Wednesday, 23 May 2012

DEBAT PTPTN : SIAPA UNTUNG???





Selama mesti ramai yang tak sabar menunggu jam 10.05 malam untuk menonton debat bertajuk PEMANSUHAN PTPTN : HALA TUJU PENDIDIKAN TINGGI NEGARA diantara Rafizi dengan YB KJ. DEBAT anjuran akhbar Sinar Harian bersama Astro Awani dan Bernama 24.Bukan senang nak tengok Debat sebegini "Live" di TV.



Penonton pastinya tak sabar melihat apa yang akan difaktakan di dalam debat tersebut. Apakah yang akan berlaku sekiranya PTPTN di mansuhkan?? dan apa pula yang akan berlaku sekiranya PTPTN ini diteruskan.Ramai juga yang ingin melihat sejauh mana "JAGUH" parti masing-masing menangkis hujjah pihak lawan. Ada juga yang nak mahu menilai apakah "JAGUH-JAGUH" mereka ini layak untuk diketengahkan sebagai wakil rakyat.

Maka tepat jam 10.05 Malam tadi berlangsunglah Debat yang di nanti-nantikan itu. Kedua-dua pendebat memang hebat menyerang, mengelak dan mengangkis serta menyerang semula dengan fakta-fakta dan auta-auta untuk menyatakan bahawa pendirian parti masing-masing adalah yang terbaik. Menggunakan angka-angka yang kadang-kadang memeningkan kepala kita sebagai penonton.

Selesai selama lebih kurang 1 1/2 jam maka tamat lah debat tersebut. Angin keluar minum dengan kawan-kawan. Havoclah cerita pasal debat. Ada yang kata Rafizi banyak bermain dengan jani bulan bintang macam yang YB KJ sebut. Janji yang akan membangkrapkan negara dalam masa 3 4 tahun. (Ala saja ambik apa YB KJ kata untuk menyedapkan perbualan di kedai kopi). Seorang plak kata YB KJ terkedu dengan soklan ke mana pergikan 237 billion yang di ambil dari Petronas ketika bapa mertuanya menjadi PM. Rafizi dikatakan lebih konsisten menjawap soklan-soklan tapi KJ tercungap-cungap menjawap soklan cepumas. Ada plak yang kata moderator nampak sangat menyebelahi pembangkang dan macam-macamlah. Masing-masing pun buatlah nasi tambah, lauk tambah, kauh tambah, tambah sudu dan garpu serta lain-lain untuk menunjukkan semuanya hebat.

Hakikatnya setakat itu sahaja ke?? Yang bercerita dengan Angin dikedai kopi tu ada yang sokong PR dan ada yang sokong BN. Jadi masing-masing akan terus mempertahankan "JAGUH" dan Parti masing-masing. Mereka sudah ada lambang yang akan di pangkah dalam pru akan datang. Cerita pasal debat antara kedua jaguh ini akan terus di bawa, mungkin untuk 3 4 hari di kedai-kedai kopi.  Mungkin bila mereka bercakap dengan kuat akan menarik minat orang lain yang berada di keliling. Tapi apa kesudahan isu PTPTN itu? Akan jadi bagaimana??

Walaupun sebenarnya bagi Angin PTPTN sebenarnya bukan isu, kerana tidak ada paksaan untuk pelajar untuk meminjam dari PTPTN. Kau nak kau pinjam, kau tak nak, guna duit FAMA (FATHER/MOTHER) kau. Jadi apa sebenarnya yang dicari dengan Debat tu??

PADA ANGIN DEBAT ITU TIDAK LEBIH DARI MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH. SEMBUNYIKAN PUNCA DAN HANYA SEBAGAI PROPAGANDA UNTUK MERAIH UNDI. Memang kalau dengar apa yang dicakapkan oleh Rafizi, konfirm kita akan terpikat, mana taknya dahlah semuanya percuma, siap nak beri belanja RM5K setahun untuk pelajar. Rakyat peduli ke dengan apa yang YB KJ kata bahawa negara akan muflis dalam 3 4 tahun jika janji bulan bintang Rafizi ini di teruskan??

Walaupun Rafizi merepek merapu dan meraban tak tentu hala, siap serang peribadi pihak lawan. Tapi dengan janji bulan bintang yang diucapkan pasti dapat menarik hati mak kiah-mak jenab serta pak mat pak jusoh. Mereka cuma tahu bahawa mereka nak pendidikan percuma untuk anak cucu mereka. Jangka panjang dari angka-angka yang YB KJ sebut apa mereka peduli. Entah-entah mereka tak faham pun. Dapat pulak ada anak-anak yang pro pembangkang sedang tonton sama. Spin sikit, pasti Mak kiah, Mak Jebab dan Pak Mat angguk, walau pun tak faham...

so, siapa sebenarnya untung dari debat tersebut????





No comments:

Post a Comment