Dikhabarkan PAS Terengganu akan mengadakan satu demo pada 24 April ini di hadapan Wisma Darul Iman kerana membantah rampasan tanah yang kononnya dilakukan oleh Kerajaan Zalim BN Terengganu. Bagi mereka ini adalah jalan terakhir untuk mereka mendapat keadilan. Selaku kononnya "pejuang Islam" mereka sudah tidak ada jalan lain kecuali demo yang memberi beribu kemungkinan. Paling tidak akan berlaku kerosakan harta bende kerajaan seperti hiasan jalan dan lain-lain seperti pernah berlaku di Jalan Sultan Mahmud ketika demo mereka berdekatan dengan Permai Park in atau ketika demo bantahan "rampasan tanah" di RTB Bujal yang diadakan dihadapan pejabat kerajaan negeri itu pada tahun 2005 dahulu.
Mungkin membaca sudah lupa akan kejadian pada malam 9 September 2007 ketika sekumpulan penyokong pembangkang bertindak liar selepas diarah bersurai oleh pihak berkuasa di Jalan Sultan Mahmud. Di situlah berlaku keganasan oleh puak mereka ini. Mereka membaling batu kepada pihak berkuasa dan menjahamankan harta kerajaan seperti lampu isyarat dan pasu di pembahagi jalan. Di malam itu jugaklah seorang anak muda MELAYU telah MEMBAKAR BENDERA MALAYSIA - JALUR GEMILANG.
Masihkah jugak kau ingat ketika demo di hadapan Wisma Darul Iman ketika membantah rampasan tanah di bujal. Banyak harta kerajaan yang dirosakkan oleh puak ini. Kereta yang di gunakan oleh YB Dato' Rosol yang ketika itu adalah Exco kerajaan negeri juga dirosakkan.
Sebenarnya ketika itu, wakil mereka diberi peluang untuk berjumpa dengan beberapa orang exco termasuk Dato' Wan Hisham wan Salleh, YB Dato' Rosol dan beberapa orang yang lain. Diperjumpaan itu jugalah Dato' Wan Hisham telah menerangkan mengapa tanah-tanah tersebut di ambil semula. Ianya kerana ada yang tidak layak juga merima tanah tersebut. Antaranya ada yang berpendapatan sehingga RM15,000.00 sebulan. Sedangkan tanah tersebut sepatutnya diberikan kepada mereka yang layak berpendapatan rendah. Namun ketika penerangan diberkan wakil mereka iaitu Dato' Abu Bakar Chik telah bertindak kasar dan meninggalkan majlis tanpa menjawap salam dari YB dato' Rosol.
Namun pada 24 April ini, mereka sekali lagi akan mengadakan perkara yang sama... iaitu BERDEMO.
Pada Angin inilah kebodohan puak PAS, mereka terus menggunakan taktik lama yang sama, yang sudah lapok. berkarat dan telah diketahui rahsianya oleh rakyat. Mulanya mereka menawarkan beberapa jenis gula-gula kepada rakyat seperti air percuma sekiranya mereka menang di pru13, tetapi selepas diterangkan kepada rakyat bahawa air yang ditawarkan hanya bernilai RM11.00 sebulan, tawaran mereka tidak mendapat tempat di hati rakyat. Kemudain mereka beralih pula kepada bersih 3.0, pemansuhan PTPTN tetapi semua stratergi mereka ditolak rakyat Terengganu, akhirnya mereka merakan mereka perlu membangkitkan rasa semangat baru untuk menghadapi pilihanraya yang bakal tiba. Lalu jalan berdemo di jalan-jalan raya perlu dibuat. Inilah taktik-taktik yang digunakan untuk menagih simpati rakyat. Pasti dalam demo itu nanti akan berlaku drama-drama yang akan menimbulkan rasa simpati kepada parti mereka yang sebenarnya semakin dibenci oleh rakyat. Dengan tingkah laku pemimpin mereka seperti kejadian Badrol Amin beberapa pemimpin lain yang di tangkap Khalwat, juga isu tanah di Rusila yang tidak dapat mereka selesaikan ketika mereka memerintah, maka demo ini sebenarnya bukan jalan terakhir untuk menyelesaikan isu tanah tersebut tetapi semata-mata jalan terakhir untuk mereka menagih simpati rakyat.
Di bawah ini, Angin sertakan perbualan antara beberapa orang kuat PAS didalam facebook sebagai bukti bahawa mereka hanya ingin menarik perhatian rakyat kepada parti mereka.
Inilah yang mereka ingin lakukan.... mencari publisiti murahan... |
JADI ANGIN MINTAK RAKYAT TIDAK LAGI MENJADI MANGSA KEPADA PEMBOHONGAN MEREKA INI. BIARLAH MEREKA TERUS TERJUN DENGAN LABU-LABU MEREKA.
No comments:
Post a Comment