Thursday, 28 March 2013

WAJIB BACA : ANTARA KATA-KATA RASIST MEI 69 DENGAN UCAPAN DAN JANJI ANWAR... INIKAH PARTI PEMERINTAH NEGARA LEPAS PRU13??


Antara kata-akata yang pernah terpacul dari mulut seorang pemimpin DAP pada 12 Mei 1969:

12 Mei 1969 - Jalan Ipoh, Jalan Tenku Andul Rahman

"MELAYU BALIK KAMPUNG, MELAYU TIADA KUASA SEKARANG, KITA CINA SUDAH CONTROL"

 12 Mei 1969 - Jalan khir, Kampung Baru, di depan orang Melayu

" MELAYU KELUAR...!!! APA LAGI DUDUK SINI, KITA HENTAM LU, SEKARANG KITA SUDAH ADA KUASA..."

12 Mei 1969 - Depan Balai Polis Jalan Pudu

".... SEMUA MELAYU KASI HABIS, KASI HALAU SEMUA POLIS...

12 MEI 1969 - 

" APA INI MELAYU, KITA SUDAH PERINTAH INI NEGERI, INI BUKAN NEGERI MELAYU PUNYA, MATA-MATA LANCAU..."

12 MEI 1969 - JALAN CANVEL

"BUTUH MELAYU, MALAI SI, PERGI MATI MELAYU..."

12 MEI 1969 -  JALAN BUKIT BINTANG

"INI NEGERI BUKAN MELAYU PUNYA, KITA MAHU KASI HALAU SEMUA MELAYU"

Inilah antara tindakan rasist melampau yang pernah dicetuskan oleh DAP terutama : LIM KIT SIANG. Tindakan ini telah mencetuskan peristiwa 13 MEI 1969.

Apa bezanya dengan kata-kata Anwar dalam satu majlis di hadapan orang cina. Anwar juga pernah mengeluarkan kata-kata rasist yang amat dashyat hanya kerana mahu memancing undi bukan melayu.
 

Sehingga  khabarnya Anwar akan bertanding di kawasan yang majoritinya bukan melayu kerana mungkin beliau menganggap bahawa orang melayu sudah mula tahu gerak tarinya. 

Namun Angin yakin bahawa orang bukan melayu juga telah tahu apa yang bermain dalam fikiran Anwar ketika ini. Orang bukan melayu juga pernah ditipu oleh Anwar seperti yang berlaku di Kampung Buah Pala.

Lihat saja video di bawah:   



Begitulah Anwar yang hanya berjanji untuk membantu penduduk Kampng Buah Pala. Memang benar apa yang Anwar katakan, "Jika dia orang tak buat kerja... ini bukan Anwar". Memang mereka datang untuk bekerja, mereka bekerja untuk merobohkan rumah rakyat.

Angin yakin pengundi kini lebih berhati-hati dalam membuat pilihan, walau di mana pun Anwar bertandingan, beliau belum tentu menang kerana sejarah telah membuktikan bahawa Anwar hanya manusia yang menabur jani semata. 

GEMPAR!!!! VIDEO TERLAMPAU PAKATAN RAKYAT DARI ANAK MUDA TERSEBAR!!!!

Ini adalah video yang dibuat oleh anak-anak muda yang tidak mahu Pakatan rakyat memerintah negara yang tercinta ini. 

Syabas Angin ucapkan kepada mereka.... semoga apa yang kalian hasilkan ini dapat menyedarkan sebahagian anak muda yang masih tertisur lena dalam pelukan PAKATAN RAKYAT. 

TERKINI LAHAD DATU : RANCANGAN SERANG LAHAD DATU TERMASUK DALAM BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT EDISI SABAH??


Sebelum ini MyMassa ada dedahkan kandungan mesej dari pengganas Kiram dengan dalang mereka di sini. 

Oleh kerana takut dengan pendedahan MyMassa, banyak MACAI masuk dalam blog ini dan memberikan komen yang negatif seolah-olah apa yang dipaparkan satu rekaan. Bagaimana jika MyMassa dedahkan JANJI pembangkang kepada pendatang asing termasuk orang Sulu dari Filipina?

Ajaibnya perkara ini didedahkan oleh Tausug Global pada tahun 29 Mac 2011 iaitu hampir 2 tahun yang lepas.

