Tuesday, 7 May 2013

TAHNIAH!!! PAS DAH TURUNKAN HARGA MINYAK DIKUALA TERENGGANU????




Alhamdulillah segalanya telah selesai... rakyat telah bersuara...

Bagi P036 dan keseluruhan dun didalamnya, Dun Ladang, Dun Wakaf Mempelam, Dun Batu Buruk dan Dun Bandar, rakyat memilih untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.

Dari pengamatan, ada beberapa punca yang menyebabkan perkara ini berlaku. Yang paling ketara ialah pengundi yang tinggal di luar Terengganu telah pulang untuk memberi undi kepada pembangkang. Juga satu lagi sebab ialah pengundi cina yang seolah-olah benar-benar mahu menghukum Barisan Nasional.

Mungkin juga ada benarnya bila desas desus berbunyi terlalu ramai yang bermuka-muka di sini. Sepanjang kempen yang angin sempat mengikutinya, rata penduduk amat gembira dengan calon yang diketengahkan. Ramai yang berkata kali ini Kuala Terengganu akan kembali kepangkuan Barisan Nasional. Bukan hanya parlimen malah Ladang, Batu Buruk juga berpeluang cerah untuk menang. Namun di hari mengundi segalanya bertukar.

Ramai rupanya pembohong di Kuala Terengganu. Pengundi Cina tak payah cakaplah. 90% berpaling tadah. Tak mengapa mungkin selepas ini pengundi cina tak perlu lagi berjumpa MCA dan Gerakan atau UMNO untuk minta tolong. Tak payah susah-susah nak ambil borang dana raya cina atau dana bakti remaja lagi. Semua tu mungkin boleh diberi oleh Parti yang mereka sokong. Mereka bercakap tentang janji-janji oleh pembangkang. Urmmm... hari ini mungkin cukai pintu rumah mereka dah tak perlu mereka bayar sebab semuanya dah diselesaikan oleh YB yang mereka pilih..

Bagi pengundi luar pula, Angin ingin mengucap jutaan terima kasih kerana anda semua pulang dan meninggalkan "tahi" kepada rakyat tempatan. Mereka semua datang dan mengundi pembangkang dan kemudian balik bersenang lenang di tempat mereka mencari rezeki. Yang tinggal ialah ibu, bapa, adik,kakak atau abang yang tidak akan mendapat pembelaan dari YB  baru yang mereka pilih.

Yang paling menarik ialah pengundi muda,  semua saluran pengundi muda kalah di Kuala Terengganu. Setelah mereka diberi berbagai kemudahan dan kesenangan. Mereka dihargai dengan Dana Bakti Remaja, Bantuan Awal persediaan ke universiti dan lain-lain. Ini cara mereka membalas budi. Angin rasa kerajaan Terengganu tak perlulah bersusah payah memikirkan hal mereka kerana mereka sudah cukup puas dengan pilihan mereka. Kerajaan tak perlulah lagi nak fikir pasal Bakti Remaja tu... batalkan saje.... duit tu lebih baik buat sekolah, jalan raya dan lain-lain.

Cuma satu yang pelik, kenapa pengundi masih mengundi orang yang tidak menghargai mereka?? Kalau tak percaya jom turun ke Kuala Terengganu, tengok berapa kali YB2 baru ini akan "service" rakyat yang memilih mereka. Pengalaman dah banyak, mungkin YB2 ini hanya akan dilihat semua 5 tahun akan datang.....

Terima sahaja lah...dah kamu yang pilih....
 



 

1 comment:

  1. Setuju...pengundi luar ibarat 'penyamun'. Mereka senang lenang lari hidup di kawasan BN! Setahun sekali bila raya baru nampak muka semula.

    1. kerajaan teganu banci isi rumah yg ada anak2 kerja di luar yg bakal undi akan dtg.

    2. buat peluang kerja canggih2 utk anak2 muda teganu, bg insentif supaya kerja di teganu..senang jaga.

    3. wakil rakyat BN tukar stail skit..sekali sekala lilit serban, pakai jubah retek..kain batik teganu.

    4. ajar akhlak politik islam, makna perlembagaan negara supaya anak2 teganu celik politik..jgn celik IT jer.

    5. laksana projek secara penglibatan masyarakat setempat..jgn asik impot tokeh luar jer..pengundi luar kita maroh, tokeh luah kita diam jer.

    ..tu guane cadangan kite ni?

    ReplyDelete