Salam buat semua pembaca AnginLautChinaSelatan.
Bukan kerana kesedihan atau kekecewaan menyebabkan angin berhenti seketika dari bertiup. Jika boleh Angin ingin terus bertiup membawa cerita benar demi agama, bangsa dan negara.....
Ish!!! Jiwang plok dohs.....
Okaylah...hari ini Angin nak cerita tentang sati program yang kini sedang diperkatakan di Terengganu. Program yang pada asalnya Angin sendiri tertanya "perlu ke???" tapi kini Angin nak sokong 100%....
Walaupun nama program tu Walk4Malaysia mendapat kutukan beberapa facebooker yang datang entah dari ceruk mana tapi pada Angin apa ada pada nama. Yang penting ialah pengisianya....
Khabarnya walk4malaysia akan membawa beberapa mesej penting kepada rakyat Malaysia. Walk4Malaysia merupakan manifestasi rasa syukur pada ALLAH yang mengurniakan sebuah negara yang aman damai kepada hambaNya. Juga membawa harapan agar keamanan ini dapat dikekalkan dan dibajai agar iannya terus menerus menjadi legasi untuk ditinggalkan kepada anak cucu.
Walk4Malaysia juga adalah satu program untuk memberi peluang kepada rakyat menyatakan rasa terima kasih kepada kerajaan Terengganu dan Kerajaan pusat yang sentiasa mendahulukan rkyat dalam segala hal.
Peserta Walk4Malaysia khabarnya akan melalui beberapa buah negeri iaitu Terenggnau, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putra Jaya.
Mereka akan berjalan berteruskan selama 16 hari dan berhenti di perhentian-perhentian tertentu. (Insyaallah Angin akan dapatkan Peta Keseluruhan nanti.....) Berita yang Angin dapat, mereka akan melalui jalan-jalan tertentu merentasi seluruh negei Terengganu.
Yang lebih menarik mereka akan membawa tabung kemanusian yang diberi nama Tabung Kemanusian Muslim Unity untuk membantu umat islam yang negara mereka sedang bergolak seperti Syria, Mesir, Palestin dan lain-lain. Mungkin ada pameran gambar-gambar mangsa keganasan dibuat untuk menyedarkan rakyat negara ini khusunya Terengganu akan nasib malang yang mungkin menimpa jika kita terleka.
Sememangnya rakyat negara ini perlu sedar bahawa keamanan yang dikecapi kini bukan datang bergolek. Ianya adalah titik peluh pemimpin terdahulu yang berjuang mendapatkannya. Kita pastinya tidak mahu negara berdaulat ini menjadi seperti Palestin, Syria atau Mesir yang kacau bilau bertahun-tahun kerana kerakusan manusia.
Terkadang kita terlalu selesa dengan apa yang kita nikmati sekarang sehingga kita lupa segalanya mungkin terjadi. Apalagi dalam keadaan sekarang, mungkin ada yang iri dengan apa yang dinikmati di Malaysia. Bangsa Melayu yang dahulunya tidak dipandang, kini boleh berbangga dengan kemajuan negaranya.
Cuma masih ada yang memandang sinis dengan usaha walk4malaysia. Cuba kita berfikiran lebih besar dan lebih terbuka untuk bersama menjayakan program ini.
Angin doakan semoga program Walk4Malaysia mendapat kejayaan. Dan insyaallah Angin akan update program ini dari masa kesemasa...
No comments:
Post a Comment