puas hati tapi.....lantaklah. Yang penting pengalaman dan tunjuk ajar itu lebih penting dari benda-benda remah yang tak masuk akal.

Apapun angin sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada DATO WAN HISHAM WAN SALLEH, YB TUAN HAJI RAZIF dan yang paling PENTING YAB DATO SERI MENTERI BESAR TERENGGANU yang begitu MESRA BLOGGER.

I luvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv Terengganu..

p/s: Dengar kata Terengganu adalah negeri pertama yang mesra blogger, negeri lain nak tengok saja ke?




Angin Laut China Selatan Kembali Bertiup

alhamdulillah setelah hampir 8 bulan angin tak bertiup akhirnya malam ini baru terasa deruan yang menuentuh muka dan perasaan.

Bukan apa.. Angin tak jumpa cari email dan password....caripunya cari akhirnya berjumpa juga....hehehehee...

Selama angin tidak betiup, angin mengikuti perkembangan kawan-kawan yang lain...hebat mereka menulis...angin terketar- ketar menahan perasaan ingin menulis...

Tapi sepanjang masa itu, angin gunskan untuk meniimba seberapa banyak ilmu...pesan tok guru angin, iaitu puting beliung hati biat kering, peduli apa orang nak kata, baru kita bolej menulis...terbaru angin semoat berjumpa rakan2 blogger terkenal dari kuala lumpur..ramai yang datang dalm program bersama blogger kecil macam angin.

Angin ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terimak aish kepada semiua blogger yang hadir ke program tersebut yang sedia memberi tunjuk ajar pada kami yang kerdil ini...insyaallah angin akan terus bertiup untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara angin yang tercinta ini....

Terima kasih juga angin ucapkan kepada bos bos angin yang memberi cukp ruang kepada angin untuk menulis dan mencari jalan untuk memajukan anak buah angin demi memertabatkan parlimen yang angin sayangi parlimen Kuala Terengganu.