• Awal-awal, belum apa apa lagi dah nafi tidak terlibat atau menjadi penyebab keruntuhan
• Binaan kontraktor dibuat berdasarkan lakaran dan cadangan arktiek
• Tuding jari salahkan pihak lain, termasuk JKR- tangan yang memberi pun digigit
Arkitek yang diberi tanggung jawab dalam pembinaan Stadium Sultan
Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu ini ialah milik Raja Bahrin
sendiri, iaitu Senibahri Arkitek, bukan arikitek lain.
Pembinaan sesuatu bangunan adalah bermula dengan lakaran dan panduan arkitek!
Pembinaan adalah berdasarkan nasihat, lakaran dan panduan arkitek yang merekabentuk.
Lihat Deskripsi Tugas arkitek ialah:
Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji
ringkasan projek (project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan
lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci,
lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).
Apabila kertas laporan siasatan dikemukakan, Raja Bahrin awal awal
membuat penafian bahawa dia tidak terlibat…orang Terengganu kata, pintas
awal-awal.
Biasanya, bila bersalah, kita cepat-cepat naïf dan melenting , belum
apa apa lagi sudah membuat panafian- maka dari sudut psikologinya
sebenarnya berasa buat salah dan cuba mengatakan diri kita tidak
bersalah.
Senibahri Arkitek milik Dato’ Raja Baharin, syarikat perunding yang
dilantik kerajaan negeri untuk mereka bentuk kerangka Stadium Sultan
Mizan Zainal Abidin (SSMZA), menafikan terbabit dengan reka bentuk
bumbung stadium itu yang runtuh.
Pemilik syarikat itu, Raja Kamarul Bahrin Shah, mendakwa bahawa
pihaknya hanya ditugaskan untuk merekabentuk struktur bangunan stadium
sahaja.
Betullah dari reka bentuk itulah kontraktor jadikan panduan untuk
pembinaan- maknanya rekabentuk tidak mengambilkira kesan apabila
dijalankan pembinaan
Sepatut awal awal Raja Bahrin tidak merekabentuk bumbung stadium
seumpama itu kerana rekabentuk yang dicadangkan dan dilakarkan itulah
menjadi ikutan kontraktor binaan.
“Kita hanya bertindak sebagai perunding kerajaan dan tidak terbabit
secara langsung dengan reka bentuk terperinci struktur dan pengawasan
pembinaan bumbung tersebut” katanya.
(lihat cepat cepat Raja Baharin menuding jari kepada pihak lain).
“Sementara kami, dilantik oleh kerajaan negeri dan tidak terbabit
dengan reka bentuk terperinci struktur dan juga pengawasan bumbung
tersebut,” katanya.
Sambil menyambut baik pendedahan Menteri Besar, Raja Kamarul Bahrin
berkata, bahawa pihaknya sudah memberi penjelasan penuh kepada Lembaga
Arkitek Malaysia (LAM) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berhubung
kejadian tersebut.
Raja Baharin juga menuduh Jabatan Kerja Raya JKR yang bersalah.
Pemilik Senibahri Arkitek itu mendakwa JKR yang bersalah kerana dakwanya
lagi bahawa sebelum ini pihaknya pernah memberi pandangannya kepada
Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung ketidaksempurnaan bumbung tersebut
yang dikesan sejak dalam proses pembinaan.
Baca seterusnya :SINI
No comments:
Post a Comment