Tuesday 31 January 2012

TAHNIAH!!!!! ANAK MUDA KUALA TERENGGANU (BERANI BERUBAH) - ADAKAN KTTV

Angin ingin mengalungkan ucapan Tahniah kepada GERAKAN KEBANGKITAN ANAK MUDA KUALA TERENGGANU (BERANI BERUBAH) yang melangkah lebih jauh dalam dunia media baru. Ini berikutan keluarnya di Youtube dengan nama TV KUALA TERENGGANU (KTTV).





Menurut seorang sahabat yang mengenali pengendali KTTV, pasukan KTTV seramai 6 orang akan mengeluarkan berita-berita semasa yang berlaku di Kuala Terengganu. Mereka juga akan membongkarkan segala fitnah dan penipuan pembangkang terutamanya PAS demi untuk memenangi PRU13.

"Kali ini kami tidak akan berundur lagi, kami sudah muak bila menonton video di youtube yang memaparkan pemimpin PAS memfitnah pemimpin kami, sebagai contoh YB Bukit Payong yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu yang memfitnah Ketua UMNO Bahagian, DAto' Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh baru-baru ini. Banyak lagi yang akan kami dedahkan, antaranya bagaimana salah seorang YB dari DUN Dalam Parlimen Kuala Terengganu adalah penyebab kepada runtuhnya sebuah rumahtangga. Kami mahu rakyat tahu siapa mereka yang sebenarnya, bercakap tentang agama tetapi sanggup melakukan apa saja demi kepentingan peribadi", demikian kata seorang salah seorang pengendali youtube KTTV.

So, sahabat2 nantikan Kuala Terengganu TV untuk terus mengetahui apa yang berlaku sekitar Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment