Dalam keghairahan pembangkang menugutuk puteri umno yang melawat pengundi dengan beras 5 kilo rupanya mereka juga telah membawa ole-ole untuk mengundi di sini.
Kata dulang paku serpih kata orang dialah yang lebih. Begitu perumpamaan yang paling sesuai untuk puak PAS. Dengan membawa biskut, mereka masuk meraih undi. Bagi mereka bukan sekampit beras 5 kilo tapi nilai maruah dan undi pengundi ialah sebungkus biskut.
Nasib baik mereka tak bawa "Chipsmore" yang sesuai dengan mereka iaitu masa pilihanraya mereka ada buat baik, lepas pilihanraya mereka hilang tak dapat di kesan, timbul-timbul pilihanraya akan datang pulak membawa hadiah yang baru.
Angin jugai ingin membawa satu lagi perkara yang telah berlaku di sini... Artikel yang Angin ambil dari Terengganu Today
Peristiwa jentera Wanita UMNO Marang yang dihalau daripada 
menjalankan kempen dari rumah ke rumah di Kg. Tualang dua hari lepas 
telah membuka mata banyak pihak bahawa penyokong Pas di kawasan 
berkenaan sememangnya takut pada bayang-bayang mereka sendiri. 
Sebelum kejadian halau itu berlaku, jentera Wanita berkenaan sempat 
menziarah tiga buah rumah sebelum mereka didatangi dua orang lelaki 
tempatan menasihatkan mereka agar beredar dan memanggil semua jentera 
yang lain untuk keluar dari kampung berkenaan jika tidak mahu perkara 
yang tidak diingini berlaku.
Mengikut Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, Toh Puan Hajjah Zaiton 
binti Mat Amin yang mengetuai jentera kempen berkenaan, 
pengundi-pengundi di kawasan berkenaan telah disuapkan dengan berita 
atau maklumat dari sebelah pihak sahaja dan mereka tidak terdedah dengan
 maklumat daripada pihak kerajaan yang memerintah.
Rata-rata pengundi-pengundi di kawasan Kg. Tualang ini terutamanya 
penyokong Pas tidak tahu rancangan kerajaan untuk membela nasib rakyat. 
Mereka hanya dimomokkan segala agenda kerajaan BN adalah untuk menindas 
rakyat. Sebagai contoh masih ada yang tidak tahu bahawa pendidikan 
sekolah di Malaysia adalah percuma. Mereka juga mempertikai peranan 
PTPTN, mempertikai GST tanpa mereka tahu untuk menilai kebaikan GST 
kepada rakyat. Segala maklumat yang mereka terima adalah perkara-perkara
 yang memburukkan kerajaan yang ada.
BACA SELANJUTNYA DI  TERENGGANU TODAY 
.
 


 







