Salam....
Sebelum bercerita tentang PRK, Angin ingin memaklumkan bahawa Angin kembali bertiup...begitu lama rasanya tak menulis..kekok pula... tapi tak mengapa... Angin akan teruskan...
PRK Kajang akan berlangsung Ahad ini, pengundian awal telah diadakan pada hari ini.setakat entri ini ditulis, sudah 40% pengundi awal keluar mengundi.
Calon-calom PRK ketika ini pastinya telah menemui seramai mungkin pengundi di Kajang itu.
Sehari dua ini, timbul cerita bagaimana Wan Azizah mendapat malu du kedai makan... tak tahu sejauh mana kebenarannya....hari ini pula anak beliau diherdik Mak Cik pekedai yang kedainya mungkin akan diroboh oleh pihak berkuasa Selangor.
Kita tinggalkan kisah Ibu dan anak ini.... kita bercerita tentang ayahanda kesayangan mereka. Setelah didapati bersalah oleh Mahkamah dan dikenakan 5 tahun penjara, (kemudiannya dia merayu). dia masih boleh ke sana ke mari berkempen untuk Isteri dan partinya.(Tak payah cerita tentang poster2 yang jelas menunjukkan perjuangan Azizah hari ini hanya untuk suaminya Anwar dan bukan untuk rakyat.)
Beliau terus berceramah di pentas-pentas untuk memberitahu rakyat apa yang beliau dan parti inginkan.(mungkin sambil2 tu kutuk2 UMNO Barisan Nasional). Kemudian pstinya penyokong akan bertepuk tangan dan bersorak. Maklumlah penyokong... mesti menyokong...biar nampak meriah.... pastinya melayu, cina dan india terus mendengar celoteh Anwar....ada yang menelannya bulat2 macam bulat BULAN, mungkin ada jugak nak terus naik ROKET mengundi calon PKR, mungkin ada jugak yang nak intai dulu disebalik 2 BULAN SABIT.
Begitulah ANWAR... masih hebat seperti dulu-dulu.... Ceramah beliau boleh menarik insan-insan yang mendengarnya....tapi disebaliknya kelunakan suara dan keenakan kutukan kepada Barisan Nasional, Anwar punya banyak helah... helah yang telah banyak merosakkan nama baik negara.
1. RACUN ARSENIK
Ingatkah anda pada tahun 1999 ketika perbicaraan Anwar kes liwat kali pertama, beliau mendakwa telah diracun menggunakan racun ARSENIK. Ketika itu seluruh rakyat bangkit marah kepada kerajaan dibawah pemerintahan Tun Mahathir.
Ketika itu juga timbul dakwaan konspirasi membunuh Anwar. Ada yang menyatakan Anwar akan mati pada tahun itu juga (1999). Ianya diwar-warkan oleh Karpal Singh dan Calon PRK Kajang iaitu Wan Azizahlah yang menjadi lidah kepada Anwar untuk mewar-warkan perancangan ini.
Dakwaan itu telah heboh seluruh dunia, Malaysia menjadi tajuk akhbar dunia. Nama Malaysia terlalu buruk ketika itu kerana pemimpinnya yang menzalimi Anwar. Arsenik Anwar telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dipandang jahat oleh dunia.
2. BERKERUSI RODA DAN PENYENGGAL LEHER
Ingat lagikah anda dengan video anwar berkerusi roda dan memakai penyenggal leher ketika dipenjara? Semuanya rentetan dari diracun Arsenik. Satu dunia menajdi kasihan kepada Anwar kerana keadaan yang sangat tidak sihat sehingga satu ketika terpaksa di dukung hantar 3 4 orang untuk menaiki ambulan.
Apabila keluar dari penjara tahun 2004, beliau keluar dengan di papah dan terus di bawa keluar negara untuk rawatan kononnya. Apabila sampai sahaja di Munich beliau digambarkan sihat sejahtera tidak mengalami apa-apa sakit.,
3. DI SUNTIK HIV
Anwar juga pernah mendakwa disuntik HIV untuk menlenyapkan beliaudari muka bumi ini... Sekali lagi dunia memandang kepada Malaysia.
4. RANCANGAN MEMBUNUH ANWAR SEHINGGA TERPAKSA BERLINDUNG DI KEDUTAAN TURKI.
Ketika Saiful membuat laporan polis, Anwar terus cabut lari ke Kedutaan Turki konon ada rancangan mahu membnuh beliau.
5. BUKTI JAM OMEGA MASIH TIADA BERKESUDAHAN...
Ingat jugakah anda dengan jam omega yang menjadi bukti orang yang didalam video bersama pelacur cina?
Wan Azizah calon kajang yang mengatakan jam Omega itu masih utuh di simpan mereka sekeluarga.
Sebenarnya banyak lagi pembohongan Anwar kepada penyokong penyokong beliau. Namun sehingga kini penyokong terus-terusan di momok dan percaya kepada insan ini. Angin tak tahu di mana pertimbangan mereka. Buta mata dan buta hati...
Sehingga hari ini Anwar masih bernyawa, tidak menjadi arwah... dan tidak pernah di panggil ALLAHYARHAM.... rupanya Anwar sangat hebat, racun ARSENIK dan HIV tidak dapat mengalahkan ANWAR.
Berbalik kepada PRK Kajang... Insan bernama Anwar yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri dengan menjadikan PRK Kajang sebagai batu lonjatan. Untung menang boleh menjadi Menteri besar Selangor seperti yang tersebar sebelum ini.
Ada jugak yang menyatakan helah mengosongkan kerusi Kajang dalam waktu kes rayuan Saiful berjalan adalah serampang dua mata.
1. Sekiranya Anwar menang kes tersebut, beliau akan diangkat menjadi MB Selangor menggantikan Khalid
2. Sekiranya beliau kalah (dah memang kalah), kes ini boleh dijadikan alasan untuk memburukkan lagi kerajaan dengan mengaitkan mereka dengan sistem kehakiman.
Ini bermakna, semua ini menjelaskan bahawa Anwar sentiasa mempunyai helah untuk kepentingan politik beliau. Telah terlalau lama penyokong dan rakyat diperbodohkan oleh insan bernama Anwar ini.
Hanya satu cara sahaja untuk menghentikan Anwar dari berbohong dan terus memburukkan nama negara ini..... JANGAN UNDI PKR .