Ertinya rancangan untuk mengkucar-kacirkan Sabah telah dibuat lebih awal daripada itu kerana  pembangkang sendiri menjanjikan peluang untuk menjadi penduduk tetap dan hak pengundi kepada pendatang asing di Sabah semata-mata untuk berkuasa.

Apa yang berlaku di Sabah memang tidak sama dengan di Semenanjung. Di Semenanjung, mereka berlakon seolah-olah merekalah pejuang RCI untuk IC palsu tetapi sebaliknya di Sabah, mereka pula menjanjikan taraf penduduk tetap dan hak mengundi kepada pendatang. MyMassa tak pelik macam mana pembangkang boleh menjanjikan seperti itu kerana yang buat projek IC kat Sabah pun adalah dalang di sebalik insiden Lahad Datu!

Mungkin ada MACAI yang menganggap janji tersebut juga satu rekaan. Jika ianya rekaan, mengapa ketua pemuda SAPP begitu marah dengan PKR semasa Buku Jingga Edisi Sabah dilancarkan!

Baca seterusnya di MyMassa

TERKINI!!!!!! SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) SUDAH TERIMA NOTIS RASMI PEMBUBARAN..........

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima notis rasmi pembubaran Dun Negeri Sembilan hari ini dan berhasrat untuk mengadakan pilihan raya serentak membabitkan semua negeri.

"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pagi ini yang memaklumkan bahawa Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-12 telah  terbubar secara sendiri pada 28 Mac 2013," kata kenyataan suruhanjaya yang dikeluarkan sebentar tadi.

Kenyataan itu berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, SPR mempunyai tempoh selama 60  untuk menetapkan tarikh-tarikh  penamaan calon dan pengundian berkaitan dengan pilihan raya umum bagi Dun Negeri Sembilan melalui satu mesyuarat khas yang akan ditetapkan kemudian.

Namun, menurut kenyataan itu lagi, adalah menjadi hasrat SPR untuk mengadakan pilihan raya umum secara serentak bagi Parlimen  dan Dun seluruh negara.

JAMALUL KIRAM III TIDAK LAYAK TUNTUT SABAH KERANA BUKAN "SULTAN"



“Sebaliknya mereka ini hanyalah pewaris yang berstatus cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II,” tegas pengkaji sejarah dan penulis buku Kesultanan Sulu, Julasri Hajad, 36, atau Asree Sug.

Menurut Asree, sejarah menunjukkan Sultan Jamalul Kiram II hanya memiliki seorang anak perempuan dan seorang adik berlainan ibu, Raja Muda Mawalil Wahid sehinggalah kemangkatannya pada 1936.
“Raja Muda memiliki dua anak iaitu Ismail I dan Punjungan. Punjungan pula memiliki tiga anak iaitu Jamalul Kiram III, Abgimuddin Kiram dan Ismail II.

“Maka, Jamalul, Abgimuddin dan Ismail adalah cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Mereka ini bukan berdarah sultan sebaliknya hanyalah pewaris,” katanya.

Katanya, bagaimanapun ketiga-tiga beradik itu menetap di Kepulauan Tawi Tawi kerana ibu mereka penduduk tempatan di situ berketurunan Bajau Simunul dan berbahasa Tausuq (Sulu).
“Jamalul Kiram dan Abgimuddin tidak layak menuntut Sabah kerana mereka tidak memiliki rakyat tambahan pula sultan sebenar mesti tinggal di Jolo di Kepulauan Sulu,” katanya.

Menurutnya, Kesultanan Sulu juga tidak lagi wujud kerana rakyatnya pada 1906 memulaukan Sultan Jamalul Kiram II yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengenakan cukai kepala kepada penduduk.
“Sekitar 1906 sehingga 1915, Sultan Sulu membenarkan Amerika membunuh kira-kira 5,000 penduduk di Bud (gunung) Bagsak dan Bud Dahu yang menyerang tentera mereka.

“Selepas kemangkatan Sultan Sulu, masyarakat Sulu tidak menerima mana-mana lagi sultan sehingga sekarang,” katanya menegaskan dakwaan pengganas bahawa mereka Kesultanan Sulu sebagai tidak memahami sejarah. Kata Asree, dalang pencerobohan itu dilakukan anasir luar dan difahamkan Jamalul Kiram III hanya menumpang isu pencerobohan itu untuk meraih publisiti selepas difahamkan bakal bertanding pilihan raya di Filipina.

