Salam....
Di mana-mana pun ketika ini sedang rancak berlangsung Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan sayap-sayap. Begitu juga di Kuala Terengganu.
Angin bertiup di sebahagian tempat persidangan berlangsung. Seronok melihat kesungguhan ahli UMNO bekerja mengumpulkan ahli supaya hadir ke persidangan. Malah ada beberapa tempat yang Angin menggeleng kepala sebab jika thaun-tahun lepas nak ajak 10 orang bersidang pun payah tapi untuk kali ini belum jam 8.30 malam kawasan persidangan dah penuh.
Hebat betul orang UMNO bila musim pemilihan mengalahkan piliharaya umum. Alangkah bagusnya cara kerja pemilihan ini diaplikasikan dalam pilihanraya umum. Konfirm Kuala Terengganu tak kena 0 - 5.
Malah jika rumput dihadapan rumah ahli boleh bercakap, mungkin dua tiga hari lepas rumput-rumput ini dah menjerit, "Woi!!! sudah-sudahlah pijak aku...sampai lonyeng (hancur berkecai) tubuh badan aku".
Begitulah hebatnya pemilihan umno di Kuala Terengganu.
Ada beberapa perkara menarik yang berlaku di sini. Mungkin ianya adalah satu kebaikan untuk ahli bagi mengatur persediaan menghadapi pilihanraya akan datang.
Angin dapat merasakan transformasi telah bermula di sini. Ramai muka baru muncul mencabar orang-orang lama dan mereka menang. Mereka masih muda dan berwibawa. Mungkin inilah yang dikatakan kuasa orang muda.
Sebagai contoh di UMNO Cawangan Kubang Ikan, Gong Tok Nasek dalam Dun Batu Buruk, orang muda mengalahkan bekas ketua cawangan. Rata-rata yang hadir persidangan ialah anak muda. Jika sebelum ini nak ajak orang muda pergi persidangan pun payah tapi kali ini mereka berpusu-pusu datang ke tempat persidangan. Mungkin mereka mahukan pembaharuan. Mungkin juga mereka sudah serabut dengan cara lama pemimpin mereka yang terdahulu.
Bagi peringkat bahagian pula, yang menawarkan diri rata-rata adalah orang muda.
Datuk Mohd Sabri Alwi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan ketua yang mana penyandangnya iaitu Dato' Wan Ahmad Farid telah menyatakan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Datuk Mohd Sabri Alwi atau Mat Kerok seorang yang masih muda dan digelar sebagai pemimpin akar umbi. Beliau akan di cabar oleh YB Cikgu Zubir Embong Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu dan seorang kontraktor yang Angin sendiri pun masih belum kenal.
Untuk jawatan Timbalan Ketua pula, beberapa nama disebut akan menawarkan diri iaitu Dato' Wan Hisham yang kini Naib Ketua, Encik Wan Kamal Wan Ismail (kini AJK Bahagian) dan Datuk Ibrahim Mohammad (kini AJK Umno Bahagian).
Bagi mengisi kekosongan Naib Ketua, nama-nama seperti Encik Badrol Hisham Zaki, Pegawai Khas MB, Encik Asmadi Awang (AJK Bahagian), Encik Wan Mahyuddin Wan Ngah (Ajk Bahagian), Encik Latif Ibrahim (AJK Bahagian) disebut-sebut menawarkan diri untuk bertanding.
Yang lebih hebat adalah jawatan Ketua Wanita yang khabarkan dikosongkan oleh penyandang sekarang iaitu Puan Hajjah Jannah Zaleha Binti Nik. Nama-nama seperti Puan Nordiana Dato Shafie, Puan Rozalina Binti Mokhtar adalah orang muda yang menawarkan diri untuk bertanding.
Bagi pemuda pula, Saudara Mohd Fadzlong Yusof yang kini menyandang PSU, khabarnya akan ditentang oleh 2 calon lain. Puteri juga akan ada pertandingan.
Wah..... hebat sungguh!!!! Semua jawatan mungkin ada pertandingan. Mungkin kini masing-masing sedang mengatur stratergi, semua sedang berkira-kira untuk mengumpul jentera masing-masing.
Apa yang Angin harapkan semoga semua yang menawarkan diri akan bertanding dengan berhemah dan baik. Jangan menerjah peribadi lawan. Angin tidak mahu pertandingan ini akan memulakan bibit perpecahan dan dendam yang akan di bawa sehingga ke PRU 14 nanti.
Parti lawan sedang memerhati dan mereka akan bertepuk tangan jika ada kesilapan walaupun kecil kerana mereka boleh menjadikan kesilapan kecik itu menjadi sebesar dan setinggi gunung everest.
Harapan Angin orang-orang muda yang memenangi pertandingan nanti akan membawa UMNO Kuala Terengganu ke arah lebih cemerlang dan mampu melakukan sesuatu untuk PRU14.
No comments:
Post a Comment