Sunday, 10 February 2013

PAKATAN RAKYAT MAKIN KURANG AJAR???


Salam buat semua...



Hari ini, kaum Tionghua akan merasa hari kebesaran mereka, Sambutan Tahun Baru Cina.Angin juga ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Happy Chinese New Year buat semua rakan-rakan dari kaum tersebut.

Sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun ini pastinya disambut meriah dalam keadaan suasana aman di Malaysia dengan ekonomi yang begitu baik. Keadaan ini pastinya akan lebih mengembirakan semua rakyat terutama mereka yang berbagsa cina.

Dalam kegembiraan ini, rupanya ada juga yang cuba membuatkan hati oang melayu terguris. Memang kurang ajar apabila membaca satu Artikel yang dikeluarkan oleh Suara Pakatan Rakyat mengenai iklan TV yang menunjukkan YAB Perdana Menteri, DAtp' Seri Mohd Najib yang bermain gendang. Pada Angin iklan ini sangat unik dan ianya sebagai satu penghormatan kepada kaum cina bahawa di Malaysia, pemimpinnya sangat menghornati budaya, adat dan perayaan bangsa lain.

Sebaliknya Suara Pakatan Rakyat menggangap bahawa iklan itu menunjukkan kebodohan orang melayu. Menurut Suara Pakatan Rakyat orang yang memukul gendang biasa berada dikelas bawah sekali. Sememangnya itu adalah satu kenyataan kurang ajar dari sebuah blog pembangkang.

Tidak ada dalam mana-mana transkrip yang menyatakan bahawa pemukul gendang berada kelas palling bawah sebaliknya tarian singa yang dimainkan bersama penari yang memakai kostum sberupa singa, pemain gendang dan bunyi-bunyian lain sebenarnya bagi bangsa cina bermaksud sesuatu yang akan membawa tuah.


Apakah mereka sengaja mahu menaikkan kemarahan orang melayu supaya berlaku kucar kacir di sini??? atau mereka takut dengan kesungguhan Perdana Menteri membantu rakyat??

Aapa-apa pun Angin yakin semua rakyat yang menonton iklan itu akan merasa kagum apabila seorang PM telah sanggup membuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negara ini kerana kita sememang 1Malaysia.

Ayuh kita raikan TAHUN BARU CINA ini dengan meriah!!!



No comments:

Post a Comment