“Pengamatan mendapati ini (pencerobohan) taktik Jamalul Kiram,” katanya.

GEMPAR!!!!! VIDEO AMANAT HAJI HADI YANG MENYEBABKAN MEMALI BERDARAH!!!




PAS sebelum ini menggunakan insiden Memali sebagai modal politik mereka.

Mereka menuduh kononnya Kerajaan zalim dan kejam terhadap orang Kampung di Memali.

Hakikatnya, PASlah menjadi dalang di sebalik peristiwa Memali.

Video di bawah adalah pengakuan bapa kepada arwah Ustaz Ibrahim Libya yang tidak menyalahkan Kerajaan ke atas tindakan yang terpaksa diambil untuk menangani kes Memali.



Menurut bapa arwah, Ustaz Ibrahim Libya mengajar agama dengan betul sehinggalah seorang pemimpin PAS dari Alor Setar menghasut arwah untuk menentang Kerajaan.

Jika PAS mahu menafikan penglibatan mereka, kenapa amanat Haji Hadi ditampal di kampung Memali. Bukan sahaja amanat Haji Hadi, turut ditergantung di dinding adalah gambar ulama Syiah dari Iran dan juga gambar Muammar Gadafi semasa muda.

Namun hari ini semuanya sudah berubah. Malaun-malaun yang menggunakan isu Memali untuk mendapat sokongan rakyat kini menjawat jawatan penting dalam PAS. Dan mereka ini juga yang mengkhianati balu-balu peristiwa Memali dengan selewengkan tabung Memali.




 

RANCANGAN BUNUH TUN MAHATHIR : SU AGONG PAS MAHU SIASATAN SEGERA!!




SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.

"Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini.

Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988.

Menurut Rahman, laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri.

"Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya.

Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini.

Zainon yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku?' pada Isnin lalu, dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu.

"Sudah jadi alat Umno boleh kata apa sahajalah. Bila Umno suruh kata apa pun, mereka (Abdul Rahman dan Zainon) ini akan kata," bidas Mustafa lagi.

Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003

PANAS!!!! SIAPA SEBENARNYA DALANG YANG AKAN MENGEDARKAN 500 RIBU VCD LUCAH LELAKI INI DENGAN CHINA DOLL???




Berita yang kami baru terima sememangnya tidak mengejutkan langsung. Bahkan ia sudah dijangkakan!

Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung tingkah laku serta moral Anwar Ibrahim yang sangat rendah dan langsung tidak mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin sebaliknya lebih tepat digelarkan sebagai penipu dan pembohong, PKR akhirnya terpaksa mengambil langkah yang lebih drastik untuk membina semula kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim.

Daripada orang PKR sendiri, dilaporkan 500 ribu keping VCD lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim telah siap dicetak dan hanya menunggu tarikh akhir pembubaran Parlimen untuk diedarkan kepada orang ramai. Yang mencetaknya pula adalah PKR sendiri dan ia dibuat atas arahan Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, individu yang terdapat dalam VCD serta klip video tersebut bukannya Anwar Ibrahim sebaliknya seseorang yang menyerupai atau disolek dan didandan seperti Anwar Ibrahim.

Baca seterusnya di Flying Kick

TAKUT BUBAR PARLIMEN : NAJIB CIPTA SEJARAH BARU !!!


SEREMBAN 28 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam tadi, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik tengah malam tadi berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.

Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008. Sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.

Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihan raya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihan raya.Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor berkata, beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ino. - UTUSAN

Wednesday, 27 March 2013

TUN M : SAYA TERKEJUT DENGAN PENGAKUAN CN AFGHANI YANG PERNAH MERANCANG MEMBUNUH SAYA...






KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku...," kata bekas perdana menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"...tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemebrita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif dalam Dunia yang Pesat Membangun' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Sementara itu, Dr Mahathir juga bersetuju dengan pandangan bekas menteri kewangan dan penasihat ekonomi Tun Daim Zainuddin supaya Najib mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kali ini.

Berhubung kenyataan terbuka bekas anggota seumur hidup PAS, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988, Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya sangat terkejut dengan pengakuan Zainol itu.

Ini kerana, katanya bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh bukan menjadi budaya Malaysia.

Namun, bekas perdana menteri itu sekali lagi berkata bahawa beliau percaya Zainol yang lebih dikenali sebagai CN Afghani membuat pengakuan itu kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir.

