KUALA LUMPUR 27 Mac - Sekumpulan wartawan dan jurufoto media tempatan
terus hampa selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak
kelihatan hadir ke Istana Negara hari ini.
Seperti biasa sebelum mesyuarat Kabinet setiap hari Rabu, Najib akan
menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Sebelum ini tiada tumpuan media ketika Najib seperti biasa memasuki
istana kira-kira pukul 7.50 pagi setiap Rabu dan menghabiskan masa
sehingga satu jam, namun disebabkan tarikh pembubaran Parlimen semakin
hampir, rutin tersebut menarik perhatian para media.
Hari ni, ada dalam kalangan media yang hadir sudah berada di Istana Negara sejak pukul 7 pagi lagi.
Difahamkan Tuanku Abdul Halim berada di Langkawi untuk melawat
Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment