Sunday, 10 February 2013

CATRIONA ROSS SEDIH DENGAN ARTIS PAS??

Salam buat semua.....




Catriona Ross atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross melahirkan rasa sedihnya dan menasihati sesiapa sahaja termasuk artis yang bertudung agar tidak menghina individu lain kerana Allah boleh menarik semula hidayah itu sekelip mata. Walaupun tidak menyebut secara langsung nama mereka yang beliua maksudkan berhubung isu yang dibangkitkan ini, namun rata-rata peminat seni tanahair yakin beliau merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Abby Abadi dan Bob Lokman

Abby Abadi dan Bob Lokman sebelum ini mengatakan ingin berhijrah kearah yang kononnya lebih Islamik kerana hidayah yang diterima dari Allah swt. Sejurus selepas menyatakan sokongan  terbuka kepada pakatan pembangkang, mereka telah diangkat sebagai penceramah pakatan dan mula mengeluarkan kenyataan menghina dan merendah-rendahkan artis lain.





Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengkritik dan menyalahkan kerajaan ketika menyampaikan ceramah di pentas pembangkang kerana dikatakan telah gagal memastikan syiar Islam terus berkembang  di negara ini.



Selain dari itu, bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim itu sebelum ini pernah mengatakan pelakon yang bersentuhan bukan muhrim dan yang tidak menutup aurat adalah haram rezeki yang diperolehinya. Ujar Abby “Bila kita tidak menutup aurat, bila kita bersentuhan secara sengaja dengan yang bukan mahram rezeki kita itu adalah haram.

Abby juga sebelum ini yang pernah dikaitkan dengan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan tetapi ketika ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan arkitek terkenal Dato Raja Kamarul Bahrin.

Catriona ketika diminta memberi pandangan mengenai artis-artis wanita sejak kebelakangan ini mengambil pendekatan menutup aurat melahirkan rasa sedih dengan sesetengah pihak yang (kononnya) sudah berubah tetapi cuba memperlekehkan orang lain yang tidak bertudung.

“Jangan buat macam itu! Setiap manusia ada fasanya dan Allah itu boleh tarik bila-bila masa sahaja hidayah yang diberi,” katanya.

Baca seterusnya di SINI


Kepada rakan-rakan dari bangsa tionhua, Angin ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai.

No comments:

Post a Comment