Salam buat semua...
Menteri Besar Terengganu akan menyampaikan kunci Pangsapuri Ladang Gemilang 2. Majlis itu dijangka akan berlangsung pada jam 2.30 Petang 20 Februari 2013 di perkarangan Pangsapuri tersebut.
Pangsapuri ini akan menempatkan penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh Kerajaan Terengganu di kawasan Kg Tanjung.
Pangsapuri yang mempunyai 192 unit rumah ini adalah Fasa 2 selepas Ladang Gemilang 1. Tidak pernah berlaku sebelum ini dimana mana tempat didunia, kerajaan membina penempatan penduduk sebelum proses pengambil alihan dibuat kecuali Kerajaan Terengganu sebagai kerajaan yang cakna rakyat.
Di majlis yang sama juga dijangka akan diadakan penerangan berkenaan pengambilan tanah kampung tersebut yang akan dibuat sediri oleh YAB Menteri Besar.
SEMOGA PENDUDUK YANG TERLIBAT AKAN GEMBIRA DENGAN PENEMPATAN BARU MEREKA.KERAJAAN TERENGGANU TIDAK PERNAH MENGANIAYA RAKYATNYA SEPERTI DAKWAAN PIHAK PEMBANGKANG KERANA PENDUDUK YANG TINGGAL DI KG TANJUNG AKAN TERUS HIDUP GEMBIRA DI DALAM KAWASAN BANDAR TERENGGANU.
No comments:
Post a Comment