"Tapi Alhamdulilah dia sedar dan tidak lagi taksub dengan ideologi PAS ini, dan buat kenyataan nak minta maaf...saya sedia maafkan sesiapa pun," katanya.

Menjawab soalan bila beliau menjangka Parlimen akan dibubarkan, Dr Mahathir berkata beliau sendiri ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu."Kalau saya jadi perdana menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas," katanya dalam nada bergurau. BERNAMA

GEMPAR!!!! PERANG TELAH BERMULA DI MALAYSIA

Mungkin di tempat anda perang ini belum bermula.... tapi tempat angin dah macam nak pilihanraya sangat dah...


 

TERKINI : PM PENGERUSIKAN MESYUARAT KABINET TANPA MENGADAP AGONG.... MAKA TAK ADA BUBAR PARLIMEN HARI INI????




SHAH ALAM - Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet, yang ramai meramalkan sebagai yang terakhir, spekulasi mengenai pembubaran Parlimen muncul sekali lagi hari ini.

Banyak pihak membuat ramalan dan jangkaan masing-masing menerusi media sosial sejak pagi tadi.
 
Malah, Sinar Harian Online juga menerima panggilan dan SMS mengenai soal itu, yang rata-rata bertanya sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini atau dalam waktu terdekat, kemungkinan besar minggu ini.

Ramai begitu teruja untuk mengetahui perkembangan terbaru sementara menanti kemunculan Pilihan Raya Umum ke-13.
Risikan dan penelitian Sinar Harian Online menunjukkan tidak ada tanda-tanda ke arah itu hari ini.

Difahamkan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri esok bagi membincangkan soal pembahagian kerusi dan pemilihan calon.

Beliau telah pun mengadakan tiga pertemuan dalam tempoh dua minggu lalu.
 

Persekitaran yang sama disaksikan Rabu lalu sehingga Pejabat Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan laporan palsu kononnya Parlimen akan dibubarkan.

Spekulasi kali ini semakin kuat susulan sesi jelajah terakhir di Pahang Sabtu lalu dan disusuli dengan beberapa majlis penting dan menarik dihadiri Najib sejak Ahad lalu.


Semalam Najib merasmikan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013.
 
Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pihaknya memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu.

Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir 28 April.

Speaker Dun Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendiri Dewan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

Beliau berkata, pemakluman itu bagi membolehkan badan pengendali pilihan raya mengadakan pilihan raya bagi negeri ini dalam tempoh 60 hari selepas Dun terbubar secara sendiri pada Khamis.

"Itupun jika Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak membubarkan DUN esok (hari ini) di mana baginda masih boleh berbuat demikian di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Tapi jika tidak ada pembubaran esok (hari ini), mungkin pada sebelah petang saya akan menghantar makluman kepada SPR kerana pada tengah malamnya Dun sudah terbubar," katanya kepada Bernama semalam.

sumber : Sinar Harian

KHIR TOYO : NAJIB TAKUT BUBAR PARLIMEN????



HARI ini merupakan hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sembilan berfungsi. Mungkin pada hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Hasan akan mengumumkan pembubaran Dun. Dun juga boleh terbubar sendiri selepas 12 tengah malam ini.

Namun saya berharapkan Menteri Besar akan mendapat perkenan DYMM Yang Di Pertuan Negeri untuk membubarkan Dun. Adalah tugas Menteri Besar untuk memohon perkenan membubarkan Dun. Jika tidak, Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama dalam sejarah pilihan raya negara yang terbubar secara sendiri.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai tempoh sehingga 28 April ini untuk membubarkan Parlimen. Namun sebelum tarikh tersebut akan terdapat beberapa negeri akan terbubar dahulu seperti Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang Dun pertama ialah pada 21 April 2008). Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, terdapat beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang Dun mereka pada bulan Mei 2008.


Kemungkinan besar Perdana Menteri tidak akan membubarkan Parlimen dalam minggu ini. Ini menjadikan kerajaan Negeri Sembilan akan berada di bawah kerajaan sementara untuk tempoh yang agak panjang.


Saya dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor akan membubarkan Dewan Negeri Selangor pada 22 April 2013 sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan pada masa tersebut. Tarikh ini tidak menghairankan kerana ia merupakan hari terakhir penggal Dewan Negeri Selangor.


Hakikatnya, hak untuk membubarkan Dun Selangor terletak kepada Menteri Besar dan Tuanku Sultan Selangor. Ia tidak ada kena0mengena dengan Penasihat Ekonomi Negeri mahu pun Ketua Umum PKR.


Anwar juga mendakwa Mohd Najib takut untuk membubarkan Parlimen kerana tidak yakin boleh memenangi pilihan raya umum kali ini.


Saya tidak fikir Mohd Najib masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah. Ini kerana kajian dan pemerhatian pelbagai pihak sama oleh jentera Barisan Nasional, badan-badan pemerhati bebas, mahu pun penganalisis politik dan ekonomi antarabangsa meramalkan Barisan Nasional akan kembali memenangi pilihan raya kali ini dengan pencapain yang lebih baik dari tahun 2008.


Misalnya, The Economist Intelligence Unit (EIU), sebuah unit penyelidikan majalah terkemuka The Economist, meramalkan Barisan Nasional akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Malahan The Economist menyatakan bahawa pada pandangan pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya jelas akan memihak kepada Barisan Nasional.


Kaji selidik oleh Merdeka Centre dan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) juga mendapati Barisan Nasional akan kembali memerintah kerajaan persekutuan.


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan kajian pasukannya mendapati Barisan Nasional akan memenangi 160 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun saya agak skeptikal dengan kajian ini, namun ia bukanlah mustahil.


Malahan Tun Daim Zainuddin sendiri yang terkenal dengan bacaan politik beliau yang sangat ampuh juga meramalkan BN akan menang dalam pilihan raya kali ini.


Berdasarkan pandangan pelbagai pihak dalam dan luar Negara, kajian bebas atau dilakukan oleh parti, BN akan kembali memerintah Malaysia untuk lima tahun akan datang. Justeru tidak timbul andaian dan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa Mohd Najib tidak membubarkan Parlimen kerana takut kalah.



Mengapa Najib belum membubarkan Parlimen?


Soalan ini agak sukar untuk dijawab.


Hanya ALLAH dan Perdana Menteri sahaja yang mengetahui sebab sebenar. Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau sejak beberapa bulan lalu, nyata beliau mahu menggunakan masa yang ada untuk memastikan idea, falsafah dan pelan transformasinya dirasai oleh majoriti rakyat.


Saya fikir apa yang Mohd Najib mahukan sekarang ialah kemenangan dua pertiga. Untuk mendapat kemenangan dua pertiga agak sukar berbanding sekadar untuk menang. Sebab itu beliau mengambil masa yang lebih sedikit untuk membuktikan kebolehan beliau dan meyakinkan sebahagian rakyat yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat.


Beliau dilihat seolah-olah tidak cukup masa untuk meyakinkan majoriti rakyat agar memberi kemenangan dua pertiga kepada Barisan Nasional. Ini tidak menghairankan kerana hanya pada 3 April tahun ini genap empat tahun pentadbiran beliau. Ini bermakna beliau kekurangan setahun untuk penggal pentadbiran penuh.


Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dalam keadaan parti yang lemah dan berantakan, pentadbiran yang dikritik hebat dan hampir dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya 2008, tugas Najib tidak semudah disangka.


Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran Dun Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.


Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara.


Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.


Justeru saya fikir Mohd Najib akan hanya membubarkan Parlimen seawalnya selepas ulang tahun keempat pentadbirannya pada awal April ini atau menunggu sehingga saat akhir, sekaligus mengelakkan Pakatan melakukan taktik memanjangkan masa pilihan raya untuk menimbulkan ketegangan kepada rakyat.


Tindakan Mohd Najib untuk memenuhi penggal yang ada harus dipuji bukannya dikritik. Ini merupakan catatan demokrasi yang penting kepada Negara ini. Perdana Menteri memilih untuk mengabaikan keistimewaannya untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut.


Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut? Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?


Ramai juga yang bertanya kepada saya, mengapa Anwar begitu beria-ia mahukan pilihan raya segera sedangkan masanya memang telah pun hampir tiba. Apakah kerana beliau yakin akan menang atau takut banyak lagi isu terbongkar dan makin ramai yang meninggalkan Pakatan nanti?


Wallahhualam! Hanya Allah yang maha mengetahui.



* Dipetik dari blog Dr Mohamad Khir Toyo